31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru

Новым Годом!

Eh! Dah masuk tahun baru dah kita ni..betul ke? Umurpun dah semakin meningkat . Macam tak percaya saja kita dah melangkah ketahun 2010. Nombor yang cantik. Semoga tahun ini lebih banyak membawa keberkatan dan rahmat dalam hidup aku sekeluarga serta teman2 yang lain.

Pengalaman yang tidak cantik, yang tidak menggembirakan akan aku tinggalkan dan dijadikan kenangan dalam memori hidupku. Yang buruk tidak akan buruk selamanya..tetapi yang buruk itulah menjadi panduan bagi diriku agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah..

30 Disember 2009

Facebook


Dulu saya tak tahu apa fungsi FB yang sebenarnya...hanya memandang sebelah mata sahaja setiap kali encik asben membuka FB. Tapi..bila saya sendiri melangkah ke alam FB barulah aku tahu betapa kecilnya dunia ini dan masyaAllah! betapa beruntungnya kita manusia yg dianugerahkan oleh Allah S.W.T bermacam-macam keupayaan dan kebolehan dlm berbagai-bagai bidang.

Siapa sangka dengan adanya jaringan yg luas dlm FB ni..saya boleh bertemu kembali dgn kawan2 semasa zaman persekolahan dulu....juga dgn kawan2 yang jauh di mata. Zaman remaja...oh!rindunya pada kenangan lama yang ditinggalkan berbelas-belas tahun dulu...maklumlah budak nakal.

saya mmg suka sesangat kerana boleh berborak dan bersembang seperti dulu dgn mereka-mereka yang rapat .Terima kasih adik2 dan kengkawan yang masih mengingati diri ini.

Bagi saya..kita yang harus pandai meng'kontrol' diri kita sendiri...jgn dok asyik layan FB sahaja...parah!!!!

23 Disember 2009

Anatomi dan Fisiologi

Semalam aku bertanyakan Dania tentang homework yang perlu disiapkan sempena cuti sekolah ni..

"takdeeee..." seperti biasa2 dia menjawabnya..
"tapi cikgu bagi buku kuning ni utk mak bapak tengok" tambahnya sambil menghulurkan sebuah buku bewarna kuning.

Aku belek2 buku tersebut. Bermacam-macam perasaan bermain dlm fikiranku. Apa taknya...benda2 yang Dania belajar sekarang ni...macam aku belajar semasa first year kat kolej dulu. Belajar pasal anatomi dan fisiologi skeleton, blood, heart dan seangkatan dengannya. Huishhhh...dasyatnya...year 2 belajar cam sem.1 aku tu! hebat! hebat!

Kadangkala aku terfikir..mampukah dia kanak2 seusianya belajar tahap setinggi itu...sampai hari ini aku tak tengok lagi dia membeleknya...entah2 nak buka sekolah tahun depan baru dijenguknya buku tersebut. Nak paksa2 baca...macam tak kuasalah pulak...lagipun dia baru berumur 6 thn. Kalau aku suruh2 nanti dipandangnya semacam kita ni...hmm..anak2 zaman sekarang...kuat sungguh semangat memberontaknya...kalau aku layan sikapnya tu...boleh jadi perang dunia ke-2 pulak yang meletus nanti...jadi..biarlah dia belajar atas keinginannya sendiri.

19 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Adam

Dah 5 tahun usia Adam. Disebabkan kesibukan yang melampau, aku dan papanya tidak sempat untuk membelikan apa-apa hadiah untuk Adam. Hari tu semasa kami pergi kesebuah supermarket di kawasan sini..aku ada berkenan pada satu benda tu untuk diberikan pada Adam..papanya juga bersetuju. Entah ada entah tidak lagi benda tersebut di kedai berkenaan.

Tengoklah..kalau ada masa petang ni kami nak pusing-pusing cari permainan yang sesuai dengan Adam yang aktif itu...walauapapun..Selamat hari lahir Adam..semoga Adam menjadi anak yang soleh dan bijak...Aminnnnnn!!!!

16 Disember 2009

Suramnya

Aduhai! Lemah semangat. Tiap-tiap hari cepat je waktu berlalu ditambah pula dengan keadaan cuaca yang malap kat Moscow ni. Suhu sekarang sudah mencecah -24. Ngggg..menggeletar seluruh badan ni kalau keluar. Pakaian kena sampai 3 pat lapis..tupun masih terasa lagi sejuknya...kalah suhu peti es. Bayangkan...pukul 9am tu..macam pukul 7am kat Mesia. Waktu Subuhnya 7 lebih, zuhur masuknya pukul 12 lebih, Asar 1 lebih, maghrib 3 lebih, Isyak 4 lebih. Time nilah kalau nak ganti pun puasa yang tertinggal pada Ramadhan lepas.

Anak-anak pergi sekolah hari masih gelap...balik sekolah dalam pukul 4.30pm tu..hari dah menjelang malam. Dah tak nampak tanah dah! bagi aku yang kat rumah ni kalau papanya dan Dania dah keluar, apalagi sambung mimpi ajelah..cover balik tidur yang terputus untuk bangun awal masak setiap pagi . Lepas bangun tidur...dok main ngan Adib dan melayan Adam sekejap...hari dah gelap balik padahal baru pukul 3 pm. Kekadang..tak sempatpun nak melayan Adam! kesian dia...yalah..mamanya sibuk dengan urusan didapur pulak...

Kalau dulu pukul 12 malam tu..aku satu keluarga belum tidur lagi..tetapi sekarang ni..pukul 10 malam..Adam dan Dania kadang2 sudah dibuai mimpi. Cuma Adib saja waktu tidurnya belum teratur lagi..kekadang waktu tersebut tengah galak bermain...apatah lagi sekarang dia sudah boleh mengangkat badannya tinggi seolah2 ingin merangkak..tapi still tak lulus.

14 Disember 2009

Bengkak susu

Jika ada orang bertanya yang mana satu sakit? Sakit bersalin ke sakit bengkak susu? Bagi aku sakit bengkak susu lagi sakit dan menyeksakan. Selepas melahirkan ketiga-tiga anak aku mengalami bengkak susu. Kalau dikampung mak selalu cakap yang puncanya ialah lekat sampah. Biar betul kan?

Setelah puas aku meneliti dan memerhati bagaimana ianya terjadi dan bila..barulah aku agak yang puncanya bermula dari aku dan baby. Kalau nak keluar kemana2..cepat2 aku sudahkan penyusuan dgn memaksa baby menarik puting susu...dan lambat memberi susu dikala baby mahu menyusu. Satu lagi..dari baby sendiri dimana Adib selalu menggigit puting susu..mungkin disebabkan gusinya yang mula terasa gatal.

Apa-apapun..langkah berjaga-jaga amat penting. Kalau dah kena sekali...memang perit. Nak pakai bajupun terasa sakit..badan boleh demam dibuatnya.

09 Disember 2009

Inikah tandanya?

Semenjak dua tiga hari ni kepalaku berdenyut2...belakang terasa sakit semacam ..begitu juga dengan pangkal leherku. Apa yang aku tahu itu tandanya..permulaan untuk orang mengidap darah tinggi. Adakah aku salah seorang mangsa tersebut? Harap-harap...tidak sampai ketahap itu. Aku tak tahulah...apa puncanya? Stress? rasanya tidak....penat? mungkin jugak sebab dari celik mata sampai nak tidur seterusnya...kerja2 tidak akan habis...kekadang separuh hari dihabiskan didapur sahaja.

Nasib baik bab kain baju untuk digosok, rumah untuk disapu telah aku serahkan kepada anak buahku. Kuranglah sikit kerja2 yang seharusnya aku lakukan setiap hari. Nasib baik juga ada mesin basuh yang disediakan untuk membasuh kain. Biasanya aku sumbat saja kain. Dulu mesin ni boleh membasuh sampai mengering terus. dah dua tiga bulan..fungsi mengering telah rosak. so..mesin ni tak mengeringkan kain betul 2 tetapi hanya mampu mengeringkan air sahaja tetapi kain still akan lembab.

Sekarang ni jadual pagiku kekadang turut berubah. Dek kerana kesuntukan masa dan hambatan waktu...aku kadangkala terpaksa meminta bantuan anak buahku untuk menyiapkan Dania kesekolah seperti memandikan atau memakaikan baju untuk anak daraku . Itupun jika aku betul2 tidak sempat..:(

Walaupun bangun seawal 6 atau 6.30 am sekalipun..masa terasa begitu suntuk. Seboleh-bolehnya aku berusaha menyiapkan sarapan untuk bekalan papanya atau Dania pada pagi itu juga kerana aku tidak berapa suka menyediakan bekalan yang dimasak waktu malam untuk bekalan mereka. Untuk menjimatkan waktu..aku menyediakan bahan masakan pada malamnya seperti mengupas bawang dsbnya.

Petang tadi aku ada bertandang rumah jiranku. Kebetulan dirumahnya ada mesin untuk menguji blood pressure. So check punya check..bukan darah tinggi...maybe kearah darah rendah. Bacaannya 90/60. Itu masih normal. Tapi...takut jugak bacaannya boleh menurun kerana aku kadangkala terasa ingin pitam. Nak buat ujian untuk Haemoglobin (Hb)...entah macamana nak cakap dengan doktor kat sini. Aku berdoa semuanya..baik2 saja sepanjang berada disini. InsyaAllah.....

08 Disember 2009

Adib 5 bulan

4 hari lepas..genaplah usia Adib 5 bulan. Aku mula bercadang untuk memberinya makanan tambahan seperti bubur nasi atau puri. Semasa usianya masuk 4 bulan...aku sudah cuba memberinya bubur nasi yang ditapis...tetapi hari ke-3...ada masalah pulak. Dia sembelit. Aku jadi risau! Papanya membantu dengan melakukan massage di bahagian perutnya. Alhamdulillah!....akhirnya...dia ehemmmm....

Rasanya tidak terlalu awal kerana itu merupakan peringkat yang ideal untuk memberinya makanan lain selain dari susu ibu. Lagipun aku kesian kerana dia seperti tidak cukup dengan hanya meminum susuku. Aku cuba memberinya susu formula tetapi...dia tak nak langsung!

Sudah banyak benda yang Adib boleh buat. Pertama....dia mampu untuk meniarap selepas aku terlentangkan dia. Merangkak? Sikit2! Yang lucunya...orang lain merangkak kedepan tetapi Adib mengundur kebelakang. Jika Adib merangkak kedepan..bukan tangan yang digunakan tetapi bahagian punggung yang naik dulu...he.he...kedua...dah pandai merajuk...kalau nak tido..lambat aku melayannya mulalah dia merajuk tak nak minum susu...yang ke-3, dah mula menyembur-nyembur air liurnya...dan menggigit bibir . Yang keempat sudah pandai menghisap ibu jari..kekadang semua jari. Yang kelima sudah mengenalpasti suaraku...kalau aku keluar dan meninggalkan dia dengan anak buahku...dia takkan menangis..sebaik saja aku melangkah masuk dan memanggil namanya..dia adakalanya akan menangis Saja buat2 tu..mintak perhatian...he..he..

05 Disember 2009

Penangan Nur Kasih

Mata ni macam tak boleh bukak dah kerana tersangatlah mengantuknya. Tulah gara2 melayan drama hebat yang menjadi sebutan bukan saja di Malaysia...malah sampai ke Rusia ni la...dah..Sebelum asyik dok dengar orang bercerita pasal watak Adam, Nur, Aidil dan Sara...mana2 pergi..ada saja bahan cerita dari drama ini diperkatakan. Aku malas nak melayan..bukannya apa...malas nak menunggu dari episod ke episod yang seterusnya... nak hayati cerita tu aku kena tengok secara berterusan.

So..bilamana...cerita bersiri tamat..aku ambil peluanglah melayannya pulak...puashati..sekali harung...patutlah...mejadi bualan..jalan ceritanya best jugak. Berciri keislaman...bukan tak ada cerita berkisar percintaan sebelum ini...tapi aku rasa...drama ini menarik kerana ciri2 islamik yang dipaparkan di dalam ceritanya...ala2 ayat2 cinta.

Buat masa ini aku baru melayan sampai episod 16...malam ni sambung lagi selepas adib tido...he..he..layannnnnn....

29 November 2009

Selamat Hari Raya korban

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf zahir batin kepada teman2 yang mengikuti blog ini. Maklumlah...sibuk memanjang jea dua tiga hari ni..

Raya kali ini terasa sekali kemeriahannya kerana adanya majlis korban. Acara korban yang telah dianjurkan oleh tempat kerja papanya telah mengorbankan 25 ekor kambing. Ramai pelajar-pelajar medic dan engineering turut sama melapah daging kambing tersebut. Kalau takde diaorg yg menolong..mungkin lambatlah siapnya...

Tahniah jugak untuk Cik Wan Azizam kita yang berjaya menyembelih kambing sebanyak 21 ekor...sakit tangan tu tak terkira kan? Org berkebolehan memang macam tu! Kena buat semua..he..he..

Ini pertama kali aku melihat kambing disembelih didepan mata dengan darah yang keluar memancut-mancut. Mak oi! terkejut aku melihat darah keluar memancut2 tu... Nasib baik aku ni bukan mabuk darah...kalau tak mahu pengsan dibuatnya. Anak2 excited...Adam dan Dania berada dibarisan depan bersama anak2 lain melihat kambing tersebut dari mula dipegang..saat pisau diletakkan dileher dan saat darah memancut keluar...serta...melihat keaddan kambing yang tidak bernyawa lagi selepas itu..

Budak2 ni sanggup menahan kesejukan untuk melihat kambing disembelih tanpa rasa takut. Hari ni aku baru berkesempatan untuk menerangkan kepada Dania mengapa kambing2 tersebut disembelih. walaupun nampak mcm tak berapa faham..sekurang-kurangnya...dia pernah mendengar cerita nabi2 ini diceritakan kepadanya...takdelah..dia tertanya2 lagi mengapa?..mengapa? dan ...mengapa...?

24 November 2009

Cheese

Hari ni aku nak cerita pasal cheese plak. Dan ini merupakan pengalaman yang agak mengerikan bagi diriku dan keluarga waktu mula2 sampai dulu. Anak-anak memang dari Mesia lagi suka sangat makan cheese. Memandangkan cheese kat sini murah dan ada macam-macam jenis, apalagi..kami borong sakanlah..macam2 cheese kami angkut tapi dari brand yang sama...yang telah diberitahu oleh jiran yang terdahulu boleh dimakan.

Tup2 time nak bayar...kat kaunter ni..minah cashier ni belek2 dan pandang muka kami. Pastu dia kata "nyet (maknanya tak boleh). Oleh kerana kami ni masa tu masih baru lagi..tak fahamlah apa yg dia cakap nyetnya...padahal cheese tu takde gambar daging pun..cuma warnanya kaler cam oren dan ada cam bintik2 sayur kat dlm tu. Pastu dia asingkan yang mana boleh dan yang mana tak boleh sambil menyebut "haram!haram!"

Tergamam aku dan papanya sekejap. Fuh! nasib baik..Kalau tidak kami dan anak2 dah makan menda 'tut' kat rumah. Sementelah lagi presentationnya agak menarik. Kami mengagak minah tu mungkin islam dari keturunan tan2. Kat sini ramai org2 Turkmenistan
dan seangkatan dengannya (Uzbekistan, Tarjikistan dll). Mungkin minah ni salah seorang dari keturunan Tan yang beragama Islam di Rusia ni. Aku dan papanya tak putus2 mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya.

Bila pergi untuk kesekian kalinya...aku cuba mencarinya..tapi tak pernah terserempak lagi. Moga2 kami dapat berjumpa lagi..

23 November 2009

Selamat bercuti cikgu-cikgu

Aduh! syoknya jadi cikgu...dapat cuti panjang. Kepada adikku, teman-temanku yang 50% bergelar cikgu juga cikgu teman blogger yang mengikuti perkembangan blog ini... selamat bercuti diucapkan yea .Kepada Cikgu Meri..teman sepergaduhan..hee..he.. semoga dapat bercuti dengan aman.

22 November 2009

Shopping complex baru

Nampak kecik tapi sebenarnya memanjang kebelakang...besar giler..
Petang semalam aku satu family termasuk family jiranku Ilham keluar ke tempat shopping yang baru dibuka dua tiga hari lepas iaitu Golden Babylon. aku rasa ni pusat beli belah no.2 paling besar pernah aku sampai di Moscow. On the way pergi tu..jalan agak sesak, so..lambatlah sikit sampai. Memandangkan waktu maghrib pukul 4.12pm...kami bertolak dari rumah pukul 5pm. Sampai kat sana dah nak masuk pukul 6pm. Cari parking taklah susah sangat. Kami parking keta depan hypermarket bersebelahan..pastu berjalan kaki ke shopping kompleks tersebut. 

Memula nak masuk..gerun jugak hati aku melihat guard2 Rusia yg berbadan besar sedang elok memegang walkie talkie masing2 menjaga laluan pintu masuk. Time nak masuk, tetiba salah seorang dari mereka bercakap sambil menunjuk-nunjuk 1 jarinya. Dalam hati aku ingatkan..sorang jer yg dapat masuk.
Bila kami dah nak patah balik semula sambil memandang antara satu sama lain, kendian..tetiba aje mereka memberi laluan untuk kami masuk. Saja nak buat lawak kot!

Kami ni memang suka pusing2..redah2 ke tempat2 baru ni bila time cuti. Terasa adventure sket.. Tempat shopping baru ni agak luas dan terdapat banyak 'wing' mcm Mid Valley. Tapi bukan semua tempat kami sempat intai...just beberapa tempat yg menarik jer. Lagipun belum semua butik2 jualan yang dah dibuka.

Yang paling best, terdapat butik pakaian Zara sebesar-besar alam kat sini..he..he..aku and the geng mmg suka cuci mata kat Zara kerana design pakaiannya menarik...membuatkan kami ni kekadang tertarik gak duit dari dalam purse...huh! tapi kedainya masih belum dibuka lagi.. Sambil2 tu sempat la aku singgah membeli belah di supermarket baru yg terdapat dalam Babylon ni.

Pukul 9 kami bergerak balik. Nasib baik trafik berjalan lancar. Pukul 9.40pm aku dan keluarga dah selamat sampai ke rumah.

21 November 2009

Gandum


Buat masa sekarang aku dah start menggunakan tepung gandum keluaran sini untuk membuat sebarang jenis kuih-muih yg rasa nak makan coz gandum yang dibawa dr Mesia sudah kehabisan stok.

Memula nak datang dulu kemain risau dibuatnya kerana bimbang takde gandum kat negara orang. Risik punya risik dari kenalan yang ada kat sini...rupa-rupanya ada gandum dijual. Legalah sikit dibuatnya. Sebelum bertolak macam-macam tepung yang diangkut antaranya tepung gandum, tepung ubi ada dua ketul, tepung beras, tepung pulut dan tepung kek. Tidak ketinggalan tepung kastad dlm setin dua sebab tepung kastad memang tak dijual disini. Aku juga sedang giat menjalankan operasi mencari tepung jagung..tapi sampai sekarang tak pernah lagi jumpa.


Bila sampai disini...bukan satu jenis tepung gandum yang dijumpai, rupa-rupanya mereka ada mengeluarkan pelbagai-bagai jenis tepung gandum. Dek kerana ada sejenis tepung gandum yang biasa digunakan oleh orang2 lama disini..maka aku gunalah tepung gandum brand yg sama. Tapi..bukan tepung gandum itu saja yg aku angkut..tetapi dua tiga jenis tepung gandum keluaran lainpun aku angkut sama.

Guna punya guna..cuba punya cuba..rupa-rupanya baru ku tahu ada antara gandum tersebut mengandungi gula, ada kandungan soda bikarbonat dan ada yg sesuai utk dibuat...ada elok utk dibuat roti...dan ada jugak yg tak sesuai utk dibuat kuih-muih...kerana teksturnya adalah berbeza.

Hmm..janji aku cuba..manalah tahu jumpa dengan gandum yang sesuai dengan benda yang aku nak buat. Kalau tak jadi hasilnya..tong sampahlah jawapannya...he..he..

19 November 2009

Kelas tarian

Termasuk hari ini dah 2 kali bermula hari selasa lepas rumahku dijadikan studio (kunun-kununnya) tarian bagi kaum-kaum ibu disini. Tariannya diajar secara tidak rasmi oleh Puan Arfah yang merupakan cikgu tarian bagi staff Hospital Putrajaya semasa berada di Malaysia. Untungnya kami kerana mendapat tunjuk ajar percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran oleh beliau. Ini kerana beliau juga merupakan salah seorang isteri pegawai yang bertugas disini.

Hah! berpoco-poco sakanlah kami kaum2 ibu. Kelas bermula dari pukul 10.30am. Ianya tamat kira-kira pukul 3 pm. Itu jumlah jam termasuk bergosip dan makan-makan. Yang lawaknya...jumlah peluh yang keluar tu tidaklah sebanyak mana kerana masing2 bawa pot luck makanan. Lepas menari-nari..apalagi..makanlah..ha..ha..abis tu bila nak kuruskan badan...anak2 kecil dibiarkan bermain Sendirian Berhad. He..he.bebudak dok diam2 yer..ibu memasing tengah berusaha utk meng'slim'kan badan.

18 November 2009

Kagumnya aku

Dah banyak hari aku tidak menjenguk teratak kesayanganku ini. Tugas sebagai ibu dan surirumah terisi sepenuhnya. Maklumlah sibuk. Ha..ha..kekadang sibuk ngan benda2 yang takde kaitan dengan 'dunia' surirumah ni.Kesibukan ini membuatkan aku lupa sekejap tentang dunia luar. Begini rupanya kepenatan yang harus dilalui oleh setiap ibu2 yang kerjanya 24 jam dirumah..menjaga anak, mengemas rumah, mencuci baju ,menyapu sampah dan membuat kerja lain yg sewaktu dengannya.

Aku berfikir sejenak dan jadi kagum dengan ibu2 yang bekerja dirumah... sambil menguruskan rumahtangga dengan jayanya tanpa pembantu. Bagaimana mereka dapat mengatur waktu dengan begitu sempurna. Mampukah aku menjadi seperti mereka?

14 November 2009

Tumbang jua akhirnya

Dania dah demam, Adam dah demam sampai suhu mencecah 39 darjah C, papanya org terawal yg kena, anak buahku dah lepas giliran...akhirnya petang semalam aku yang cergas pagi tu tiba-tiba berdenyut-denyut kepala, sakit badan-badan...akhirnya petang tu..takleh bangun. Menerang-ngerang mengalahkan anak-anak pulak.

Hajat dihati nak gulai ayam dan buat sedikit rendang. Akhirnya daging yang sepatutnya di perap dengan kicap selama 30 minit jadi satu hari semalam. Ayam yang aku potong aku simpan balik dalam freezer. Supaya demam tak melarat aku terus telan 2 biji panadol. Alhamdulillah...dalam pukul 1 am demamku dah kebah. Bila aku sentuh kepala Adib..panas..cek suhu..38.4 darjah C. Terus aku bagi ubat demam yang diberikan oleh Ilham tempohari. Terima kasih Ilham! Kalau tidak..mana nak cari ubat demam mlm2 buta.

Tengahari ni aku masak rancangan yag tergendala semalam. Hati cam teringin nak makan nasi hujan panas..so..hari menjadilah hujan panasnya. Aku buat kari ayam dan rendang daging yang diberi resepinya oleh Kak Shima. Petang sikit aku buat akok. Resepinya akan aku sertakan kendian.

11 November 2009

Oh Sayur !

Nak masak apa utk makan petang ni..? Rasa cam dah kehabisan idea dah..nak masak sayur asyik2 sayur yg sama jea..kobis, brokoli, carrot...pastu sayur2 frozen cam jagung, kacang hijau dan bendi. Aku memang tak makan bendi. Aku yg tak berapa pandai nak pelbagaikan resepi..lagi mati kutu dibuatnya. Kalau kat Mesia tu..adalah jugak..putik jagung, petai, pucuk ubi kayu ke utk dibuat ulam....rindunya nak makan ulam cicah budu! Macam org kempunan ler pulak!!!

Dengar cerita dari jiran-jiran kat sini ada pasar Vietnam yang menjual pelbagai jenis sayuran seperti keledek dan pucuk labu. Tapi..setakat ni aku sekeluarga tak pernah sampai lagi kesitu. Jaraknya agak jauh sedikit dari tempat tinggal kami. Kalau berkesempatan..teringin jugak aku kesana. Bolehlah nanti kita jenguk apa yang best kat sana.

10 November 2009

School Closure

Sudah 2 hari Dania tak pergi sekolah. Demamnya tinggi. Bila letak temperature bawah ketiak..ha! bacaannya hampir mencecah 39 darjah C. Itu semalam punya suhu..malam tadi 38.6 darjah C. Aku jelum kepala dan badannya tak berhenti. Bimbang jugak hati ini. Tidurnya tak lena macam biasa. Dia tak mengeluh tetapi..asyik mengingau jea. Kejap2 bercakap..kejap2 merengek..mimpi buruk agakya. Maklumlah..badan tak sihat. Asyik nak berkepit dengan aku jer...tidurnya. Asal jaga cari mama...

Bila aku sentuh badannya pagi tadi..demam dah reda..tapi..kasi can dia berehat satu hari lagi.
Ubat aku bagi jugak setiap 6 jam. Hari dah boleh nyanyi2 dan melompat2 dah..ingatkan esok dah boleh pergi sekolah..tetapi..aku dapat information yang sekolah ditutup esok. Aku bukak e-mail dan diberitahu yang sekolah ditutup mulai 10/10/2009 disebabkan oleh wabak swine-flu yang semakin menjadi2 di Moscow ni. Nampaknya sekarang, kebanyakan budak2 sekolah yang demam . British International School(BIS)tempat budak2 sekolah akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

08 November 2009

Sosej

Pagi tadi aku sekeluarga ber'breakfast' ngan sosej roll lagi. Kebetulan memang papanya ada beli 2 kg sosej kat masjid( tempat daging halal dijual) pada petang Jumaat selepas balik dari kerja.Sudah lama benar papanya meminta aku buat sosej roll ni..baru hari ni rasa rajin sikit nak menguli doh..


Baru dikeluarkan dr freezer

Kat sini sosej dijual secara kilo. Nak sekilo? Dua kilo? Semuanya boleh. Bentuknya berangkai2. Kalau kat negara kita..sosej yang dijual siap dipek atau dibungkus...kat sini..sosej diletakkan di dalam satu bakul atau bekas. Ada sosej daging dan ada sosej ayam. Rasa sosej ayam agak masin berbanding dengan sosej daging. Kak Ain dan Lia jangan terkejut yer bila tengok sosej kita ni!..unik!...

Kebiasaannya anak2 dan papanya suka makan sosej bersalut roti cicah ngan sos dan sosej roll ni aje..lagipun yang itu jer menu yg aku reti buat..yang lain belum cuba utk dibuat lagi..nanti-nantilah.

07 November 2009

Banjir

Hari ni aku saja nak tulis pasal musim tengkujuh ni..kat sini turunnya salji..kat kampung pulak..turunnya hujan bukan sedikit malah kawasan Hulu Besut turut dilanda banjir. Aku lebih senang panggil 'bah'..org kampung katakan..

Setiap kali hujan lebat melanda..pastinya jalanraya yang menuju kekampung aku tidak dapat dilalui. Jalan raya penuh dengan air..terutamanya kampung Lubuk Kawah dimana tempat abang aku tinggal dan Kampung La..tempat kakak aku menetap..kalau dah jadi macam tu..yang bestnya budak2..dapat bermain air..aku masih teringat bagaimana syoknya..dapat menyusur jalan raya sambil berpayung dan melihat air parit yang melimpah ruah dengan air yang kuat . Tapi itu zaman kanak2..dah tua2 macam ni nak main macam tu maunya dicemuh oleh mak2 orang kat kampung tu..kalau dapat balik kampung masa bah ni akan aku ulangi zaman kanak2 dulu..ahak! buang tabiat...janji puas dapat main air parit...

Cuma aku kesian tengok rumah2 yang berdekatan dengan sungai ditenggelami air..nasib baik rumah mak kat kampung berada di tanah yang agak tinggi..memang tak akan disentuh oleh air sungai yg naik tak kira masa..jika hujan turun dengan lebatnya..jiran2 yang terlibat biasanya akan berpindah ke sekolah yang betul2 terletak dihadapan rumah kami...

Tula..banjir seronok bagi pihak yang selamat dan yang dah lama tak jumpa banjir cam aku ni dan lain dan tak seronok bagi pihak yang terpaksa berpindah menyelamatkan harta benda..
walauapapun..aku harap..keselamatan diri dan anak2 harus diutamakan terlebih dahulu sebelum menyelamatkan harta benda...

05 November 2009

Apa jadi?

"Tak tahu nak buat apalah". Adam mengeluh kalau sepanjang hari dok tengok kartun..kartun dan kartun.Masa memula sampai dulu..kemain kemaruk tengok kartun..ambik ko! Kalau maknya ni rajin..aku akan temankan dia buat Grolier. Tapi time maknya ni malas..dok mengadap komputer..begitulah jadinya..he..he..malas punya mama! Pastu..adakalanya diwaktu pagi bila bangun tido..nangis2. Bila ditanya kenapa...jawapannya..mama tak kejutkan Adam..Adam nak hantar Kak Long dan papa pergi kerja. Hmm..ada ke begitu pemikirannya..Kempunan benar dia nak bersekolah..tapi..belum cukup umur utk masuk sekolah lagi.

Pagi ni terkejut jugak aku dibuatnya. Selepas menyediakan breakfast utk papanya dan memasukkan bekalan makaroni goreng kedalam beg Dania..aku naik keatas untuk mengejutkan dania utk mandi. Tengok2 adam dah bersedia membuka baju tidur dan bersedia kebilik air sama. Dania dok terjelepuk diatas katil termenung.

" Eh! cepatnya nak mandi pagi!" aku menegur Adam.

" Adamkan spiderman..spiderman kena cepat!" jawapannya membuatkan aku tergelak besar.

Pengaruh Tv dah menular dalam diri anakku..ha!ha! parah. Jangan dok dia nak terjun cam spiderman sudah.... Pastu time aku cepat2 nak mandikan Dania..dia buat hal..mintak mandikan dia dulu. Alih2..aku angkut dua-dua kebilik air..kejap siram Adam..kejap siram Dania. Riuh rendah rumahku pagi ini dengan telatah Adam.

Seperti sebelumnya jugak dia akan bertanya..aku masak apa hari ni...uh! letih dok melayan anak yang sorang ni..bila dicakap makaroni..sukanya dia bukan main lagi..memang dia suka makan makaroni..tapi bukan disebutnya makaroni..tapi nama singkatan...RONI...heh!heh! makanan pun ada nama singkatan juga dibuat Adam...RONI pun RONIlah Adam..janji makan!

04 November 2009

Musim demam dah tiba!

Alamak! nampaknya...gejala demam dan kawannya si batuk dah merebak ke kawasan sini dah..risau jugak memikirkan kesihatan anak-anak. Jiran aku dah dua tiga buah rumah yang kena serbu dek penyakit 2 serangkai ni (pandai2 buat nama sendiri). Sekali kena bukan 1 org malah hampir keseluruhan isi rumah.

Adakah kerana perubahan cuaca yang melanda? I hope so...

03 November 2009

Kutu Beras

Pagi semalam..aku mengemas stor yang bersepah dgn kotak2 dan stok makanan yang dibawa dari tanahair. Aduh! penat jugak..semasa menyapu habuk2 dalam stor tu aku terpandang sesuatu benda hitam yang kecil bergerak didalam beras. Jenuh! rupanya..kutu beras tu..kalu kat kampung..mak selalu panggil 'bubuk'. Ingatkan satu kampit beras jer yang dimasuki. Alamak! rupa-rupanya..semua beras dimasuki oleh kutu beras ni..

Kak Zah jiran sebelah ada bagi botol mineral 5 L yang kosong. Katanya untuk mengisi beras didalam bekas tu. Bila time winter..letakkan bekas yg berisi beras tu kat beranda rumah. Nanti..kutu beras ni akan mati..tengoklah..bila ada masa lapang (time ni tak lapang lagi coz dok sibuk melayan Adam) aku akan isikan beras tersebut.Tapi..botol ada sikit..berasnya banyak kampit. How?

Kira-kira pukul 1 lebih..barulah aku selesai mengemas stor..!!!nasib baik Adib tak mengganggu semasa aku buat kerja kerana dia tidur dengan lenanya
di tilam baru..

01 November 2009

Kak Long! Snow....

Pada hari pertama anak2 excited sangat bila tengok salji yang ada sikit-melekat ditepi beranda rumah. " Kak Long! Snow...banyak..cuba tengok..." jerit Adam bila pertama kali nampak salji tersebut. Maklumlah..first time..dapat merasa salji dengan tangan sendiri...biarpun tak banyak.


Hari ni dah masuk hari ke-3 salji turun. Bila dah masuk hari ke-3 ni...diorang dah tak kisah sangat dah. Lagipun..sesekali ada jugak cahaya matahari menembusi ruang tamu rumah. Semalam salji turun agak lebat...saya rasa macam nak tidur jer sepanjang hari..malas sungguh... Encik Asben dan Dania keluar, Adam dari pagi sampai kepetang dok melayan games dalam komputer...sampaikan saya ni sakit kepala dengan Adam yang kekadang asyik memanggil ajer..suruh tukar games itu dan kejap games lain.

Tadi ada cahaya matahari..aik! ni cuaca dah gelap balik. Arggggh...tension kalau gini tetiap hari..boleh naik badan jadinya..perut dok asyik lapar jer...tulun!tulun!

29 Oktober 2009

Mainan pertama

Eh! dah boleh pegang mainan rupanya Adib. Biasalah..bukan setakat pegang saja ..ha..siap masukkan mainan dalam mulut lagi. Dah gatal ke gusinya? Eh! tak mungkin pulak..umur baru mencecah 3 bulan..biasanya budak2 ni suka menggigit bila gatal gusi nak tumbuh gigi. Hmm..tengoklah tu...

28 Oktober 2009

Kek Pisang

Mulanya saya nak buat kek pisang tetapi..terpandang pulak bekas mufin yang comei-comei didalam almari. Lagipun anak-anak ni kalau buat kek..bukannya makan sangat tetapi kalau dimasukkan dalam bekas kecik2 gitu..barulah diorang nak makan. saya ambik resepi ni dari blog Kak An. tapi dah tak ingat dah tuan punya link nak link. Mintak halal yer kak....

Bahan-bahannya

  • 4 biji pisang saiz sederhana (kalau pisang besar cam kat sini 3 bijipun dah cukup)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan tepung gadum diayak bersama 1 st soda bicarbonat dan 1 st baking powder
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar air limau nipis 
  • 1 st esen pisang (saya tak masukkan)
  • 1 st esen vanila
  • secubit garam
Cara-caranya
  1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah C. Gunakan api atas bawah.
  2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dgn marjerin atau alas dgn kertas minyak.
  3. Kisar gula, telur, minyak di dlm blender hingga putih (3-5 min)
  4. Tuang kedalam mangkuk
  5. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dgn senduk.
  6. Masukkan pisang , esen vanila,
  7. air limau nipis. Gaul sebati.
  8. Masukkan adunan kedalam loyang Dan nasak dalam oven selama 45 min/ keperangan (oleh kerana saya guna bekas kertas yg kecik2 tu.. masa membakar hanya 15-20 min sahaja)
  9. Gunakan api atas bawah.
Selamat mencuba bagi yang nak mencuba!

27 Oktober 2009

Apam Gula Hangus

Aku tak berniatpun nak menghasilkan apam sendiri sbb tak pernah berjaya menemukan resepi apam yang senang dan mudah. Semenjak dua menjak ni aku rajin sikit menyinggah rumah teman-teman blogger. Hari ni aku nak share satu resepi apam yang memang amat mudah dan bahannya senang untuk didapati. Aku sebetulnya tak pandai..tapi pada pendapat aku..jika dari awal kita sukat bahan menggunakan cawan..maka dari awal hingga akhir..cawan tersebutlah yang kita gunakan..jangan tukar2 cawan lagi. Mana aku tahu selama ini..he..he..he..

Bahan-bahannya

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sb marjerin
  • 2 sb susu pekat
  • 1 st soda bicarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-caranya
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampur dgn air. Kemudian sejukkan.
  2. Masukkan telur, susu , minyak dan marjerin kedalam blender. Kisarkan dalam anggaran 3 min.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum bersama soda bicarbonat dan kisar lagi hingga sebati
  5. Kukus adunan tadi dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 min.
  6. Boleh juga menggunakan acuan plastik. (aku guna loyang non-stick)
  7. Sekiranya adunan nampak cair, boleh ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya. (aku tak tambahpun)
Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.

26 Oktober 2009

Fenin! Fenin!

Aku dah bersiap-siap nak menunaikan solat zohor sebelum keluar tetapi aku lihat papanya tak siap-siap lagi. Aku jadi hairan..biasanya dia yang paling cepat dalam bersiap. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 1pm. Janji nak keluar pukul 1.30pm. Bila di tanya dia tersenyum. Dia mengambil jam dan menukar jarumnya ke pukul 12 pm. 


Rupa-rupanya berlaku perubahan waktu di Rusia bermula pada hari ini. Maknanya..waktu disini dianjakkan awal sejam daripada biasa. Sebab itulah..pukul 1pm jadi pukul 12 pm. Waktu sembahyangpun jadi dekat jaraknya. Waktu zohor jadi pukul 12.14 pm, Asar 2.32pm, Maghrib 5.06pm dan Isyak 6.05pm. Mulanya aku pening tapi bila dah petang sikit..barulah..aku dapat sesuaikan diri dengan waktu2 tersebut.

Mungkin disebabkan perubahan waktu...pukul 5pm tu..hari dah gelap.. mungkin juga ada kaitannya dengan musim salji yang akan tiba tidak lama lagi...

22 Oktober 2009

Cucur daun bawang

Hati teringin nak makan cucur. Sudah puas aku mencuba pelbagai cara untuk membuat cucur yang sedap dan lembut tetapi biasanya cucur yang digoreng akan lembut sekejap selepas digoreng dan akan keras bila ianya sejuk. Tapi dua tiga hari lepas aku godek-godek lagi adunan yang aku buat..nah! aku cukup puashati..ia lembut. Cucur ni bukan saja sesuai utk kita tetapi utk hidangan anak-anak kecil dan orang-orang yang sedang sakit gigi! ha!ha! bukannya apa..nak menunjukkan betapa lembutnya cucur buatanku ini.

Bahan-bahannya

  • 350 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 7 helai daun bawang-dipotong kecil2
  • 550 ml air panas
Cara-caranya
  1. Campurkan semua adunan sampai sebati
  2. Boleh digoreng
* Proses menggoreng adalah seperti biasa

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba!

21 Oktober 2009

Kasihan Adib

Adib terkena selsema. Tidurnya tak selena selalu. Kejap-kejap terjaga. Alamaknya..kita jugak yang susah hati. Aku cukup bimbang jika anak sekecil ini diserang selsema. Dia nak cakap tak pandai..alih2 asyik menangis sajalah. Bila dah jadi macam tu dengan maknya ni sekali tak cukup tido!

Kalau dolu2 time aku masih bekerja, bila anak aku tak dapat nafas camni..banyak kahak yang tak dapat dikeluarkan.. aku angkut jer Adam atau Dania ke hospital. Buat suction atau sedutan kahak sendiri kat wad. Lani..hanya satu cara saja yang dapat aku buat...sedut hingus keluar ikut hidungnya menggunakan mulut sendiri. Sesetengah orang dia geli. Tapi..aku buat saja. Anak kecil..mana ada kuman. Cuma pastikan mulut ibu2 bersihlah....

Mesti ada orang tanya kenapa tak kasi ubat? Bukan aku taknak bagi..tapi..aku tengok..keadaan masih terkawal. Dia tak batuk cuma selsema yang ada sedikit hingus yang meleleh. Bagi aku..selagi boleh kontrol sendiri, aku sedaya upaya elakkan diri atau anak2 makan ubat.

Siang mengantuk, malam berjaga..inilah dia putera ke-2. Bestnya tengok dia tidur walaupun hidungnya tersumbat tu. Macam orang tua lagaknya. Kejap pusing kiri..kejap pusing kanan. Balas dendam agaknya.tak cukup tidur malam tadi!

19 Oktober 2009

Sayangilah Jantung Anda

Tadi aku baru membaca Utusan Malaysia online yang mana mantan PM risau tentang tahap kesihatan rakyat Malaysia yang kebanyakannya sekarang ni 'bertambah-tambah sihat badannya'. Aku rasa akulah salah seorang daripadanya. Beliau turut mengulas ceramah Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia yang mengingatkan orang ramai yang sayangkan jantung supaya mengelak daripada menjadikan nasi lemak dan roti canai sebagai menu utama sarapan pagi.

Alamak! Roti canai baru pandai buat dan dok berlatih bagi menghasilkan roti canai yg terbaik dan rangup untuk santapan anak2 dan papanya. Kunun-kununlah. Kalau dah begitu gayanya camana? Kena buat plihanlah agaknya...sayangkan jantung sendiri atau sayangkan perut suami dan anak2.Pandai-pandailah kontrol yer..jangan terlebih minyak sapi... senang hati sapi2 kat Mesia nanti. hah!hah!

Lagi satu bila nak pergi exercise? entahlah! bila berjalan time ni bukan peluh yang keluar tetapi..asap yg keluar. Bukan asap rokok yer..tapi udara akibat kesejukan akan keluar dari mulut setiap kali berborak. Huh!Huh! Ha!nampak?

18 Oktober 2009

Risau

Dua hari lepas Adam mengadu sakit dada. Patutlah..aku dengar dia batuk bunyi macam tak puas saja. Bukan sakit dada kerana sakit jantung tetapi akibat terjatuh di kedai sukan. Aku tak perasan time bila dia jatuh sebab asyik dok membelek baju. Aku cukup risau kerana dia tak pernah menunjukkan kesakitan yang dia alami. Malam tadi..aku ajak dia tidur dibilikku.

Hari ini aku melihat perkembangannya. Seperti biasa..dia asyik melompat kesana kesini. Aku cuba memerhatikan keadaannya setiap kali dia batuk. Juga seperti semalam. Tak lepaskan batuknya kuat-kuat seperti kebiasaannya..dia tak nampak seperti didalam kesakitan. Tetapi aku tahu..camana perangai anakku yang sorang ini. Dia masih lincah, bermain, makan dan bergaduh dengan Dania. Kerisauanku sedikit hilang melihat dia bermain riang seperti biasa...walaupun kadang-kadang kedengaran dia lepaskan batuknya yang membimbangkan aku.

13 Oktober 2009

Cuci mata


Berjalan hampir 1 km menyusuri sungai berhampiran Gorky Park tidak terasa penatnya kerana asyik melihat lukisan yang dipamerkan disepanjang jalan. Sambil berjalan mata melilau ke kiri dan kanan lorong. Yang mana satu hendak dipandang. Semuanya elok dalam pandangan cuma ada sesetengah lukisan yang terasa ingin dibuang kerana 'terlalu abstraknya'. Lukisan-lukisan tersebut nampak seperti hidup...dengan kucingnya...air terjunnya, pokoknya..juga buah-buannya serta bunganya yang nampak segar.

Di penghujung jalan terdapat peniaga yang membuka beberapa gerai menjual peralatan sepeti hiasan dapur, patung-patung dan juga peralatan klasik dari negara mereka. Yang bagusnya mereka tidak mengejar atau merayu kita supaya membeli hasil lukisan mereka. Ketika kami lalu..mereka berborak sesama sendiri dan ada yang duduk diam menanti pembeli. Mungkin disebabkan kami ni tak pandai berbahasa Rusia lah kot.
Kami berjalan sambil menahan kesejukan walaupun baju masing-masing dah kira tebal. Cuma saya jer yang tak pakai baju yang sesuai sebab tak menjangka akan sampai ke sini.Tangan dah terasa kebas. Anak2 menggigil. Maklumlah tak biasa dengan suhu seperti ini. Adib tidur lena di dalam stroller sepanjang jalan. Sampai di penghujung jalan..barulah dia membuka mata dan menangis. Mungkin dia turut terasa akan kedinginan angin petang walaupun badannya sudah berbungkus.

12 Oktober 2009

Open house sana sini

Apa aktiviti hujung minggu? Bagi saya..weekend kat sinipun best cam negara sendiri kerana adanya budaya open house ni . Lagipun apa salahnya jika saya dan teman2 yang lain dapat memenuhi tuntutan adik-adik medical student yang rajin memasak untuk kitaorang.

Semalam..makan2 kat kediaman student year 6. Aduh! best sungguh masakan depa. Pandai masak...sedap semua masakan yang mereka hidangkan. Ada soto,ketupat,rendang, makaroni bakar, cream puff dan macam2 lagi. Makan sampai tak larat nak bangun. Kami ni siap tapau lagi. Time nak ambik gambar makanan..alamak! rupa-rupanya kamera tertinggal kat rumah...frust sungguh...

Harini pun..ada makan-makan kat Embassy (nasib baik bawak kamera).Ditaja oleh adik2 student jugak. Siap ada persembahan gitu dari mereka. Kelas dik! sedap2 suaranya.


Antara masakan yg disediakan oleh adik2 student

Dania & Farhah

08 Oktober 2009

Adib kena inject

Semalam aku ada cerita yang Adib ada appointment ngan doktor Pediatrik. Rupanya dia disuntik lagi. Imunisasi untuk DPT (Difteria, Tetanus, Pertusia) , Polio, HIB (Haemophilus type B) dan Hepatitis B telah diberikan. Kat sini Pertusia tu dipanggil whooping cough. Percaya atau tidak..Adib tak menangis pun! Hebat anak lelakiku ini...ha..ha.

Bila aku bandingkan dengan jadual imunisasi di Malaysia, memang ada sedikit perbezaan. Suntikan semuanya sama cuma tahap-tahap umur baby disuntik tu yang berbeza. Jika di Malaysia..bila bayi lahir saja suntikan untuk vitamin K, Hep B dos pertama dan BCG dos pertama akan diberikan. Kat sini..hanya vitamin K dan BCG sahaja. Hep.B akan diberikan bila baby berusia 3-4 bulan , 4-5 bulan dan 9-10 bulan. 3-4 bulan tu maknanya kita boleh pilih samada nak bagi suntikan tu semasa baby berusia 3 bulan ke 4 bulan. Bukannya 3 bulan sekali..4 bulan sekali..seperti jangkaan awal aku awal2 dulu.

04 Oktober 2009

Eiii ! Sejuknya..

Itu komen yang selalu kedengaran di bibir anak-anak setiap kali keluar rumah. Jika di Malaysia..time nak keluar tu tak payah nak fikir apa2 dah. 5 minit bersiap dah sedia untuk keluar. Kalau kat sini.. nak keluar tu..sekurang-kurangnya mengambil masa setengah jam hingga ke sejam untuk bersiap. Jenuh berperang ngan anak-anak supaya mereka memakai baju yang tebal supaya tidak terkena selsema..Pakai baju paling kurang..3 lapisan.


Sekarang ni musim Autumn.Daun-daun sudah bertukar warna menjadi kekuning-kuningan dan menanti masa untuk gugur sahaja. Walaupun winter belum tiba...tetapi...sejuknya mak oiii..dah terasa ke sum-sum tulang. Cuaca tidak menentu..kekadang hujan kekadang panas. Jika matahari memancar di atas kepala sekalipun..bahangnya tidak akan terasa kerana angin yang bertiup membawa udara dingin . Suhu sering saja berubah. Kejap 7..kejap 3..kejap 2 darjah celcius. Kalau nak datang ke Moscow dalam waktu yang terdekat ni..bawaklah baju tebal2.

02 Oktober 2009

Adam Akhtar

Bila sendirian..saya kekadang jadi belas pada Adam. Apa tidaknya...bila semua orang pergi sekolah..tinggal ler dia terkontang-kanting bermain sorang2. Tengok TV sorang2... juga main games sorang2 waktu saya tak sempat melayannya .Itu yang kekadang dia jadi geram kat si adiknya Adib tu. Kalau disuruh menjaga Adib, sekejap saja, mahunya merah padam muka si adik diciumnya.Tak tahulah..cium sayang atau cium untuk balas dendam..ha..ha..

Adam nih memang nakal habis tak tentu masa. Kalau naik skuter di Park, semua budak2 mahu dilanggarnya termasuk anak Jepun yang bermain di situ. Dia bukannya kisah orang jatuh terduduk ke, terguling ke... yang penting dia happy! Itu kat luar punya cerita. Kalau kat rumah plak..dia selalunya akan menangis kalau Dania tak nak join main bersamanya. saya memang suka sangat perhati sikap Adam ni.

Perkara yang paling pantang baginya ialah..jika melihat barang mainannya (yg boleh dibilang dengan jari) terusik atau berubah tempat. Mulalah dia meraung dan airmata tak usah dok ingat..tetiba ajer boleh berlinang-linang kat pipi bagai dipam-pam pulak. Hai.. tak macho langsung anak teruna saya ini! Time saya membebel..bukan dia pandang ke bawah seperti orang bersalah tu..tapi dipandangnya muka saya dengan wajah yang terkulat-kulat. 

29 September 2009

My Adib

Alhamdulillah! bila dah tak kerja ni.. bolehlah aku melihat sendiri perkembangan tumbesaran si Adib lak. Time Adam dan Dania dulu..aku tak perasan tahap bila diorang boleh tersenyum, mengagah dan sebagainya kerana sibuk bekerja. Sekarang..tetiap hari aku dapat melihat setiap perubahan yang berlaku.

Dalam usia tak sampai 3 bulan .Adib dah boleh tersenyum tatkala aku mengagah, dah boleh bersembang menggunakan bahasa yang dia sorang jer faham di tengah-tengah malam atau bila mana dia mahu tidur, serta boleh memberi isyarat (dengan menangis kuat-kuat) apabila kepalanya dah tak boleh bergerak lagi kerana tersekat di hujung katilnya. Kakinya dah boleh menendang keatas. Sekarang..aku bimbang untuk meninggalkan dia sendirian di tempat tidurku. Tidurnya mestilah di atas katil kecilnya sahaja. Kalau tidak mahu pisang berbuah dua kali , aku harus berhati2..tidak mahu dia jatuh katil seperti Dania dahulu.

Betapa cepatnya masa berlalu..padahal..aku masih terasa seperti baru semalam aku bersalin. Sakitnya masih berbekas di ingatanku. Suara Dr. Elena
juga masih terngiang-ngiang di telingaku ini. Tapi..aku merasa amat bangga kerana berpeluang berada di samping Adib dan anak-anakku yg lain pada ketika ini...di mana proses pembelajaran mengenali alam semesta baru bermula. Peluang ini akan aku guna sebaik-baiknya, InsyaAllah...

28 September 2009

Hobi Si Dania

Hai! macam-macam perangai budak2 ni. Hobi Dania yang paling aku tak suka ialah berendam di dalam bathtub. Kalau setakat setengah jam takpe lagi...ini..kalau balik bermain dari park tu..berendamnya mengalahkan puteri duyung ... masuk bilik air pukul 6pm..pukul 8pm..kalau tak membebel..takkan dia keluar dari bilik air tu. Bukannya dia berendam saja tetapi siap dengan menyanyi-nyanyi pulak. Lagaknya bukan main. Air disiram-siram diseluruh badan sambil rambut dikirai-kirainya.

Waktu pagipun macam tu jugak gayanya. Aku kemain la kejutkan dia awal2 takut tak sempat. Dah kejutkan dia..bagi ubat gigi dan berus gigi..aku kedapur semula menyiapkan sarapan pagi beserta bekalan untuk dia dan papanya. Bila naik keatas takde lagi. Tengok dalam bilik air, masih lagi dok halakan shower tu kebadan. So..sekarang ni tiap-tiap pagi..aku kena mandikan dia takut terlajak jer. Nanti ada orang yang melalak plak dek kena tinggal bas.

Hmmm..macam-macam ada!

23 September 2009

Mood Raya

Hari ni dah masuk hari ke-4 kita menyambut kedatangan bulan Syawal. Mood rayapun tinggal sikit-sikit jea lagi tak seperti sebelumnya. Kalau kat kampung ni rasanya tak habis lagi tawaf rumah sanak sedara. Kalau takpun dok habiskan saki baki ketupat yang masih tinggal.

Kat sini kehidupan dilalui seperti biasa saja. Kebetulan pulak hari ni takde apa2 aktiviti yang hendak dibuat. So..apalagi..selepas menyiapkan keperluan Dania untuk ke sekolah...aku lanjutkan waktu lenaku sampai tengahari sikit. Balas dendam...legaaaa...dapat tidur sepuas-puasnya...zzzzzzz....

21 September 2009

Perasaan ini

Aku punya sekeping hati yang aku sendiri sukar untuk mentafsirkannya. Kekadang ianya lembut bagaikan kapas dan kekadang ia menjadi terlalu keras melebihi kerasnya batu. Aku boleh menjadi seorang yang amat sensitif pada satu masa dan adakalanya boleh menjadi seorang yang tidak berperasaan pada waktu yang lainnya.


Raya untuk pertama kalinya diperantauan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diriku...Airmata yang gugur kali bukannya mewakili perasaan gembira seperti kebiasaannya tetapi dek dadaku sesak dengan bebanan perasaan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Makinku tahan semakin laju pulak ianya mengalir keluar. Aduhai anak! hebatnya ujian ini!


Wahai hati! usahlah bersedih ...
Wahai airmata! usahlah kau menitis lagi.


15 September 2009

Salam Aidilfitri!

Kemeriahan suasana Aidilfitri di kampung terbayang-bayang di ingatan...dengan lagu raya yang berkumandang dicorong radio, dengan harum bau kuih raya dari setiap rumah, juga dengan sibuknya budak2 muda mencari buluh untuk dibuat lemang. Aku juga teringat emak yg pasti sibuk menyediakan juadah pada malam raya sambil ditemani anak2 dan cucu2.

Isk!isk! Betapa syahdunya rasa bila nak beraya jauh dari kampung halaman. Sebelum ni pun memang aku pernah beraya berjauhan tetapi.. bukan ler merentasi lautan yang beribu kilometer jauhnya..tapi..di rumah mertuaku je di Alor Setar sana. Hishh.. Sedih? memang sedih bangat....tapi airmata tak keluar sebab masih ada suami tercinta dan anak-anak tersayang di sisi.

Cuma dikesempatan ini..aku dan keluarga mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada keluarga kami di Malaysia, kawan-kawan lain yg juga berada di perantauan, teman-temanku di HPJ, serta member2 lama di SSN dulu.. Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga..

Maaf Zahir Batin!! Huwwwaaaaa...

14 September 2009

Tangan panas

Saya memang sukakan bunga tetapi..sayang..setiap kali tanam bunga..bunga akan mati..pokok akan layu..geram sungguh! Saya ni bukan main lagi ikut setiap peraturan2 yg ditetapkan (kalau ada peraturanlah) ketika bunga atau sayuran ditanam. Alih2..mati juga tanaman itu.Paling selamat kami beli jer bunga yang dah ditanam siap dengan pasunya sekali. Kadang2 bunga yang itupun boleh mati. Takde seni sungguh!


Nampak tak..pokok tu dah kekuning-kuningan walaupun disiram setiap 2 hari sekali.
Emak kata tangan saya ni jenis panas. Oh! tanganpun ada jenis panas dan sejuknya...habis tu nak kena rendam ngan air sejuk dululah sebelum bercucuk tanam? Kenapa biji rambutan dan biji durian yg saya lempar di belakang rumahku masa tinggal di Quarters Putrajaya tu hidup subur? Entahlah..misteri ada dimana-mana......layan ajela..
Alih2 pokok dari Ikea jugak yg tak mati sbb plastik..

08 September 2009

Kuih Raya


Semalam tak sempat nak update blog. Ingatkan balik dari EMC (European Medical Centre) tu..dapatlah tulis sepatah dua kata idea ni..tapi..itulah kata orang yang kita ni hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Sampai kat rumah...hati teringin buat kuih raya padahal sebelum ni mana pernah buat. Kalau buat tu adala sekali. Itupun hangit sebab tak reti nak set time.

Lepas pada hari tu..saya main tunjuk aje. Padan muka saya...semalam cuba buat dapat buat biskut Dahlia dan biskut aper tah namanya satu lagi. Lupa..nak ambik gambar malu sebab..tak berapa jadik!


Hari ni sambung lagi buat kuih raya dengan Ilham...member baru saya. So..daptlah 2 jenis kuih yang disiapkan. Ada yang ter'coklat' sikit tapi..disebabkan baunya wangi..sayang nak buang. Malam nanti lepas buka puasa bolehlah aku mencubanya. Kalau sedap, buat lagi esok atau lusa...atau selagi raya tak tiba. Encik suami mesti cuba...tengok! jangan tak percaya yang saya boleh buat kuih raya. Kalau kat Mesia dulu ada saya buatpun bukannya dia percaya...alih2 dia kata kuih tu kuih tunjuk jugak nanti. Semangat raya tu kena ada kali ni encik!

06 September 2009

Jom Exercise!!


Adoi! Penat jugak mengayuh basikal ni...kalau bukan di bulan puasa, dah lama terkam dapur bukak peti ais cari air batu untuk membasahkan tekak. Tapi..bulan puasa..sabar ajelah.... saper suruh cari penyakit! Bukannya apa..dah lama sangat dah tak exercise semenjak selepas bersalinkan Adib. Peluhpun sebenarnya meronta-ronta nak keluar dari badan saya ni ..nak hirup udara segar jugak diapun..So..pagi ni selepas solat subuh, dalam kul 6.30am saya keluar lagi hanya berdua dengan Encik Asben. Pukul 6.30am kat sini harinya dah terang benderang. Matahari jugak mula memancar.


Saya naik basikal dan Encik Asben..naik kasut roda (inline-skate)
menyusuri jalan-jalan kecil di sekitar Moscow... melihat sungai Moscow yang terbentang luas. Ketika summer warga Moscow memang senang dilihat di mana2 bersama sepasang kasut roda mereka kerana terlalu suka dengan musim panas. Maklumlah, ketika musim sejuk pula cuaca di sini tersangatlah sejuk. Sepertimana di negara kita, disini jugak aku dapat melihat orang memancing serta restoren yang berderetan di tepi sungai. Sungainya pula..taklah secomot sesetengah sungai tempat kita, elok terjaga.

Oleh kerana keadaan cuacanya yang berangin kuat...peluh..setitikpun tak keluar. Hai! bila nak kurus? Lemak terperap kat dalam badan...waaa...sedihnya...pukul 9am kami balik. Sampai di rumah, anak2 tengah syok tidur lagi... saya? apalagi..selepas sumbat kain baju ke dalam mesin basuh, sambung tido jugak........

03 September 2009

Tuah Badan

Begitulah yang aku rasa sekarang. Apa tidaknya...aku berjiran dengan spouse yang banyak ilmunya dari segi masakan tradisional! Untuk buat kek pula..ada dua tiga orang lagi spouse yang terror. Dulu..ketika memula aku sampai disini, ada saja makanan yg diberikan seperti murtabak, kuih puteri ayu , kuih cara termasuk karipap pusing. Ha! jiran aku ni juga pakar dalam membuat roti canai. Boleh dikatakan..kitorang kat sini order kuih2 ni..dari beliau jika teringin nak makan kuih tradisional.

Yang aku maksudkan bertuah pula bukan disebabkan dapat buat 'kuih telunjuk' ni..tapi..bertuah kerana dapat belajar serba sedikit kuih2 tersebut. Minggu lepas aku belajar buat murtabak. Pagi tadi belajar buat karipap pusing lak. Yang bagusnya aku dapat tengok beliau buat dan practise tang2 tu jugak. Nanti..kalau aku dah pandai dan kuihku menjadi..aku akan tempek disini sebagai buktinya. Tungguuuu...!!!

Aku selalu bergurau dengan memanggilnya chef...peti ais dirumahnya ada 4. Tu dia! penuh dgn bhn2 masakan seperti inti karipap, inti murtabak dan mcm2 lagi. Dalam hati aku ni tak henti2 memujinya. Kagum sungguh! Lagipun dia tak kedekut ilmu dan sabar ketika mengajar aku buat kelim karipap. Hebat! hebat! Terima kasih Kak Zah Encik Saim....!!!

01 September 2009

Dah start dah!


Betullah kata orang2 yang lebih berpengalaman tentang hari pertama persekolahan anak2 bahawa ibubapa yang lebih risau daripada budak2 tu sendiri. Aku pulak dari semalam lagi rasa gabra semacam. Bukan aku tak pernah menghantar Dania kesekolah sebelum ini. Tapi..orang kata lain padang, lain belalangnya. Banyak benda yang aku fikirkan lebih-lebih lagi bila bersekolah di International School ni. Malam tadi aku siapkan bajunya, seluarnya,kasutnya dan segala macam keperluan untuk hari pertama persekolahan.

Pagi ni selepas sahur, aku tak menyambung tidur seperti kebiasaannya. Selepas bagi Adib minum susu, aku kutip kain2 kotor dan masukkan kedalam mesin basuh. Settle satu hal! Dalam pukul 6.30, aku kejutkan Dania untuk bangun dan mandi. Mengeliat sana, mengeliat sini..akhirnya bangun jugak dia sebab teringat nak pergi sekolah. Hari ni buat pertama kalinya dia tidak berpuasa...kerana bimbang dia letih atau tidak larat sewaktu berada di sekolah. Pukul 8am, anak2 dari 8 buah family menunggu bas di lobi.

Kelas bermula pukul 9am dan mereka akan sampai di rumah petang nanti lebih kurang dalam pukul 5pm. Lagipun..disini mereka mempunyai banyak xtvt sewaktu sesi persekolahan samada indoor atau outdoor. Musim winter nantipun..mereka digalakkan keluar bermain diluar kelas. Sebab itulah mereka diwajibkan mempunyai 3 pasang kasut sekolah. Kasut pertama dipakai ketika keluar dari rumah ke sekolah. Sampai di sekolah pakai kasut ke 2 untuk belajar dan kasut yang ke 3(kasut sport) dipakai untuk aktiviti di luar kelas. Aduh! jenuh menukar kasut si Dania nanti!

Sebelum keluar rumah, sekali lagi aku ingatkan dia tentang makanan di sekolah. Jangan makan sebarangan atau lebih baik toksah makan dan makan hanya bekalan yang aku bekalkan sahaja. Oleh kerana aku dan papanya selalu sebut tentang perkara tersebut..dia jadi lali. Sebelum aku habiskan ayat terakhir, dia sudah menyambung ayat2 seterusnya. Aku lega! maknanya dia betul2 faham pesanan kami. Bukannya apa..aku dan papanya risau kerana was2 tentang makanan yang dibekalkan di sekolah termasuk sandwich sekalipun. Abis sangat kalau dia nak, bolehlah minum jus yang cikgu bagi kat sekolah nanti. Tapi..pagi ni aku bekalkan Dania dengan 2 tupperware berisi fries cicah sos cili dan satu lagi biskut tiger campur biskut chocolate cip serta 2 kotak air laici.

Selamat bersekolah Dania....

31 Ogos 2009

Salam Kemerdekaan...

"Merdeka! Merdeka! Merdeka" aku pasti laungan itu bergema di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun sebelumnya. Bertambahlah sehari cuti umum bagi kawan-kawan yang bekerja. Pada hari cuti sebeginilah..ibubapa berpeluang membawa anak-anak berjalan-jalan ke shopping complex, bermain di taman tema dan mandi-manda atau membawa anak-anak ke zoo negara, dan juga ke tempat2 percutian yang lain. Mungkin juga semalam..adalah hari terakhir bercuti selepas menghabiskan masa bersama orang tua atau family tercinta.

Bagi kami..kemeriahannya tidaklah terasa seperti di negara sendiri. Hari merdeka hanya kami yang bercuti sedangkan masyarakat di sini bekerja seperti biasa. Apalagi...cuti umum ini aku dan family mempunyai agenda tersendiri bersama dengan jiran (bukan jiran Jerman). Kami keluar bershopping di pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Dikenali dengan nama 'kedai orange' (di kalangan kami org Malaysia) kerana warna bangunan keseluruhannya berwarna orange, perjalanan ke sana hanya mengambil masa 15-20 min sahaja dengan berjalan kaki.


Kami menghabiskan masa hampir 6 jam hanya di satu kedai (warehouse) sukan, memborong kasut secara besar-besaran! Setiap orang dapatlah sepasang dua. Orang kata sambil menyelam minum air. Mulanya aku bercadang nak membeli kasut Dania sahaja memandangkan esok dia akan mula bersekolah. Tapi..kasut kat situ kiut-miut. Apalagi..aku, Adam dan Papanya turut membeli sama. Lagipun, winter dah tak lama lagi... maka akupun capailah kasut winter di samping kasut untuk bersantai.

Balik dari shopping rasa cam bersemangat sikit nak masuk dapur hari ni. Agaknya kerana terkena angin Merdeka kot. Aku turun dapur dan menyiapkan nasi ayam dan sedikit Puding Roti Marble yang diambil resepinya dari Hanamemories. Thanks Hana! menjadi resepi tu..

Semoga merdeka tahun ini aku dapat memerdekakan diriku daripada perasaan malas untuk masuk ke dapur. Selamat Hari Merdeka untuk diriku dan negaraku!!

29 Ogos 2009

Lepas geram!


Petang semalam...selepas masak siap-siap hidangan untuk berbuka serba sedikit, saya anak beranak keluar ambik angin petang dan berjalan melalui Stasovoy Street. Kat sini disebut Ulitsa Stasovoy. Ulitsa tu maknanya jalan. Kunun-kununnya nak cari kedai Mother Care untuk cari serba sedikit baju baby Adib bagi persediaan winter nanti. Inilah first time saya keluar bersama baby Adib.Encik asben menolak stroller. Manakala Adam dan Dania macam biasa berjalan sambil bergaduh nak naik skuter tu! Jalan punya jalan..tak nampak batang hidungpun perkataan "Mother Care" tu.


Oleh kerana jam dah 8pm...waktu berbuka lak pukul 8.42pm..saya dan kuncu-kuncu berpatah balik dengan perasaan kecewanya. Itulah redah punya pasal....

Tapi..saya puashati kerana dapat jugak mengambil angin luar setelah lama kat dalam rumah! Segarrr rasanya....dan dapatlah snap gambar sekeping dua.

28 Ogos 2009

Teknik memujuk

Dalam dua tiga menjak ni hati aku bagai digeletek2 dengan tingkahlaku anak2.? Sebenor-benornya aku dok perhatikan tingkahlaku Adam dan Dania ketika menjaga si Adib. Mana taknya..setiap dari mereka ada cara yang tersendiri untuk menghentikan tangisan si adik tatkala sikecil itu menangis.Jikalau aku hendak membuat kerja2 rumah dan meminta mereka menjaga Adib mereka akan mengikut dengan sukahatinya.

Dania..
.

"Saaaayangggggggg ! kak Long ni. Kenapa nangisssss," itu cara Dania dengan lenggok suaranya yang ala-ala wayang kulit sebab lenggoknya yang panjang tu sambil mengusap-ngusap kepala si kecil. Itu dah berjaya kiranya kalau dari segi untuk menjadi seorang 'Kak Long'.

Adam pulak.
....

"Abang Ngah datang!" atau kadangkala dia kata "Adam datang!" sambil melompat-lompat disisi si-Adib. Pastu dia akan buat macam cerita Power Rangers ke iCarly ke dengan suara-suaranya sekali dok hip-hap2...pastu "iyahhhhh..." sambil tangannya menghala ke badan Adib. Konon-kononya dia gunakan power ler untuk hentikan tangisan Adib. Kalau si Adib berhenti menangis dia kata dia terror..padahal Adib terkejut atau tergamam agaknya melihat aksi si-abang. Hai anak-anak!

27 Ogos 2009

Jiran Jermanku

Aduh! Pening kepalaku dengan jiran Jerman ku yang sorang ni. Tak abis-abis dengan komplennya sana sini. Begitu jugak dengan anak2 yang tengah galak bermain. Hari ke-2 aku berpindah ke rumah ini dari service apartment si-Jerman ni siap datang bertandang dengan sopannya.Ingatkan datang sesaja. Rupanya datang untuk complain. Itu kali pertama. Memakai seluar pendek paras paha dan masuk ke rumah dengan memakai kasut. Aku juga dengan sopan-santunnya jugak..he..he..menyuruh dia menanggalkan kasutnya yang cantik itu.

Hari ni datang lagi komplen yang mengatakan bunyi bising suara budak2 bermain di waktu malam dari rumah kamilah, bunyi suara budak menjeritlah, budak berlari serta bunyi kerusi dijatuhkan.
Aku yang tak gheti jaga anak atau minah tu yang tak betul . Kalau yapun, takkanlah..aku yang garang ni tak buat apa2 jika anak2 bermain gila2 seperti itu. Entah2 hantu. Mana dia tahu?

Seingat aku..si Adam dan Dania tu kalau bermain selepas pukul 10 pun..hanya lego sahaja. Cantum sana..cantum sini..tak jadi campak dalam bakul, ambik yang lain pulak. Takkan itupun bising sampai menggegarkan kepala otak dia. Dia mana tahu tentang perangai budak2 sebab dia tak ada anak. Hidup sepasang ngan suaminya saja. Lagi pulak dia tinggal di tingkat atas bukan di tingkat bawah! heran!heran! Semenjak kami pindah ni..macam kami jea yang punca semuanya.


Alih2 si Adam dan si Dania diberi peraturan baru. Selepas sembahyang isyak dan mengaji al-Quran, pukul 10pm dah kena tido. Tak boleh main lego lagi dan tak boleh jalan kuat2 bila naik tangga untuk ketingkat atas, serta tak boleh bercakap banyak! haiyaaa...anak-anakku menjadi mangsa..Dania juga tidak dibenarkan menyanyi dalam bilik air ketika mandi samada siang atau malam. Hidup kami jadi tak seronok dek jiran baruku yang psyco itu. Huh!

25 Ogos 2009

Pose oh Pose!

Pejam celik, pejam celik hari ni dah masuk hari ke-5 kami berpuasa. Kita orang dewasa ni tak kisahlah sahur pukul berapa...berbuka pukul berapa. Tetapi budak2 yang baru nak belajar berpuasa, tentu akan merasa penat semacam .Ditambah lagi dengan waktu yang panjang begini.
Di Moscow ni waktu Subuh adalah 5.15am manakala waktu berbuka pulak 8.42 pm. Rasanya lewat sejam lebih kot dari Malaysia.

Aku sebetulnya bangga ngan anak daraku (6 thn ) yang masih bertahan untuk berpuasa hingga kehari ini.
Hari pertama sahur dia bangun dengan penuh semangat. Sekali kejut dah bangun. Hari ke-2 dan hari2 seterusnya..aduh! jenuh meragam. Tak bagi puasa nak puasa. Kalau tak kejutkan sahur, nanti pagi...menangis sakan cam kena pukul plak. Alih2 papanya yang dukung kebilik air untuk membasuh mukanya..dukung kemeja makan. Kalau time tu mood dah elok..dia akan makan sendiri. Kalau datang angin pus-pusnya...papanya jugak yang kena suapkan. Aku ni malas nak manjakan sangat!

Lepas sembahyang subuh berjemaah...dia bukannya nak tido...tapi dok mengadap notebook. Dok main game iCarly kegemarannya. Satu lagi...bagusnya bila dia berpuasa..sembahyang 5 waktu akan lengkap dia tunaikan. Dulu selalu jugak dia tuang. Tapi bila diberitahu...kalau puasa tapi tak sembahyang..ibarat macam tak puasa jer...terus dia tak tinggalkan solat tu. Sayang katanya.

Tapi...dalam dia dok puasa pun aku masih berleter. Bukannya apa. Kawan melompat..dia melompat. kawan menjerit dia menjerit. Aku bimbang kalau dia kepenatan. Alih2 bila penat, buat perangai. Suruh berbuka tak naknya. Kat sini rasa haus tak terasa sangat sebab cuacanya selalu mendung dan adakalanya hujan. Walaupun musim "summer" tapi..tak terasa panasnya.

22 Ogos 2009

Tugasan pertama

Hah! kena masak untuk majlis berbuka puasa di Embassy pada hari ni? (Sabtu hari ke-2)
Mana aku pandai bab masak-memasak ni! Kalau setakat nak makan mulut kami empat beranak ni bolehlah. Tapi..hari ni aku kena masak 4kg udang masak merah. Entah jadi entah tidak masak merahnya. Entah2 bertukar jadi warna lain plak kot. Kalau masak sikit2 kira boleh lagi. Ini...Aduhai! 4kg.

Pertama kali dalam hidup aku masak udang sebanyak tu. Papanya kata itu masakan yang paling mudah untuk aku buat sedangkan orang lain kena buat lagi resepi yang susah. Kalau disuruhnya aku untuk masak kuih..alamak..kena cari orang lain untuk diupah nanti. Bukan aku tak rajin tapi..setiap kali aku buat kuih, tak pernah nak menjadi. Alih2...tong sampah jugak yang buncit perut akibat kekenyangan kuih gagalku.

Tapi..takpe..aku cuba. Pukul 3pm aku blend bawang dan segala jenis bahan yang aku nak gunakan dalam masakan. Anak yang sulung ikut papanya keluar, yang ke-2 sedang layan kartun di channel kegemarannya..sekejap Jetix sekejap Cartoon Network, manakala si kecil sedang nyenyak tido. Mengantuk barangkali sebab berjaga malam tadi. Senanglah sikit aku nak buat kerja.

Ting tang, ting tang..Pukul 6pm, semuanya sudah siap. Tak tahulah bagaimana rasanya Udang Masak Merahku. Pukul 6 lebih Papanya balik dan aku dengan bangganya memeperkenalkan hasil masakanku. Udang masak merah ke udang gulai? Aduh! geram jugak rasanya. Penat2 aku masak, itu yang ditanya. Suka hatilah labu! Janji masakan dah siap...he..he..

Tapi yang sedehnya..lepas pukul 7pm semua orang berbuka di Embassy tinggal aku ditemani baby berbuka dirumah dengan kek pemberian Ilham dan ayam ala KFC pemberian Yan (sodap.. .terima kasih). Huwaa....tak aci! Nak pi jugak....

Teruja

Ramadhan kali ini kami berada di perantauan nun jauh beribu batu dari family dan sanak saudara tercinta. Seronokkah berbuka tanpa tepung pelita, nasi kerabu atau nasi dagang ? Jangan ditanya...Terbayang dimata kesedapan ikan percik dan popia basah yang dijual di bazar Ramadhan Bandar Seri Putra. Juga kemeriahan time berbuka. Wah! ini dugaan bagiku. Nak buat semua kuih tu..bahannya tak ada sangat .Kalau takpun..aku tak berapa pandai.

Nak cari ikan selayang, ikan tongkol kat sini? Mana ada! Yang ada ikan macheral. Rasanya hanyir semacam. Tapi..kalau nak buat nasi dagang..bolehlah tahan. Kena rebus dulu dengan asam keping banyak2. Cuci bersih2 dengan air asam jawa sebelum merebusnya.

Internet sangat berguna bagiku untuk mencari resepi. Hari ni nak masak apa? Hah! on aje pc tu. Taip ajer jenis masakan. Tup..tup..jadilah chef sendiri. Sedap tak sedap masakanku belakang kira, suami dan anak-anak jadi penguji rasa. Telan semua apa yang aku masak. Kalau sedap, buat lagi..kalau rasanya lain macemmm saja..goodbyelah resepi. Nak salahkan resepi..padahalnya aku yang tak gheti. Ha..ha...

Ramadhan telah tiba


Ramadhan datang lagi pada tahun ini! Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua dan selamat berpuasa..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini