23 September 2011

Autumn kembali lagi

Autumn kali ini merupakan yang terakhir untuk kami sekeluarga. Biasanya pada musim ini Moscow akan dihiasi dengan warna yang penuh bercahaya..daun-daun akan bertukar kekuningan. Sangat cantik. Permulaan kali ini tidak berapa menyenangkan. Banyak masa dihabiskan dengan membuat aktiviti-aktiviti persatuan. Sehingga kadangkala  saya perlu membuat pembahagian masa yang bijak untuk menguruskan hal-hal dirumah. Nasib baik Adam dan Dania bersekolah...manakala Adib saya bawa juga ke tempat berpersatuan.

Minggu ini cuaca agak redup dan.kadangkala diselangseli dengan hujan yang turun renyai2. Bila cuaca begini..matapun mulalah layu. Tapi saya ni jenis yang sukar untuk tidur disiang hari kecuali jika benar2 keadaan yang terpaksa. daripada saya tidur lebih baik saya..mengadap laptop..untung2 dapat juga satu dua cerita yang sempat dibaca. Nasib baik tiada apa2 aktiviti yang harus dihadiri.

Pokok lada yang saya tanam didalam pasu dan watermelon yg saya tanam kat luar rumah, sudah saya angkut masuk rumah. Cuaca kat luar sudah mula sejuk. Suhu kekadang mencecah 12 darjah C seperti tidak mengizinkan pokok2 tersebut untuk bernafas. Tidur malampun sudah mula pakai stokin..kalau tidak ..rasa macam kejang jer otot2.

Oklah selamat berehat buat teman2 di Malaysia dan dimana jua berada..semoga kita mendapat rehat yang secukupnya untuk meneruskan tugas kita dengan penuh bertenaga pada esok hari ya!

01 September 2011

Salam Aidilfitri Dari Moscow

Hari ini merupakan hari ke-3( diMoscow) dan mungkin merupakan hari ke-4( di Malaysia) kita umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Rasanya belum terlambat bagi saya untuk mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..zahir dan batin kepada sanak saudara, ipar- duai, teman-teman dialam nyata mahupun di alam siber ini jika saya pernah terkasar bahasa atau tersilap bicara.

Setelah hampir 4 bulan saya menyepikan diri dari dunia blogging kerana kesibukan melayan anak-anak yang sudah bermula cuti sekolahnya pada bulan Jun..ditambah pula dengan bermulanya Ramadhan dimana banyak aktiviti-aktiviti sampingan di tempat kerja encik husband setiap 3 kali seminggu.

Disaat ini saya berada di Oslo yang merupakan ibu negara Norway bercuti bersama-sama keluarga. Disebabkan hotel kami tinggal ini menyediakan perkhidmatan Wi-fi secara percuma kepada pelanggan, saya mengambil kesempatan untuk mengupdate blog untuk menghilangkan rindu pada teman- teman. Walaupun jam waktu di sini baru pukul 9.51 malam, anak-anak saya sudah lama dibuai mimpi. Penat barangkali.

Oh ya! Sebetulnya saya ingin bercerita serba sedikit tentang sambutan hari raya di Moscow pada tahun.walaupun jumlah yang hadir tidak seramai seperti tahun sebelumnya..namun ianya tetap meriah.

Takbir raya
Sepertimana di negara kita..disini juga takbir raya turut berkumandang memecah kesunyian bangunan kedutaan Malaysia di Moscow Rusia ini selepas majlis berbuka puasa dan sembahyang maghrib secara berjemaah selesai. Ianya dihadiri oleh pegawai2 yang bertugas di kedutaan bersama keluarga masing2.

Bunga Api dan Mercun
Jika sebut pasal raya tak sah kalau tidak ada bunga api ataupun mercun. Tu yang kita selalu dengar ada jer kanak2 mahupun orang dewasa yang masuk hospital gara2 bahan2 tersebut. Disini walaupun kami selalu melihat percikan bunga api di Lenin Hill mahupun diruang udara sekitar Moscow..namun ianya tidaklah sehebat perasaan gembira melihat anak2 kegirangan bermain bunga beramai- ramai pada malam raya tersebut di perkarangan kedutaan. Yang kelakarnya Mak2 pun
turut excited sama..maklumlah dah lama jumpa bunga api.

Kuih Raya
Yang ni paling tak percaya ni. Rasanya kali ini juga buat pertama kalinya semenjak saya beraya di Moscow yang merupakan kali-3 saya beraya disini..ehem..pening dgn ayat ni..ok..begini..ini merupakan kali ke-3 saya beraya di moscow dan raya pada kali ini merupakan raya yang paling best sebab terdapat banyak sangat kuih raya sama seperti jalan TAR. Serius...saya sendiri bersemangat membuat kuih raya sampai 9 jenis termasuk 'mama carries' yang tak pernah saya mimpipun saya akan membuat biskut tersebut. Almaklumlah..saya ni tak rajin dalam bab kuih- muih seperti berikut. Tapi kali ini saya betul2 menjadi seorang pelukis..berupaya menghasilkan sendiri kuih mengikut olahan sendiri dgn jayanya tanpa dibakul sampahkan seperti sebelumnya. Kenapa saya kata saya diri saya pelukis sebab saya berjaya melukis dgn betul mengikut resepi bentuk2 hati dibiskut 'mama carries' mahupun di biskut2 lain yg saya hasilkan dgn cemerlang..hehe..masuk bakul angkat sendirilah ni..tapi saya puashati...

Menu hari Raya
Menu raya kali ini ialah nasi minyak, ayam masak merah, acar, jelatah, papadom, soto, sate, lontong, nasi impit dan kuah kacang. Semuanya di masak oleh kaum- kaum ibu kecuali sate dibantu oleh para husband.

Acara bergambar
Acara bergambar merupakan salah satu acara wajib juga pada hari raya. Bergambar bersama Dato dan Datin, kawan- kawan, geng2 baju yg kaler sama ( cam budak2 kan? ) tapi yg ni la best...bersama family masing2.

Untuk anda yang menonton jejak rasul di tv3 setiap petang mesti dapat melihat serba sedikit gambaran sambutan hari raya disini. Untuk rakan2 yg mengenali..tentu mencari2 kelibat keluarga kami di situ kan? Untuk makluman..ketika tv3 membuat penggambaran jejak rasul di Moscow pada bulan Mei lepas..saya dan family balik bercuti di Malaysia.

Oklah..setakat ini sajalah dulu sambutan raya kali ini..jika ada ruang dan peluang, insyaAllah kita akan bertemu lagi.