06 Oktober 2015

Akak, Makcik atau Auntie?

Bila jumlah untuk umur sudah semakin bertambah,angkanya semakin besar kita harus mula untuk bermuhasabah diri. Sekejap saja waktu yang lepas terasa berlalu. Diam tak diam aku sudah berhenti kerja hampir 4 tahun. Pada mulanya aku berhenti kerja kerana berazam untuk menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tapi kini..aku bukan saja menjaga anak-anak yang seramai 5 orang,malah mula belajar untuk melibatkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan yang encik suami mulakan.

Dalam berbisnes aku belajar untuk berfikiran terbuka. Di dalam bidang ini, aku perlu berdepan dengan pelajar-pelajar Universiti baya-baya anak saudaraku iaitu dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 24 tahun. Bila bergaul dengan golongan ini secara automatik aku terpaksa menjaga penampilan agar tidak dikatakan ketinggalan zaman. Kebanyakan dari mereka memanggilku dengan panggilan akak. Agak reasonable kerana usiaku belum mencecah 40an lagi. Tapi yang tak tahannya ada diantara mereka memanggilku dengan panggilan 'MAKCIK'. Aduh! terasa tuanya diri ini.Mungkin disebabkan oleh penampilan aku yang biasa tanpa sebarang bantuan dan olesan alat-alat mekap.Kadangkala hanya berjubah hitam. Bagiku kalau panggilan AUNTIE lagi manis berbanding dengan perkataan MAKCIK. Moden and sopan. Tapi..apapun..redha ajelah yer. Yang penting rezeki itu datang.