27 Oktober 2009

Apam Gula Hangus

Aku tak berniatpun nak menghasilkan apam sendiri sbb tak pernah berjaya menemukan resepi apam yang senang dan mudah. Semenjak dua menjak ni aku rajin sikit menyinggah rumah teman-teman blogger. Hari ni aku nak share satu resepi apam yang memang amat mudah dan bahannya senang untuk didapati. Aku sebetulnya tak pandai..tapi pada pendapat aku..jika dari awal kita sukat bahan menggunakan cawan..maka dari awal hingga akhir..cawan tersebutlah yang kita gunakan..jangan tukar2 cawan lagi. Mana aku tahu selama ini..he..he..he..

Bahan-bahannya

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sb marjerin
  • 2 sb susu pekat
  • 1 st soda bicarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-caranya
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampur dgn air. Kemudian sejukkan.
  2. Masukkan telur, susu , minyak dan marjerin kedalam blender. Kisarkan dalam anggaran 3 min.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum bersama soda bicarbonat dan kisar lagi hingga sebati
  5. Kukus adunan tadi dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 min.
  6. Boleh juga menggunakan acuan plastik. (aku guna loyang non-stick)
  7. Sekiranya adunan nampak cair, boleh ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya. (aku tak tambahpun)
Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.

2 ulasan:

ain berkata...

akak pun dulu tak tau kena stick pd satu cawan aje. main belasah aje.hehe

psst..mana apam gula hangusnya. nak le tengokk!!!

Nor berkata...

Kembang kat atas sikit maybe terkena wapnya yang menitik..pepun..janji rasanya sedap..tak gitu kak ain? Gambar kendian..tak sempat nak upload lagi..