30 Ogos 2010

Alah Bisa Tegal Biasa

Gedebuk sana..gedebuk sini..bengkak sana..bengkak sini. Itu merupakan perkara lumrah dalam jadual hariannya semenjak dia 'mendapat kaki'. Dalam seminggu ada saja tanda baru yang terdapat diwajah Adib..kalau tak didahi..di kepala. Lebam didahi belum hilang..muncul pulak pecah dibibir akibat terjatuh ketika bermain di ruang tamu khamis lepas. Akibat selalu terkena..Adib seolah-olah kebal dan kalih. menangisnya cuma sekejap cuma. Dah terbiasa agaknya.


Kadang-kadang saya yang terasa kesakitan melihat kesan2 yang terdapat pada wajahnya. Anak lelaki yang seorang ini tidak kalah dengan Adam si abang yang semakin meningkat kenakalannya itu. Ada kaitankah 2 pusaran di kepala Adib dengan situasinya sekarang? Aha! mengarut dan melalut pulak maknya ni. Tapiii..kebarangkaliannya macam akan ada...tak habis2 dok meneka. Dahlah....mata dah mengantuk..otak dok ligat lagi..lenkali boleh sambung semula. Pagi besok kena bangun masak untuk sahur pulak. Oleh itu..gudnite...huwaaaaaa......!!!!

28 Ogos 2010

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Saya sebetulnya kagum dengan orang -orang yang terror dalam soal masak memasak, terutamanya kuih muih tradisional. Bagi saya setiap orang perempuan semestinya tahu memasak kerana itu penting untuk mengikat perut suami dan anak2. Jika beribu alasan diberikan..rasanya ia sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Alasan busy dengan kerja..tak cukup masa..mak tak suruh masak masa dedulu..dah ada orang gaji dan sewaktu dengannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kita sudah tahu kita pandai memasak..takkanlah selamanya kita tidak mempunyai inisiatif untuk meningkatkan diri kita..takkanlah selamanya kita nak bergantung kepada masakan kedai semata-mata.

Seingat saya..dulupun saya tidaklah secerdik mana dalam matapelajaran Suri RumahTangga (SRT) yg diajarkan disekolah. Time cikgu mengajar..fikiran kelain. Begitu jugak semasa masih bergelar anak dara. Masa bergelar pelajar sekolah, mana ada masa kedapur ( alasan lagi). Tapi itulah hakikatnya .Andaikata masa tersebut boleh diputar kembali, tidak akan saya benarkan mak melangkah kedapur langsung. Sungguh!!! Betapa berharganya ilmu yang ada pada orang tua kita.

Dengan adanya dunia IT ilmu masakan menjadi semakin telus..tiada had dan sempadannya..Bila berada di perantauan....saya terpaksa merajinkan diri berguru dengan orang yang lebih arif. Guru saya tidak lain tidak bukan internet. Dengan adanya internet, saya merayap dari satu blog kesatu blog mencari resepi2 yang kena dengan selera anak tekak seisi keluarga Jika ada masa saya akan berjalan meredah mana2 blog masakan hingga terjumpa blog2 masakan yg pemes2 di alam cyber. Benarlah kata pepatah "Hendak Seribu Daya..Tak Hendak Seribu Dalih." Trial and error. Itu merupakan perkara biasa. Kerana berkehendaklah..saya maju sedikit dari sebelumnya dalam soal masak-memasak. Tak rugi sebenarnya kalau kita mencuba.

26 Ogos 2010

Pentingnya Username Dan Password

Padan muka saya..itulah... dah lama saya sangat tidak meng-up-date blog yang saya wujudkan sebelum ini...pulak tu siap gi kunci blog sebab dah berbulan tak masuk...takut orang ceroboh konon-kononnya. Walhal orang nak masukpun..bukannya ada benda berharga sangat. Opss..baru teringat ada dua tiga citer terkini yg agak sensitip sempat saya coretkan. Tapi..nak wat camana...takleh masuk dah...pintu dah dikunci rapat.

Dari pagi tadi saya dok mengingatkan password dan username yang saya gunakan.Gatal sangat tangan ni gi buat kunci kat rumah lama tu. Kan dah menyesal tak sudah. Dah puas saya perah otak ni nak mengingatkan perkataan tersebut. Dah mintak tolong blogger dan dah siap tukar password baru..tapi tetap tak berjaya masuk jugak. Nampaknya rumah itu bukan hakmilik saya lagi. Mungkin akan diruntuhkan atau dibiarkan bersawang begitu sampai kesudah. Nampaknya jodoh saya dengan norakhtar.blogspot. Hanya setakat hari ini saja. Kami sudah bersama semenjak dari tahun 2008 lagi.

Tapi takpe..tengoklah..saya muncul lagi..dengan rumah yang lebih baru..canggih dan moden..(saja nak sedapkan hati sendiri). Akan saya jaga..sapu dan bersihkan rumah ini setiap hari..InsyaAllah.so..lepas ni tak payah ringan tangan pi kunci rumah ni pulak. Kepada yg berhajat nak buat blog..jadikan pengajaran..ingatlah password dan username anda betul2..takpun..tulislah kat mana2 dinding ke..kertas ke..diary ke..supaya sejarah seperti saya tidak akan berulang lagi.

23 Ogos 2010

Lesen L

Alhamdulillah..genap umur Adib 1 thn 2 bulan..dia dah boleh berjalan..jatuh bangun..jatuh bangun..itu perkara biasa..dia cekal..bersemangat untuk belajar berjalan. Selepas balik dari bercuti di helsinki Finland hari tu dia terus meneruskan langkahnya..

Akupun takdelah rasa penat sangat.mendukungnya kesana kemari.Bila dia dah dapat kaki..kerjanya merayap satu rumah..naik tangga turun tangga. Kejap kedapur..kejap keluar..lucu melihat pekembangannya itu. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan ini...untuk melihat dan menjaganya dari sebesar tapak tangan hinggalah keperingkat sekarang dengan mata dan keringat sendiri. Alhamdulillah...!!!

19 Ogos 2010

Ramadhan Karim

Sudah 9 hari umat islam menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Tapi bagi aku hari ini merupakan hari pertama selepas bercuti (istilah bg kaum hawa) aku menahan lapar dan dahaga dalam waktu yang panjang hampir 16 jam. Maklumlah waktu siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam. Panasnya juga lebih terasa dengan suhu kadang2 mencecah sehingga 38 darjah C. Dengan Adib yang masih menyusu badan sepenuhnya..aku anggap ramadhan kali ini lebih mencabar.

Tengahari ini akan diadakan sembahyang sunat tasbih yang dicadangkan oleh Yang Berbahagia Datin Saripah Khalis di embassy..aku harap semuanya berjalan dgn lancar. Seingat aku..last aku bersembahyang tasbih ialah semasa tinggal di hostel ketika tingkatan 5 dulu. sekarang..umurku dah lingkungan 30-an..berapa lama sudah? inilah peluang ku bagi membuat saving untuk akhirat.
Moga2 diberkati..Aminnnn!!!!