15 September 2009

Salam Aidilfitri!

Kemeriahan suasana Aidilfitri di kampung terbayang-bayang di ingatan...dengan lagu raya yang berkumandang dicorong radio, dengan harum bau kuih raya dari setiap rumah, juga dengan sibuknya budak2 muda mencari buluh untuk dibuat lemang. Aku juga teringat emak yg pasti sibuk menyediakan juadah pada malam raya sambil ditemani anak2 dan cucu2.

Isk!isk! Betapa syahdunya rasa bila nak beraya jauh dari kampung halaman. Sebelum ni pun memang aku pernah beraya berjauhan tetapi.. bukan ler merentasi lautan yang beribu kilometer jauhnya..tapi..di rumah mertuaku je di Alor Setar sana. Hishh.. Sedih? memang sedih bangat....tapi airmata tak keluar sebab masih ada suami tercinta dan anak-anak tersayang di sisi.

Cuma dikesempatan ini..aku dan keluarga mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada keluarga kami di Malaysia, kawan-kawan lain yg juga berada di perantauan, teman-temanku di HPJ, serta member2 lama di SSN dulu.. Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga..

Maaf Zahir Batin!! Huwwwaaaaa...

4 comments:

nur said...

Salam Aidilfitri buat Terti dan keluarga di sana... Maaf zahir dan batin yer Terti.. kira tahun ni tak dapatlah jumpa mung.. mung jangan lah sedih.. coz aku yg membaca ni pon jadi sedih.. dan faham sangat perasaan dan emosi mung ketika ini...

uminisadhia said...

salam...Selamat hari raya maaf zahir ke zahir tuk kak Tie sekeluarga dari Yan n family Dukhan Qatar......

amri said...

selemat hari raya..maaf zahir batin sapo sorang lagi?.. madu atau adik ipar?..kalu adik ipar.. ahem ahem.. bak sini..

Ibudania said...

Sewel mu ni! Tula..anak buah yg aku bawak dari Mesia utk tolong2 aku kat sini...

Eh! akupun nak mintak maaf zahir batin dan batin kalau ada salah dan silap selama kita berborak ni..kim salam kat org rumahhhh...