22 April 2011

Saya Dengan Dia Memang Ada Hubungan .

Huarggg! Nak tergelak besar saya dengan tittle yang direka sendiri. Dia? Siapa? Eh! Ada skandal jugak ke mak orang ni? Mestilah nak publisiti gak cam artis pemes2 tu.hmmm....ada ke patut...:D.

Dia yang saya maksudkan jiran selang dua tiga buah rumah dengan saya di Bandar Seri Putra, isteri kepada kawan encik asben saya iaitu penulis novel yang memang tengah naik sekarang yg sudah menghasilkan hampir 5 buah buku novel kalau tak silap saya. Beliau yang dimaksudkan ialah Laila Kamilia. Bila dah jadi kawan encik asben..secara automatik dia juga merupakan kawan saya. Logik tak?

Alkisahnya balik cuti baru2 ini memberi kesempatan untuk kami bertemu selepas asbennya kembali semula ke mesia selepas menamatkan master selama 2 thn di Jerman. Sebelum berangkat kesini saya ada meluahkan hasrat untuk membeli buku2 hasil tulisannya dari novel pertama hingga ke-3. Yang ke-4 dalam pembikinan dan yang ke-5 katanya baru bermula di prolog. malam sebelum berangkat, kami bertemu sekali lagi. Pertemuan dua sahabat antara encik asben saya dan asbennya membuka ruang juga untuk kami bersembang sekali lagi buat kali terakhir.Salam perpisahan yang LK hulurkan bukan setakat salam sahaja malah turut ditinggalkan didalam genggaman saya dua buah buku hasil karya beliau. Saya terharu kerana beliau masih ingat akan permintaan saya.

Nak dijadikan cerita..saya ni memang suka membaca novel2. Biasanya di kedai saya akan mencapai apa jua novel terbaru hasil tulisan novelis Norhayati Berahim. Tapi kali ini saya mencuba sedikit kelainan kerana membaca hasil buah tangan sahabat sendiri. Novel pertama selesai dibaca. Yang kelakarnya...untuk saya menghabiskan  membaca novel yang bertajuk "Lakaran Kasih" ni..banyak mana airmata saya tumpah. Laju tanpa dipinta. Menghayati watak dan jalan cerita..itulah saya Tapi..bukan nak bodek..novel ni memang best sesangat. Touching abiss..jatuh cinta rasanya dengan watak Zuhairee...

20 April 2011

Sayang Semuanya Sudah Terlambat.

Hah! dah lama saya tak singgah sini..seperti biasa alasan saya..agak sibuk..sibuk bertapa didalam rumah sendiri..menghabiskan masa bersama-sama Adib.

Untuk makluman teman2 atau ipar duai yang mengikuti perkembangan keluarga kami disini..musim sekarang adalah musim Spring di Moscow. Biasanya pada musim ini daun-daun pokok2 akan bertukar warna kepada warna kuning keemasan. Tetapi buat masa sekarang..daun2 itu masih belum menonjolkan diri lagi.Masih gondol seperti sebelumnya. Serta bersembunyi disebalik cuaca yang masih rendah suhunya...sekitar 4, 7 atau 5 degree.

Buat masa sekarang..saya bertapapun ada sebabnya. Mengejar hari menggantikan puasa yang tertinggal di bulan ramadhan yang lepas. Jika hendak difikir terasa ruginya saya kerana tidak mengambil kesempatan yang ada pada musin sejuk yang lalu untuk menggantikan puasa..memandangkan waktu siang adalah pendek..waktu maghribpun sekitar pukul 3 lebih sahaja. tetapi..apa nak buat..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna kan? Padan muka saya..

Untuk menyedapkan hati sendiri..saya berfikir dari sudut yang positif. Ala..sapa lagi yang nak memenangkan diri sendiri jika bukan diri kita kan? Maka saya pun memujuk diri dengan mengambil kira beberapa aspek.

1) Dari segi masa..
Memanglah panjang. Buat masa sekarang, masa yang saya ambil untuk berpuasa lebih kurang 16 jam dalam sehari berbanding puasa yang sebetulnya dalam bulan ramadhan yang akan datang lebih kurang 20 jam.  Waktu berbuka sekarang dalam pukul 8.43pm..di bulan ramadhan nanti..dengar ceritanya waktu berbuka kira-kira dalam pukul 10 lebih. so..ini adalah latih tubi bagi jiwa dan raga saya...betul tak? Persiapan fizikal tu penting..bilamana saya dah biasa bersahur awal..berbuka lewat..maka puasa ramadhan yang akan datang.insyaAllah tidak menjadi berat untuk laksanakannya. InsyaAllah.

2) Fizikal
Memaintakan badan sendiri dengan menyingkirkan lemak2 yang tidak diundang singgah. (hehe..padahal.saya ni memang takde lemakpun..tulang adelah)..untuk menyedapkan hati sendiri. Tapi perlu diingat..niat begini hanya mengurangkan pahala puasa hamba..

3) Jimat air..
Apalah punya kedekutnya saya ni..airpun nak jimat. memanglah. Jika saya berpuasa..saya mampu jimat 7 gelas air didalam sehari. Kalilah berapa hari saya puasa dalam seminggu.  memang jimat habis. Kat sini semua benda kena pakai air yg ditapis...yang dibeli. Nak buat teh, guna air beli, nak gulai ikan, kari ayam..walhal masak nasik sekalipun kena guna air tapis tu! Satu tong air yg berisipadu 18.9 L itu harganya lebih kurang rm 180 untuk sepuluh tong air. Dah jimat kan?

4) Mental
Bila dah berpuasa, semangat untuk bercakap tu kurang. Minda dengan sendiri mengatur supaya tidak menjelajah kerumah jiran2 seperti sebelumnya. Nanti kurang pahala puasa..

So..Untuk jiran2..ampunkan saya kerana menjadi jiran yang pasif kebelakangan ini.

10 April 2011

Please ! Korang Jangan Bukak Sebarangan Tau!

Sudah acapkali saya mendengar cerita tentang virus yang menjangkiti komputer. Dolu2..ingatkan virus hanya mampu menyerang manusia saja. Tapi bila kita berada dizaman yang serba canggih ni...semua benda yang mustahil akan jadi tidak mustahil untuk terjadi . Lagi satu..sebab tidak pernah terkena pada batang hidung sendiri. Jangan pulak jadi seperti saya ni..sudah terhantuk baru terngadah...

Di kesempatan ini saya ingin berpesan pada korang...yang mana mungkin korang dah mangli mendengarnya sebelum ini supaya jangan cepat2 accept apa benda berita atau gambar yang dikirimkan kepada kita oleh orang-2 yang tidak dikenali mahupun rakan yang memang rapat dengan kita. Benda yang kita tidak ambik berat itu akan menjadi berat sekiranya   ia terjadi pada laptop sendiri.

Bila semua ikon di desktop tidak boleh dibuka...kita mula garu kepala..dalam hati mesti menyesal tak sudah.
Kekadang kawan yang menghantar email pada kita tidak berniatpun untuk mengirim virus pada komputer kita. Untuk langkah yang lebih selamat..ringan-ringankanlah tangan korang untuk  mendail no telefon member yang berkenaan sebelum membuka email yang dihantarnya. Buat-buat lawak sikit sambil bertanyakan samada penting ke tidak email yang dihantar..berbentuk apa? Gambar atau kata2?

Jika korang segan untuk bertanya..maka sediakanlah duit untuk mengupload  antivirus yang memang menanti-nantikan waktu kita diserang virus pemusnah data tersebut. Jika rajin..maka luangkanlah masa untuk copy semua fail yang berada di desktop secara manual. So pesan saya sekali lagi..jangan cepat-cepat nak open apa saja email yg diterima...korang cuba-cubalah ambil inisiatif untuk cuba mengelak diri dari terkena ...

08 April 2011

Bagus juga Airport Dubai ni..

Selamat pagi teman-teman tersayang...

Walaupun penat tak hilang lagi menaiki flight dari KLIA ke Dubai..dan Dubai ke Moscow ,tapi saya gagahkan juga mata ni agar tidak terus terlena di ulit  keletihan yang tidak terkira. Sebetulnya..kepala saya sudah terasa berpusing..ringan semacam..namun tangan ini terasa ingin juga mencoret sesuatu.

Sebelum ini..sudah banyak negara yang saya jelajah bersama keluarga. Dan..diantara banyak2 lapangan terbang yang saya sampai samada untuk transit atau untuk ke negara tersebut, lapangan terbang  Dubai ternyata mempunyai keistimewaan tertentu. Saya ni bukannya nak bekempen ke apa...tetapi sekadar untuk menyatakan dan berkongsi sedikit pengalaman dinegara orang.

Jika korang sampai di sana...mungkin korangpun rasa teruja seperti saya apabila melihat lifnya yang begitu besar dan boleh memuatkan kereta apa tu yang digunakan untuk membawa beg2 atau penumpang2 warga emas tu..saya nak sebutpun tak berapa tahu sangat. Bukan kata saya nak menganaktirikan epot KLIA sehingga tiada pujian. Bukan! bagi saya setiap epot tu ada kelebihan masing2...jika KLIA tentu korang dah tahu sebab tempat sendiri kan?

Satu lagi benda yang membuat saya tertarik disini ialah mereka provide stroller. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil seperti saya perkara ini memang amat diperlukan.  So..tak payahlah kita bersusah payah mengusung stroller dari rumah kehulu kehilir ..just gunakan stroller yang digunakan oleh pihak airport . Dengan syarat..stroller itu digunakan di dalam kawasan epot sahaja. Time nak check in tu..tinggalkan aje stroller tersebut kat mana2 saja area dalam kawasan epot. Bagus kan?  

02 April 2011

Malaysia..oh tanahairku!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Berbanyak-banyak syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diatas izinNya saya sekeluarga dapat menjejakkan kaki di bumi tercinta ini...meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta.

Terasa cepat sungguh masa itu berlalu pergi. Sudah hampir 2 minggu kami menjelajah dari Utara ke Pantai Timur..dari Pantai Timur kami kembali ke Bangi. Boleh dikatakan kami sekeluarga mengambil peluang untuk mengisi ruang yang terhad dengan sebaik-baiknya. Sebelum kaki berpijak dibumi nan bertuah ini..buku catatan saya sudah terisi dengan turutan dan susunan aktiviti dari hari pertama hingga hari yang keseterusnya kerana setiap hari amat mahal nilainya. Jika sehari terbuang..memang terasa rugi sesangat.

Anak-anak saya begitu teruja dengan bercambahnya ahli keluarga dalam keluarga..dengan kehadiran kazen2..yang tidak dikenali sebelum ini..malah tidak wujud lagi sebelum kami bertolak dulu. Adib begitu teruk digigit nyamuk sehingga terpaksa direfer kepada pakar kulit. Almaklumlah..pertama kali baginya menjejakkan kaki ke sini. Pertukaran cuaca juga turut mempengaruhi kulitnya. Harapan saya semoga semuanya kembali pulih..takut-takut lain pulak jadinya.

Tinggal lagi seminggu untuk saya bersenang lenang dan menghayati apa jua yang menarik disini samada dari segi alam sekitarnya..anak-anak mudanya yang sentiasa up to date dalam bertudung. Baru setahun setengah saya tinggalkan malaysia..sudah banyak jaringan lebuhraya yang terbina...bangunan-bangunan yang mencakar langit. ..kawasan kampung berubah menjadi bandar. Sungguh hebat! pesat sungguh pembangunan di negara kita. Doa saya..semoga pembangunan minda  dari segi rohani dan jasmani anak-anak kita turut membangun seiring dengan pembangunan negara.


InsyaAllah...

p/s : kepada Asid dan penjejak mimpi..sila tinggalkan no telefon korang di email saya. seriputra_13@yahoo.com. ASAP.