03 September 2009

Tuah Badan

Begitulah yang aku rasa sekarang. Apa tidaknya...aku berjiran dengan spouse yang banyak ilmunya dari segi masakan tradisional! Untuk buat kek pula..ada dua tiga orang lagi spouse yang terror. Dulu..ketika memula aku sampai disini, ada saja makanan yg diberikan seperti murtabak, kuih puteri ayu , kuih cara termasuk karipap pusing. Ha! jiran aku ni juga pakar dalam membuat roti canai. Boleh dikatakan..kitorang kat sini order kuih2 ni..dari beliau jika teringin nak makan kuih tradisional.

Yang aku maksudkan bertuah pula bukan disebabkan dapat buat 'kuih telunjuk' ni..tapi..bertuah kerana dapat belajar serba sedikit kuih2 tersebut. Minggu lepas aku belajar buat murtabak. Pagi tadi belajar buat karipap pusing lak. Yang bagusnya aku dapat tengok beliau buat dan practise tang2 tu jugak. Nanti..kalau aku dah pandai dan kuihku menjadi..aku akan tempek disini sebagai buktinya. Tungguuuu...!!!

Aku selalu bergurau dengan memanggilnya chef...peti ais dirumahnya ada 4. Tu dia! penuh dgn bhn2 masakan seperti inti karipap, inti murtabak dan mcm2 lagi. Dalam hati aku ni tak henti2 memujinya. Kagum sungguh! Lagipun dia tak kedekut ilmu dan sabar ketika mengajar aku buat kelim karipap. Hebat! hebat! Terima kasih Kak Zah Encik Saim....!!!

2 comments:

zureynee said...

SALAM....

jelesnyer kalau tgk org pandai msk ni....apalagi kalau org ada tempt bule blaja....mmmm....zu pun kat sini blaja msk kat sini jgk....kebykannya blaja kat dlm intrnet jer...karipap jer blaja dgn member kat sini sbb karipap ni rasanya kena tgk sendiri baru jadi...dgn nasi beryani bukhara, blaja dgn org Hindi Gujerat dpn pintu jer...
mamadania lagi untung, mcm2 benda bule blaja, terutamanya roti canai....2 kali dh buat roti canai tp x jadi.
mmm...mamadania ni zu nk panggil apa yer?zu umur 34thn...

Ibudania said...

Kat tempat kerja member panggil Terti. Family dan teman2 kat sini panggil Nor. Kak Zu panggil aje Nor...lebih islamik sikit. He..he.saya baru belajar 2 jenis kuih. Karipap dan murtabak tadipun..belajar dah separuh jalan. Maksud saya, doh tu jiran saya dah buat awal2. Cuma cara buat lipatan dan kelim dapatlah saya tengok. Alhamdulillah..kalau saya try dan jadi boleh saya share ngan org lain plak.