17 April 2012

Dah kena oncall dah!

Minggu ni saya kena tagging kes2 skop selama 2 minggu. Ahak! malam tadi malam first. Sepatutnya saya kena datang sebab ada emergency kes. Tapiiii.....disebabkan handphone abis bateri, saya tak on telefon. Tak sangka pulak ada kes pagi tadi. Bila saya on jer phone pada pukul 8.am, ambik nak! ada 11 miss call dari tempat kerja. Maknanya terlepas ler saya untuk kes malam tadi.

Untuk makluman, kes-kes skop ni biasanya ada 5 prosedur. Yang pertama dipanggil Colonoscopy, yang kedua OGDS,yang ketiga OGDS + Colonoscopy, yang keempat OGDS+ sigmoidoskopi dan yang kelima Sigmoidoskopi. Untuk hari biasa prosedur ini dijalankan pada hari Rabu dan Jumaat. Tetapi jika ada kes2 emergency seperti bleeding +++, pukul 2 atau 3 atau 4 pagipun kitorang akan dipanggil. Gerun jugak dibuatnya.

Tapi jika kena oncall dengan pakar yang best, semua benda berjalan lancar. Namun..jika oncall dengan pakar yang "laser terlebih" kita akan jadi kelam kabut.

Harap-harap selepas ni takdelah lagi saya terlupa untuk onkan saya punya handphone. Kesian member.

 

06 April 2012

Manual bukan Auto

Eh! Eh! Dah lama saya tak bawak kereta. Hopefully saya still ingat macamana nak guna gear dan brek. Diam tak diam..bimbang tak bimbang, hampir sebulan saya drive kereta secara manual ke tempat kerja. alhamdulillah...tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Seminggu sebelum drive tu..igauan buruk asyik menghantui tidur saya. Risau punya pasal.

Yang kelakarnya, first time bawak..kelajuannya dalam 40 km/j sahaja. Kalah kura-kura lembabnya. Ha! Sekarang ni ambik nak..kadang2 boleh mencapai 120km/j. Brutal tak mak orang ni...hahaha . Dulu nak potong keta kat depan memang tak berani..sekarang ni..kalau kereta depan lembab sikit...hmm..dalam hati dah mula merungut...rasa diri dah hebat sangat dah ni...korang jangan meluat ok...:) Dan memula start bawak keta sebulan lepas..kadang enjin boleh mati kat tengah jalan yang jem. tapi sekarang ni..alhamdulillah...sudah pandai dah mengkontrol gear, break dan clusch.

Kadangkala ada orang tanya kenapa tak guna kereta auto..senang dan tak penat tangan. Tapi sebetulnya saya lebih selesa drive kereta jenis'manual'. Lebih trill tetapi enjoyed.