27 Januari 2015

Bila Anak Gadis Datang Bulan, Apa Reaksi Anda?




Langkah-langkah yang perlu diambil

~ Kita sebagai ibu harus mengucapkan tahniah sebab dia dah boleh jadi kawan kita kerana dah cukup umur.
~ Tenangkan perasaan mereka dan terangkan bagaimana proses haid terjadi...supaya mereka tidak fikir itu adalah penyakit.
~ Belikan pakaian dalam yang sesuai mengikut kesesuaian badannya.
~ Tunjukkan cara penggunaan pad yang betul, kekerapan dan cara pembuangannya.
~ Beritahu tentang etika pemakaian seharian yang betul..contohnya wajib menutup aurat kepada kaum ajnabi sebab mulai saat datangnya period..dosa mula tertanggung diatas bahu sendiri.
~ Beritahu juga tentang kewajipan solat 5 waktu.
~ Beritahu tentang batas-batas pergaulan dengan kawan-kawan lelaki semasa di sekolah

Apa yang anda perlu tahu, anak-anak gadis yang sudah mula period, hormonnya lain. Pemikiran mereka cepat matang. Maksud saya..kalau bab-bab cinta dan perasaan suka pada kaum yang berlawanan mulai tumbuh. Mereka mula menuju kealam remaja. Tahap inilah..peranan kita amat penting. Harus berfikiran terbuka dan tidak cepat melenting bila anak bercerita tentang teman-teman lelaki disekolah mereka. Pada mulanya saya memang hangin mendengar cerita cintan-cintun ni sebab zaman kita dulu mana ada kisah cinta sewaktu di sekolah rendah. Tetapi encik suami seorang yang amat penyabar dan memahami. Suka melayan anak-anak bercerita. Lama -kelamaan saya boleh mengikut versi suami. Mendengar dengan tenang tatkala anak-anak bercerita. Menerima setiap apa yang berlaku disekolah dengan penuh minat. Pada pendapat kami, lebih baik dia bercerita pot-pet-pot-pet daripada merahsiakan apa yang berlaku di dalam kehidupannya setiap hari.

Sekarang dia sudah berumur 12 tahun. Tahun ini merupakan tahun penting sebab adanya peperiksaan besar seperti UPSR menanti. So lepas ni..saya perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan perasaan anak ini yang semakin ke depan.





24 Januari 2015

Coming Soon Homestay Bandar Seri Putra



Aduh! Tahun baru menyaksikan kesibukan saya sebagai seorang surirumah yang mempunyai banyak cabang kesibukannya. Dalam sibuk-sibuk ini sebenarnya kami merancang untung menambah cawangan homestay/ guesthouse kami di sekitar Selangor pulak. Doakan semoga hajat kami ini berjalan dengan lancar. Lokasinya memang stategik sangat-sangat. Sesuai untuk anda yang ingin menziarahi anak-anak yang sedang belajar di kolej atau Universiti yang berdekatan. Kali ini kami senaraikan sikit-sikit keistimewaan homestay yang akan datang.

Lokasi : Bandar Seri Putra

~ 30 min dari KLIA
~ 3 min dari KUIS
~ 10 min dari UKM
~ 10 min dari syurga beli belah NILAI 3
~ 5 min dari stesen komuter Bangi
~ akan datang pasaraya TESCO
~ akan datang taman tema air ( dalam pembinaan..dijangka siap tidak lama lagi)
~ berhampiran kedai makan ( bagi yang tak minat memasak) dan kedai2 runcit
~ 5 min dari restoren makanan dan minuman segera etc pizza hut, dominos pizza, kfc, mc Donald ( coming soon), kedai mamak, Cool blog.

Fasiliti

~ Rumah teres 2 tingkat
~ Fully furnish
~ 4 bilik 3 bilik air
~ washing machine
~ free WIFI
~ peti sejuk
~ microvawe

BUATLAH TEMPAHAN SEKARANG UNTUK JANGKAMASA 1 BULAN AKAN DATANG!



Nor :017 3401573
Syah : 017 3430824



Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Boleh hubungi kami sekarang untuk mengetahui harga yang ditawarkan.