23 September 2011

Autumn kembali lagi

Autumn kali ini merupakan yang terakhir untuk kami sekeluarga. Biasanya pada musim ini Moscow akan dihiasi dengan warna yang penuh bercahaya..daun-daun akan bertukar kekuningan. Sangat cantik. Permulaan kali ini tidak berapa menyenangkan. Banyak masa dihabiskan dengan membuat aktiviti-aktiviti persatuan. Sehingga kadangkala  saya perlu membuat pembahagian masa yang bijak untuk menguruskan hal-hal dirumah. Nasib baik Adam dan Dania bersekolah...manakala Adib saya bawa juga ke tempat berpersatuan.

Minggu ini cuaca agak redup dan.kadangkala diselangseli dengan hujan yang turun renyai2. Bila cuaca begini..matapun mulalah layu. Tapi saya ni jenis yang sukar untuk tidur disiang hari kecuali jika benar2 keadaan yang terpaksa. daripada saya tidur lebih baik saya..mengadap laptop..untung2 dapat juga satu dua cerita yang sempat dibaca. Nasib baik tiada apa2 aktiviti yang harus dihadiri.

Pokok lada yang saya tanam didalam pasu dan watermelon yg saya tanam kat luar rumah, sudah saya angkut masuk rumah. Cuaca kat luar sudah mula sejuk. Suhu kekadang mencecah 12 darjah C seperti tidak mengizinkan pokok2 tersebut untuk bernafas. Tidur malampun sudah mula pakai stokin..kalau tidak ..rasa macam kejang jer otot2.

Oklah selamat berehat buat teman2 di Malaysia dan dimana jua berada..semoga kita mendapat rehat yang secukupnya untuk meneruskan tugas kita dengan penuh bertenaga pada esok hari ya!

01 September 2011

Salam Aidilfitri Dari Moscow

Hari ini merupakan hari ke-3( diMoscow) dan mungkin merupakan hari ke-4( di Malaysia) kita umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Rasanya belum terlambat bagi saya untuk mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..zahir dan batin kepada sanak saudara, ipar- duai, teman-teman dialam nyata mahupun di alam siber ini jika saya pernah terkasar bahasa atau tersilap bicara.

Setelah hampir 4 bulan saya menyepikan diri dari dunia blogging kerana kesibukan melayan anak-anak yang sudah bermula cuti sekolahnya pada bulan Jun..ditambah pula dengan bermulanya Ramadhan dimana banyak aktiviti-aktiviti sampingan di tempat kerja encik husband setiap 3 kali seminggu.

Disaat ini saya berada di Oslo yang merupakan ibu negara Norway bercuti bersama-sama keluarga. Disebabkan hotel kami tinggal ini menyediakan perkhidmatan Wi-fi secara percuma kepada pelanggan, saya mengambil kesempatan untuk mengupdate blog untuk menghilangkan rindu pada teman- teman. Walaupun jam waktu di sini baru pukul 9.51 malam, anak-anak saya sudah lama dibuai mimpi. Penat barangkali.

Oh ya! Sebetulnya saya ingin bercerita serba sedikit tentang sambutan hari raya di Moscow pada tahun.walaupun jumlah yang hadir tidak seramai seperti tahun sebelumnya..namun ianya tetap meriah.

Takbir raya
Sepertimana di negara kita..disini juga takbir raya turut berkumandang memecah kesunyian bangunan kedutaan Malaysia di Moscow Rusia ini selepas majlis berbuka puasa dan sembahyang maghrib secara berjemaah selesai. Ianya dihadiri oleh pegawai2 yang bertugas di kedutaan bersama keluarga masing2.

Bunga Api dan Mercun
Jika sebut pasal raya tak sah kalau tidak ada bunga api ataupun mercun. Tu yang kita selalu dengar ada jer kanak2 mahupun orang dewasa yang masuk hospital gara2 bahan2 tersebut. Disini walaupun kami selalu melihat percikan bunga api di Lenin Hill mahupun diruang udara sekitar Moscow..namun ianya tidaklah sehebat perasaan gembira melihat anak2 kegirangan bermain bunga beramai- ramai pada malam raya tersebut di perkarangan kedutaan. Yang kelakarnya Mak2 pun
turut excited sama..maklumlah dah lama jumpa bunga api.

Kuih Raya
Yang ni paling tak percaya ni. Rasanya kali ini juga buat pertama kalinya semenjak saya beraya di Moscow yang merupakan kali-3 saya beraya disini..ehem..pening dgn ayat ni..ok..begini..ini merupakan kali ke-3 saya beraya di moscow dan raya pada kali ini merupakan raya yang paling best sebab terdapat banyak sangat kuih raya sama seperti jalan TAR. Serius...saya sendiri bersemangat membuat kuih raya sampai 9 jenis termasuk 'mama carries' yang tak pernah saya mimpipun saya akan membuat biskut tersebut. Almaklumlah..saya ni tak rajin dalam bab kuih- muih seperti berikut. Tapi kali ini saya betul2 menjadi seorang pelukis..berupaya menghasilkan sendiri kuih mengikut olahan sendiri dgn jayanya tanpa dibakul sampahkan seperti sebelumnya. Kenapa saya kata saya diri saya pelukis sebab saya berjaya melukis dgn betul mengikut resepi bentuk2 hati dibiskut 'mama carries' mahupun di biskut2 lain yg saya hasilkan dgn cemerlang..hehe..masuk bakul angkat sendirilah ni..tapi saya puashati...

Menu hari Raya
Menu raya kali ini ialah nasi minyak, ayam masak merah, acar, jelatah, papadom, soto, sate, lontong, nasi impit dan kuah kacang. Semuanya di masak oleh kaum- kaum ibu kecuali sate dibantu oleh para husband.

Acara bergambar
Acara bergambar merupakan salah satu acara wajib juga pada hari raya. Bergambar bersama Dato dan Datin, kawan- kawan, geng2 baju yg kaler sama ( cam budak2 kan? ) tapi yg ni la best...bersama family masing2.

Untuk anda yang menonton jejak rasul di tv3 setiap petang mesti dapat melihat serba sedikit gambaran sambutan hari raya disini. Untuk rakan2 yg mengenali..tentu mencari2 kelibat keluarga kami di situ kan? Untuk makluman..ketika tv3 membuat penggambaran jejak rasul di Moscow pada bulan Mei lepas..saya dan family balik bercuti di Malaysia.

Oklah..setakat ini sajalah dulu sambutan raya kali ini..jika ada ruang dan peluang, insyaAllah kita akan bertemu lagi.


20 Mei 2011

Yang Baik Datangnya Dari Allah Dan Yang Buruk Datangnya Dari Saya Sendiri

Hampir sebulan saya meninggalkan blog ini..mencari-cari hakikat diri yang sebenarnya..Ya benar..semua yang buruk itu datangnya dari saya manusia biasa..seorang hamba Allah yang begitu sedikit amal baiknya berbanding dengan hamba2nya yang lain. 

Sebetulnya kali ini dan mungkin akan datang, ada sedikit perubahan dari segi gaya dan penulisan saya di medan ini. Ada sesuatu yang menarik-narik saya kearah itu. Semasa bercuti di Malaysia baru-baru ini saya sempat menghabiskan membaca buku 'Travelogi Haji' hasil tulisan Profesor Kamil. Sebelum ini..saya tidak pernah mendengar namanya apatah lagi mengetahui beliau adalah seorang yang terkenal.  Saya ingin menjadi seperti  beliau...dari insan biasa kepada insan yang luar biasa . Saya ingin jiwa saya terisi ..dan tidak terasa kosong..lompong..

Buat masa sekarang..saya terasa begitu banyak kelemahan yang terdapat didalam diri saya.  Allah Taala memang memberi setiap kelebihan dan kekurangan didalam setiap diri manusia. Sepertimana yang saya tulis di dalam Fb sebelum ini..cara penerimaan kita yang berbeda menyebabkan makna kekurangan juga akan berbeza. Dan saya tidak ingin kekurangan ini menyebabkan saya rugi.

Saya risau! Dugaan dan cabaran dunia dizaman moden ini membuatkan saya benar2 menjadi seorang ibu yang tidak saya jangka sama sekali saya orangnya. Dedulu..sebelum mempunyai anak, tidak terlintas sedikitpun menjangka kesulitan yang perlu dihadapi oleh seorang ibu dalam mendidik anak2. ...tidak pernah..bagi saya proses mendidik anak kacang sahaja. 

Rupa-rupanya..setelah mempunyai anak, saya mengaku..yang saya silap dalam penilaian tersebut..saya lemah..kekadang saya seperti putus asa... tetapi saya berdosa kerana berputus asa dengan rahmat dan anugerah yang Allah bagi. Ya..anak2 adalah anugerah..tidak elok kiranya untuk saya berputus asa.  Saya harus bersyukur kerana setiap dugaan dan cabaran yang Allah bagi itu bukannya sia2..pahala ganjarannya.

Saya harus kurangkan sikap kurang sabar yang merupakan salah satu kekurangan dan kelemahan saya ketika menghadapi anak2...mesti..atau lebih tepat..WAJIB!..Saya ingin menjadi ibu yang mampu mendidik anak-anaknya sementara berpeluang. Allah sudah memberi ruang dan peluang untuk saya dengan menjadikan saya surirumahtangga sepenuh masa. Saya ingin menjadi ibu yang luarbiasa juga!

... semoga Allah membantu saya dalam proses ini..aminnn..:)..dan sesungguhnya yang terbaik itu milik Allah Taala.

22 April 2011

Saya Dengan Dia Memang Ada Hubungan .

Huarggg! Nak tergelak besar saya dengan tittle yang direka sendiri. Dia? Siapa? Eh! Ada skandal jugak ke mak orang ni? Mestilah nak publisiti gak cam artis pemes2 tu.hmmm....ada ke patut...:D.

Dia yang saya maksudkan jiran selang dua tiga buah rumah dengan saya di Bandar Seri Putra, isteri kepada kawan encik asben saya iaitu penulis novel yang memang tengah naik sekarang yg sudah menghasilkan hampir 5 buah buku novel kalau tak silap saya. Beliau yang dimaksudkan ialah Laila Kamilia. Bila dah jadi kawan encik asben..secara automatik dia juga merupakan kawan saya. Logik tak?

Alkisahnya balik cuti baru2 ini memberi kesempatan untuk kami bertemu selepas asbennya kembali semula ke mesia selepas menamatkan master selama 2 thn di Jerman. Sebelum berangkat kesini saya ada meluahkan hasrat untuk membeli buku2 hasil tulisannya dari novel pertama hingga ke-3. Yang ke-4 dalam pembikinan dan yang ke-5 katanya baru bermula di prolog. malam sebelum berangkat, kami bertemu sekali lagi. Pertemuan dua sahabat antara encik asben saya dan asbennya membuka ruang juga untuk kami bersembang sekali lagi buat kali terakhir.Salam perpisahan yang LK hulurkan bukan setakat salam sahaja malah turut ditinggalkan didalam genggaman saya dua buah buku hasil karya beliau. Saya terharu kerana beliau masih ingat akan permintaan saya.

Nak dijadikan cerita..saya ni memang suka membaca novel2. Biasanya di kedai saya akan mencapai apa jua novel terbaru hasil tulisan novelis Norhayati Berahim. Tapi kali ini saya mencuba sedikit kelainan kerana membaca hasil buah tangan sahabat sendiri. Novel pertama selesai dibaca. Yang kelakarnya...untuk saya menghabiskan  membaca novel yang bertajuk "Lakaran Kasih" ni..banyak mana airmata saya tumpah. Laju tanpa dipinta. Menghayati watak dan jalan cerita..itulah saya Tapi..bukan nak bodek..novel ni memang best sesangat. Touching abiss..jatuh cinta rasanya dengan watak Zuhairee...

20 April 2011

Sayang Semuanya Sudah Terlambat.

Hah! dah lama saya tak singgah sini..seperti biasa alasan saya..agak sibuk..sibuk bertapa didalam rumah sendiri..menghabiskan masa bersama-sama Adib.

Untuk makluman teman2 atau ipar duai yang mengikuti perkembangan keluarga kami disini..musim sekarang adalah musim Spring di Moscow. Biasanya pada musim ini daun-daun pokok2 akan bertukar warna kepada warna kuning keemasan. Tetapi buat masa sekarang..daun2 itu masih belum menonjolkan diri lagi.Masih gondol seperti sebelumnya. Serta bersembunyi disebalik cuaca yang masih rendah suhunya...sekitar 4, 7 atau 5 degree.

Buat masa sekarang..saya bertapapun ada sebabnya. Mengejar hari menggantikan puasa yang tertinggal di bulan ramadhan yang lepas. Jika hendak difikir terasa ruginya saya kerana tidak mengambil kesempatan yang ada pada musin sejuk yang lalu untuk menggantikan puasa..memandangkan waktu siang adalah pendek..waktu maghribpun sekitar pukul 3 lebih sahaja. tetapi..apa nak buat..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna kan? Padan muka saya..

Untuk menyedapkan hati sendiri..saya berfikir dari sudut yang positif. Ala..sapa lagi yang nak memenangkan diri sendiri jika bukan diri kita kan? Maka saya pun memujuk diri dengan mengambil kira beberapa aspek.

1) Dari segi masa..
Memanglah panjang. Buat masa sekarang, masa yang saya ambil untuk berpuasa lebih kurang 16 jam dalam sehari berbanding puasa yang sebetulnya dalam bulan ramadhan yang akan datang lebih kurang 20 jam.  Waktu berbuka sekarang dalam pukul 8.43pm..di bulan ramadhan nanti..dengar ceritanya waktu berbuka kira-kira dalam pukul 10 lebih. so..ini adalah latih tubi bagi jiwa dan raga saya...betul tak? Persiapan fizikal tu penting..bilamana saya dah biasa bersahur awal..berbuka lewat..maka puasa ramadhan yang akan datang.insyaAllah tidak menjadi berat untuk laksanakannya. InsyaAllah.

2) Fizikal
Memaintakan badan sendiri dengan menyingkirkan lemak2 yang tidak diundang singgah. (hehe..padahal.saya ni memang takde lemakpun..tulang adelah)..untuk menyedapkan hati sendiri. Tapi perlu diingat..niat begini hanya mengurangkan pahala puasa hamba..

3) Jimat air..
Apalah punya kedekutnya saya ni..airpun nak jimat. memanglah. Jika saya berpuasa..saya mampu jimat 7 gelas air didalam sehari. Kalilah berapa hari saya puasa dalam seminggu.  memang jimat habis. Kat sini semua benda kena pakai air yg ditapis...yang dibeli. Nak buat teh, guna air beli, nak gulai ikan, kari ayam..walhal masak nasik sekalipun kena guna air tapis tu! Satu tong air yg berisipadu 18.9 L itu harganya lebih kurang rm 180 untuk sepuluh tong air. Dah jimat kan?

4) Mental
Bila dah berpuasa, semangat untuk bercakap tu kurang. Minda dengan sendiri mengatur supaya tidak menjelajah kerumah jiran2 seperti sebelumnya. Nanti kurang pahala puasa..

So..Untuk jiran2..ampunkan saya kerana menjadi jiran yang pasif kebelakangan ini.

10 April 2011

Please ! Korang Jangan Bukak Sebarangan Tau!

Sudah acapkali saya mendengar cerita tentang virus yang menjangkiti komputer. Dolu2..ingatkan virus hanya mampu menyerang manusia saja. Tapi bila kita berada dizaman yang serba canggih ni...semua benda yang mustahil akan jadi tidak mustahil untuk terjadi . Lagi satu..sebab tidak pernah terkena pada batang hidung sendiri. Jangan pulak jadi seperti saya ni..sudah terhantuk baru terngadah...

Di kesempatan ini saya ingin berpesan pada korang...yang mana mungkin korang dah mangli mendengarnya sebelum ini supaya jangan cepat2 accept apa benda berita atau gambar yang dikirimkan kepada kita oleh orang-2 yang tidak dikenali mahupun rakan yang memang rapat dengan kita. Benda yang kita tidak ambik berat itu akan menjadi berat sekiranya   ia terjadi pada laptop sendiri.

Bila semua ikon di desktop tidak boleh dibuka...kita mula garu kepala..dalam hati mesti menyesal tak sudah.
Kekadang kawan yang menghantar email pada kita tidak berniatpun untuk mengirim virus pada komputer kita. Untuk langkah yang lebih selamat..ringan-ringankanlah tangan korang untuk  mendail no telefon member yang berkenaan sebelum membuka email yang dihantarnya. Buat-buat lawak sikit sambil bertanyakan samada penting ke tidak email yang dihantar..berbentuk apa? Gambar atau kata2?

Jika korang segan untuk bertanya..maka sediakanlah duit untuk mengupload  antivirus yang memang menanti-nantikan waktu kita diserang virus pemusnah data tersebut. Jika rajin..maka luangkanlah masa untuk copy semua fail yang berada di desktop secara manual. So pesan saya sekali lagi..jangan cepat-cepat nak open apa saja email yg diterima...korang cuba-cubalah ambil inisiatif untuk cuba mengelak diri dari terkena ...

08 April 2011

Bagus juga Airport Dubai ni..

Selamat pagi teman-teman tersayang...

Walaupun penat tak hilang lagi menaiki flight dari KLIA ke Dubai..dan Dubai ke Moscow ,tapi saya gagahkan juga mata ni agar tidak terus terlena di ulit  keletihan yang tidak terkira. Sebetulnya..kepala saya sudah terasa berpusing..ringan semacam..namun tangan ini terasa ingin juga mencoret sesuatu.

Sebelum ini..sudah banyak negara yang saya jelajah bersama keluarga. Dan..diantara banyak2 lapangan terbang yang saya sampai samada untuk transit atau untuk ke negara tersebut, lapangan terbang  Dubai ternyata mempunyai keistimewaan tertentu. Saya ni bukannya nak bekempen ke apa...tetapi sekadar untuk menyatakan dan berkongsi sedikit pengalaman dinegara orang.

Jika korang sampai di sana...mungkin korangpun rasa teruja seperti saya apabila melihat lifnya yang begitu besar dan boleh memuatkan kereta apa tu yang digunakan untuk membawa beg2 atau penumpang2 warga emas tu..saya nak sebutpun tak berapa tahu sangat. Bukan kata saya nak menganaktirikan epot KLIA sehingga tiada pujian. Bukan! bagi saya setiap epot tu ada kelebihan masing2...jika KLIA tentu korang dah tahu sebab tempat sendiri kan?

Satu lagi benda yang membuat saya tertarik disini ialah mereka provide stroller. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil seperti saya perkara ini memang amat diperlukan.  So..tak payahlah kita bersusah payah mengusung stroller dari rumah kehulu kehilir ..just gunakan stroller yang digunakan oleh pihak airport . Dengan syarat..stroller itu digunakan di dalam kawasan epot sahaja. Time nak check in tu..tinggalkan aje stroller tersebut kat mana2 saja area dalam kawasan epot. Bagus kan?  

02 April 2011

Malaysia..oh tanahairku!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Berbanyak-banyak syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diatas izinNya saya sekeluarga dapat menjejakkan kaki di bumi tercinta ini...meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta.

Terasa cepat sungguh masa itu berlalu pergi. Sudah hampir 2 minggu kami menjelajah dari Utara ke Pantai Timur..dari Pantai Timur kami kembali ke Bangi. Boleh dikatakan kami sekeluarga mengambil peluang untuk mengisi ruang yang terhad dengan sebaik-baiknya. Sebelum kaki berpijak dibumi nan bertuah ini..buku catatan saya sudah terisi dengan turutan dan susunan aktiviti dari hari pertama hingga hari yang keseterusnya kerana setiap hari amat mahal nilainya. Jika sehari terbuang..memang terasa rugi sesangat.

Anak-anak saya begitu teruja dengan bercambahnya ahli keluarga dalam keluarga..dengan kehadiran kazen2..yang tidak dikenali sebelum ini..malah tidak wujud lagi sebelum kami bertolak dulu. Adib begitu teruk digigit nyamuk sehingga terpaksa direfer kepada pakar kulit. Almaklumlah..pertama kali baginya menjejakkan kaki ke sini. Pertukaran cuaca juga turut mempengaruhi kulitnya. Harapan saya semoga semuanya kembali pulih..takut-takut lain pulak jadinya.

Tinggal lagi seminggu untuk saya bersenang lenang dan menghayati apa jua yang menarik disini samada dari segi alam sekitarnya..anak-anak mudanya yang sentiasa up to date dalam bertudung. Baru setahun setengah saya tinggalkan malaysia..sudah banyak jaringan lebuhraya yang terbina...bangunan-bangunan yang mencakar langit. ..kawasan kampung berubah menjadi bandar. Sungguh hebat! pesat sungguh pembangunan di negara kita. Doa saya..semoga pembangunan minda  dari segi rohani dan jasmani anak-anak kita turut membangun seiring dengan pembangunan negara.


InsyaAllah...

p/s : kepada Asid dan penjejak mimpi..sila tinggalkan no telefon korang di email saya. seriputra_13@yahoo.com. ASAP.  

12 Mac 2011

Gempa Bumi Di Jepun

Ya Allah! Ngeri saya melihat kejadian gempa bumi beserta dengan tsunami yang berlaku di Jepun dikaca television semalam. Lepas satu..satu..kejadian seperti ini berlaku. Melihat betapa mudahnya bangunan-bangunan yang besar dan kukuh di bandar tersebut dibawa arus..membuatkan saya jadi takut. Ujian dari Allah..kita tak boleh jangka bila datangnya. Jika ingin melihat kejadian sebenar..korang boleh melayari YouTube.

Stesen tv tidak putus2 menyiarkankan perkembangan terkini dari semasa kesemasa. Malahan google juga mengambil inisiatif supaya ahli keluarga atau teman2 rapat dapat mengesan mereka yang terdekat dengan  melancarkan ' Missing Person Finder'.

Setakat petang tadi dijangka lebih 900 orang meninggal .Diharap semua rakyat malaysia yang berada dekat2 sana terselamat serta takziah untuk keluarga yang terlibat. Doakan juga perjalanan saya sekeluarga esok pagi juga berjalan lancar sehingga kaki kami melangkah ke rumah pada 18 Mac ini.

InsyaAllah...moga bertemu lagi

09 Mac 2011

Selamat Hari Wanita

Sepatutnya ucapan tu patut di lontarkan semalam..lewat sehari..kira halallah yer..sekali lagi SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA untuk semua wanita diluar  sana. Eh! kat mesia dapat cuti umum juga ke? Sebab kat sini semua orang dapat cuti...encik asben dan anak2 semuanya berkumpul dirumah. Cuti katakan...

Untuk makluman korang..kat Russia ni..jika ada apa-apa cuti umum aje..hmmm..berdentam dentum fireworks. Bukannya sekejap..kekadang hampir 15 minit. Disebabkan rumah kami di ditingkat 11, so..memang nampak jelas sangat kaler2 tu..cantik..!! Anak-anakpun sampaikan dah tak larat nak tengok fireworks dah. Di Lenin Hill tu..siap dorang buat stage. Saya kira ada konsert kot malam tu.

Kita sebagai insan yang bergelar wanita patut rasa bertuah sebab ada juga hari untuk menghargai kita kan? Kalau tak..sebelum ni asyik dengar hari "Untuk Lelaki" saja. Dan patutnya hari tu kita takyah buat kerja apa2..bagi encik asben masing2 yang uruskan hal2 rumah . Bagi peluang untuk kita  berehat pulak! Dan apa yang korang dapat sempena hari wanita?  Dan apa yang korang nak pada hari tersebut? Meh kita share...              

07 Mac 2011

Misi Menunaikan Janji


Misi saya semalam adalah mencari baju Hard Rock Cafe untuk pemenang utama bagi Special GA from Moscow. Di samping itu sempat  juga mencapai cenderahati dan fridge magnet untuk family tercinta dan teman2 di tanahair. Eh! kami ni borong sakan cam nak balik for good jer kan! Sebetulnya..excited..sbb tak sangka lagi dua tiga hari saya dapat balik..bercuti..makan2..lepak2 bersama mak, adik beradik dan ipar duai.  Almaklumlah, dah nak hampir 2 tahun..lama tu..

Perkataan ' Moscow' yer kengkawan ..

Fridge magnet + T-shirt = kat atas ni.. 
Enjoyed semua ketika menghayati hadiah masing2. Dan ingin saya ulangi pertukaran hadiah boleh dilakukan suka sama suka diantara pemenang..

Selamat menunggu!!!!!   (^_______^) 

05 Mac 2011

Tolong Saya Kawan-Kawan!

Sebenarnya saya ni dah buntu..nak masak apa untuk kumpulan masak-masak kitaorang pada hari Isnin..esok lusa nanti. Temanya menu Pantai Timur. Tetiba jer fikiran jadi blur..tak ingat apa jenis kuih-muih dari Negeri Cik Siti Wan Kembang yang glamer2 dan sedap untuk dimakan. 

Menu utama..kami cadang nak buat Nasi kerabu dan Laksam dan dayang-dayangnya. So ..nak mintak teman2 blogger yang singgah sini..bagi pendapat..apa kuih muih tersebut. Tolong bantu yer..dah jadik nanti..saya tolong hidangkan kat blog ni..

Tq... 


04 Mac 2011

Selamat Datang Springggggg....

Assalamualaikum semua!

Saya baru aje nak welcoming to Spring.  Tapi hari ni...snow masih lagi turun... suhu masih juga negatif sumtim2...! Hmm..inilah Moscow..suhunya tidak menentu. Spring tapi still snowy...hehe..

So..tengahari ini ada aktiviti. Menghadiri bacaan yasin di rumah salah seorang pegawai di tempat kerja Encik Asben sempena stay kat rumah baru.

Apalagi ek! ada lagi tapi..rasanya yang satu lagi tu tak dapat pegilah kot...apa-apapun..selamat menjalani aktivi harian untuk korang semua pada hari ini.

Bye...

03 Mac 2011

Pengumuman lagi!

Assalamualaikum...

Memandangkan dalam bulan Mac (tarikh belum ditentukan lagi) InsyaAllah saya akan berada di negara tercinta..so..kepada pengumpul-pengumpul fridge magnet yang berada di  Bangi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, korang boleh membuat pesanan kepada saya mulai sekarang. Harga setiap satu FM rasanya tidak lebih dari Rm 10. Saya lebih berbesar hati jika korang boleh mengambil sendiri dirumah saya di Bandar Seri Putra berhampiran Bandar Bukit Mahkota..

Dan jika anda sukakan T-shirt dari Moscow yang ada tulisan Moscow di belakang atau depan..sila nyatakan saiz  baju yang dipakai.

Sila emailkan kepada saya nama penuh, no.telefon dan alamat yang lengkap kepada...


seriputra_13@yahoo.com

bye..bye..

02 Mac 2011

Peserta Bertuah

Rasanya tak baik saya membuat orang tertunggu-tunggu kan? Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk mengumumkan nama-nama pemenang tersebut pada hari ini...

  Tahniah diucapkan kepada...jeng!jeng!jeng!

Tempat Per-1

Tempat ke-2

Tempat ke-3

Tempat ke-4

Tempat ke-5

Dua saguhati pula dimenangi oleh





P/S : kEPADA nama yang tersenarai..sila tinggalkan nama penuh, nama samaran, no telefon yang senang untuk dihubungi serta alamat yang lengkap di ruangan komen dibawa untuk urusan penghantaran hadiah. Jika korang berkeberatan mendedahkan maklumat korang  disini..sila hantar maklumat tersebut di email saya sebelum 8/3. Jika nama yg berkenaan tidak ada respon dlm tempoh yg diberikan..saya berhak menukar nama pemenang kpd individu lain.
seriputra_13@yahoo.com

insyaAllah hadiah akan dihantar sebelum bulan April diatas sebab2 tertentu. jangan risau...saya seorang yg menepati janji..okesss!!!

jika ada peserta yg tidak puashati juga boleh email pd saya dialamat berikut.

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang menyertai GA ini. Kepada yang tak menang..jangan sedeh2..lenkali saya akan cuba buat lagi. dan semoga tiada lagi 'keburukan' yg wujud dlm mana2 GA sekalipun..sesungguhnya saya sendiri tidak menyangka..perkara2 tersebut wujud bila kita buat GA...

Sambungan Senarai peserta GA (Siri 1)

  1. http://queraizacullen.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  2. http://inahasan.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  3. http://erawatie18.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  4. http://usharapa.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  5. http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  6. http://miszfarasakura.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  7. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  8. http://l0vec0ntestgiveaway.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  9. http://taemincomel.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  10. http://contestcontestcontest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  11. http://wadahharleena.blogspot.com
  12. http://rafoliancontest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  13. http://zueannaleeya.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  14. http://ilovecontestblog.com/2011/02/10/special-giveaway-from-moscow/
  15. http://seindahfarhana.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  16. http://kehelan-contest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  17. http://riena-jurnal.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  18. http://fatinfasihah.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  19. http://belogmamatomel.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  20. http://blogibujointcontest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  21. http://ikapukpuk-contest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  22. http://nettskerepek.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  23. http://jura-rahim.blogspot.com/2011/02/syarat-penyertaan-1.html
  24. http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  25. http://jueleecontest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  26. http://mietos.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  27. http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  28. http://bambam-addicted.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  29. http://diariummi.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  30. http://zuracontest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  31. http://mycontestzone.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  32. http://fasyafrina.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  33. http://farihanmohamad.blogspot.com/2011/02/giveawaycontest-36-special-giveaway.html
  34. http://misznorash.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  35. http://allboutgancontest.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  36. http://gengggkapak.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  37. http://fa10-sekadarmencuba.blogspot.com/2011/02/special-ga-from-moscow.html

01 Mac 2011

Senarai peserta GA (Siri 1)

  1. http://pelangichenta-fieda.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  2. http://izzlorna.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  3. http://penjejak-mimpi.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  4. http://sahabatnorgadis.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  5. http://lina-klina.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  6. http://scarlettj1.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  7. http://paklongsifu.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  8. http://sick-of-being-sad.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  9. http://2nurhafiz2009.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  10. http://amani-blog4u.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  11. http://diarihatijc.blogspot.com/2011/01/giveaway-from-moscow.html
  12. http://syu90contest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  13. http://lailywahab.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  14. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  15. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  16. http://zaiikulim.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  17. http://seliparjepunbiru.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  18. http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  19. http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  20. http://dygsy009.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  21. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  22. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  23. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  24. http://diaumaininaz.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  25. Ahmad muzaffar
  26. http://suzie284contest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  27. http://haycontest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  28. http://tiefazatie.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  29. http://afifahaddnan.blogspot.com/2011/01/teringin-nak-hadiah-bajuhihi.html
  30. http://eityzaty.blogspot.com/2011/01/special-give-away-from-moscow.html
  31. http://arolgiveaway.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  32. http://lisaafhacontest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  33. http://keepmysecretreaders.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  34. http://petaibududurian.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  35. http://suefiq09.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  36. http://sicomot-comel.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  37. http://eddysyrol.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  38. http://shagcomot.blogspot.com/2011/01/giveaway-special-giveaway-from-moscow.html
  39. http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  40. http://syiracontest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  41. http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  42. http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  43. http://dibapisces.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  44. http://asyusra.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html (mintak maaf dah cuba utk linkkan blog ni..tapi tak dapat)
  45. http://www.wooferstorm.com/2011/01/giveaway-special-giveaway-from-moscow.html (blog nipun saya tak dapat masuk juga tak dpt cari bila saya search walaupun guna google).
  46. http://kucingoren93.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  47. http://taufidris.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  48. http://www.akmarwati.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
  49. http://nanakimie.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html
  50. http://ammboi.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html

28 Februari 2011

Pengumuman Tentang Special GA From Moscow

Salam untuk semua pembaca budiman!


Bermula hari dan detik ini diumumkan  " Special GA from Moscow" telah tamat dengan rasminya. Sebarang penyertaan selepas ini tidak akan dilayan. (ewah!ewah!..cam ramai sangat nak join ko punya GA kan?)hehehe...


Bukannya apa tau! saya tengah pening ni. Bukannya pening sebab tak sihat atau terlebih tido ke haper...pening dok memilih pemenang untuk GA saya ni. Fullamak! Pesertanya hebat2 belaka. Tersandar kejap saya sambil menepuk dahi..yang mana satu di antara korang yang layak menjadi pemenang bertuah tersebut..disebabkan itu..saya terpaksa menambah lagi  bilangan pemenang untuk kategori saguhati...


Nama pemenang yang bertuah akan saya umumkan seminggu seminggu selepas ini. That mean 8/3 nama semua pemenang akan saya paparkan dipapan putih blog ini. So..kepada korang yang menyertai GA ini..rajin-rajinlah menjenguk shoutbox masing2 untuk menanti panggilan dari saya.

27 Februari 2011

Akok

Sebut saja Akok...terbayang rupa parasnya yang berkedut-kedut tetapi amat enak rasanya...dengan lemak merdunya ibarat org tua yg sudah bongkok tiga..tetapi banyak pengalamannya..hmmm..bermadahlah plak saya ni...kalau balik Terengganu..Encik asben akan singgah di tepi2 jalan yang ada gerai menjual akok.

Bila kat sini saya terpaksa mencuba So..pandai-pandailah buat jika ingin hasilkan dlm jumlah yg sedikit. Semasa dibakar..ia akan menggelembung tetapi korang jangan bimbang...sebaik saja keluar dr oven akok ini akan mengecut dan akan menghasilkan kedutan yang diimpikan...


Bahan-bahannya
  • 12 biji telur- boleh kurangkan 8 biji telur
  • 800 ml santan (saya guna 2 bungkus santan serbuk)
  • 350 gm gula melaka -kalau tak nak manis..boleh kurangkan.
  • 1/2 st garam.
  • 1/2 st esen pandan sbb daun pandan terhad.
  • 400 ml air suam
  • 140 gm tepung gandum

Cara-caranya
  1. Masak gula melaka bersama air sehingga cair. Sejukkan.
  2. Blend semua bahan lain sehingga sebati di dalam blender.
  3. Campurkan bahan yang diblend tadi kedalam gula melaka yang telah disejukkan.
  4. Panaskan oven 200 darjah
  5. Sapu acuan dengan marjerin supaya akok tidak melekat.
  6. Masukkan satu senduk bahan tadi dan masukkan kedalam acuan.
  7. Bakar selama 10-15 min dengan suhu 200 darjah C (bergantung kepada dapur anda)

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.

25 Februari 2011

Hari Semakin Dekat

Assalamualaikum dan Selamat tengahari..

Time ni saya nak mintak maaf sebab tak dapat menjejaki korang yang singgah di blog ini dan meninggalkan jejak di ruangan komen mahupun di shoutbox. Tengah bersiap nak keluar..ada keja memanggil ni...so malam2 sikit InsyaAllah..kalau ada peluang..saya akan susuli okes!

Seblom tu..saya cuma nak ingatkan yang SPECIAL GA FROM MOSCOW dah nak sampai kepenghujungnya. Untuk korang yang menyertainya..sabar-sabar ya! Lambat atau cepat..hadiahnya akan saya kirimkan jugak..tapi yg pasti bukannya dr sini. Kalau boleh pos tangan lagi bagus....boleh kenal2..saya akan cuba sedaya upaya memberinya dgn tangan ini sendiri. InsyaAllah..

Senarai peserta juga akan saya sertakan..oklah..dah lambat, saya gerak dulu..bye!bye!

22 Februari 2011

Lagi Gambar Gempa Bumi Di New Zealand

Terima kasih kepada saudari Lumut tentang info tentang link ni. So kepada sesiapa yg ingin melihat kejadian tersebut dengan lebih jelas dan nak tengok lagi byk gambar sila klik kat bawah .

http://www.nzherald.co.nz/nz/news/image.cfm?c_id=1&gal_cid=1&gallery_id=116921#7381067

Sesungguhnya setiap kejadian itu..ada hikmahnya.  Renung-renungkanlah...dan Selamat beramal..peringatan  ini adalah untuk diri sendiri juga serta korang2 di luar sana.Hari ni dorang yang kena..esok lusa giliran kita! siapa yang tahu kan?

Gempa Bumi di New Zealand

Sambil melayan Adib..mata saya tertarik dengan berita tentang gempa bumi yang berlaku di Christchurh, New zEAland yang disiarkan di siaran CNN secara live sekarang  . Banyak betul gempa bumi sekarang. Ekoran  peristiwa tersebut airport Christchurh ditutup. Gabenor bandar tersebut mengatakan mungkin 200 penduduk masih terperangkap di dalam bangunan. Berpuluh-puluh  nyawa turut terkorban. Biasala kan..kalau apa2 bencana berlaku di mana-mana areapun semua sekolah  ditutup. Jom kita layan gambar yg sempat saya snap tadi..



*
*
*
*
*


*
*
*
*
*


*
*
*
*
*


Terukkan? Nasib baik kat sini takde bencana alam seperti gempa bumi ni. Yang adanya pulak suhu sejuk yang melampau cam Perempuan..Isteri dan Dot..Dot tu! 

21 Februari 2011

Jalan-jalan Moscow (Part 2)

Jika datang ke Moscow..memang tak sah jika tak singgah di istana Aladdin ni...iaitu Kremlin yang juga dikenali dgn nama Red-Square. Saya panggil istana Aladdin sebab bentuknya cam dalam cerite kartun tu..macam dalam mimpi dapat tengok bangunan-bangunan yang klasik tersebut. Tak dapat tidak..sekeping foto mesti diabadikan disini..menandakan sahnya kunjungan korang ke Moscow. Tempat wajib! ingat..tempat wajib bergambar! Biasanya macam-macam aktiviti yang dapat dilakukan disini samada time Winter, Spring, Summer ataupun Autum. Kalau drive dari rumah saya, 10 minitpun dah boleh sampai.

Kredit to Saiful Nang untuk foto ini.



Tempat outing adik2 student..

Saiful Nang pun dah sampai..

kat belakang tu deretan gerai yg menjual souvenior..gambar ni diambil sms winter last year..suhu tak berapa sejuk sangat..
Mainan yang dijual di gerai tersebut..tetapi..semuanya dalam bahasa Russian..
Seperti biasa souveniour pun ada. 

Inilah Moscow State Historical Museum yang menyimpan berbagai koleksi sejarah Russia seperti mata wang dan tinggalan barang2 lama yang lain.
  
Time winter..dibuka pusat untuk bermain ice-skating kat tengah2 area Kremlin ni..

Istana Aladdin yang saya katakan tu..St Basil Cathedral nama betulnya..

lenguh jugak kaki nak berjalan dari hujung sana ke hujung sini. 

Red Square mempunyai 2 shopping kompleks. Kat belakang tu merupakan salah satu daripanya yang dikenali dgn nama GUM. Segala jenis macam kedai ada kat dalam tu..Reganya..adui mak! mahal..kalau nak shopping..kena carik tempat lain.Tempat shopping.ni rasanya untuk orang2 kaya mereka jer...berposing dgn kazen encik asben yang datang sini last year atas urusan kerja. 

Tempat ibu2 berposing jugak. Bersama isteri mantan Duta Besar Moscow ke Russia..Datin S...

Bangunan belakang tu ada kubur Lenin.  Nama bangunan tu Mouseloum Lenin. Ada yang kata Lenin diawet cam Firaun tu supaya mayatnya tidak reput..tak tahulah ya atau tidak. Dibuka kepada umum setiap hari kecuali hari Isnin dan Hari Jumaat sahaja.  Nak masuk tapi belum berkesempatan lagi...ditambah pulak dgn perasaan takutpun ada. 

Tempat  posing utama pada hari raya atau pada  graduation days bagi bakal-bakal doktor ini .. 

18 Februari 2011

Jalan-jalan Moscow (part 1)

Sebenarnya banyak tempat-tempat yang best kat Moscow ni samada untuk shopping atau untuk ambik angin. Okey..tempat pertama yang saya ingin bawa korang jalan-jalan ialah Lenin Hill. Tempat ini jaraknya dengan tempat tinggal kami hanya 15 minit naik bas nombor 7. Time yang paling best nak jenjalan ialah musim summer. Tapi Winter ni..mintak ampun..mintak maaf ler..tak kuasa nak keluar ronda2 dgn suhu kekadang mencecah -26. Apa yang ada di Lenin Hill? jom kita sama-sama tengok.


Kabel car seperti di Genting Highland. Tapi yang bezanya kabel car ni tidak bertutup. Tengok gambar kat atas tuh! Bayarannya 200 Rb(rm 20) untuk dewasa dan 100 Rb (rm 10) untuk kanak-kanak. 


Luzhniki Stadium 

Terdapat bermacam-macam souvenior dijual . Tidak hairanlah kawasan ini turut menjadi  tumpuan pelancong.

Harga kat sini mahal sikit.  

Juga tempat budak2 bermain roller blade. Mintak maaf lah..ada gangguan kat sebelah tu dgn gambar mak buyung. Masa ni saya sedang mengandungkan Adib!

 Hmm..yang nipun ada. leka juga kitorang dibuatnya.

Nak belajar..atau baru nak belajar..jatuh banyak kalipun..dorang2 ni tak kisah..buat tak tahu jer..

Nampak bangunan Moscow State Universiti

Dah puas belajar sehari suntuk..last2 boleh jugak main roller blade..berbaloi..di Lenin Hill.