09 December 2009

Inikah tandanya?

Semenjak dua tiga hari ni kepalaku berdenyut2...belakang terasa sakit semacam ..begitu juga dengan pangkal leherku. Apa yang aku tahu itu tandanya..permulaan untuk orang mengidap darah tinggi. Adakah aku salah seorang mangsa tersebut? Harap-harap...tidak sampai ketahap itu. Aku tak tahulah...apa puncanya? Stress? rasanya tidak....penat? mungkin jugak sebab dari celik mata sampai nak tidur seterusnya...kerja2 tidak akan habis...kekadang separuh hari dihabiskan didapur sahaja.

Nasib baik bab kain baju untuk digosok, rumah untuk disapu telah aku serahkan kepada anak buahku. Kuranglah sikit kerja2 yang seharusnya aku lakukan setiap hari. Nasib baik juga ada mesin basuh yang disediakan untuk membasuh kain. Biasanya aku sumbat saja kain. Dulu mesin ni boleh membasuh sampai mengering terus. dah dua tiga bulan..fungsi mengering telah rosak. so..mesin ni tak mengeringkan kain betul 2 tetapi hanya mampu mengeringkan air sahaja tetapi kain still akan lembab.

Sekarang ni jadual pagiku kekadang turut berubah. Dek kerana kesuntukan masa dan hambatan waktu...aku kadangkala terpaksa meminta bantuan anak buahku untuk menyiapkan Dania kesekolah seperti memandikan atau memakaikan baju untuk anak daraku . Itupun jika aku betul2 tidak sempat..:(

Walaupun bangun seawal 6 atau 6.30 am sekalipun..masa terasa begitu suntuk. Seboleh-bolehnya aku berusaha menyiapkan sarapan untuk bekalan papanya atau Dania pada pagi itu juga kerana aku tidak berapa suka menyediakan bekalan yang dimasak waktu malam untuk bekalan mereka. Untuk menjimatkan waktu..aku menyediakan bahan masakan pada malamnya seperti mengupas bawang dsbnya.

Petang tadi aku ada bertandang rumah jiranku. Kebetulan dirumahnya ada mesin untuk menguji blood pressure. So check punya check..bukan darah tinggi...maybe kearah darah rendah. Bacaannya 90/60. Itu masih normal. Tapi...takut jugak bacaannya boleh menurun kerana aku kadangkala terasa ingin pitam. Nak buat ujian untuk Haemoglobin (Hb)...entah macamana nak cakap dengan doktor kat sini. Aku berdoa semuanya..baik2 saja sepanjang berada disini. InsyaAllah.....

2 comments:

Julia said...

K nor dryer rosak? Atau terlalu byk kain. Mungkin juga sb tersumbat perangkap kotoran. G la jmpe dr y english speaking. Insyaallah x de apa tu. Kena rehatkan badan juga

ibudania said...

ya Jue..dah rosak. meternya tak bergerak dah...maybe sumbat byk kain sgt. kekadang sampai 3 roundpun tak habis lagi..setiap round tu bukannya sekejap...walaupun setnya hanya 40 min paling sikit.

Kalau pi jumpa depa nanti embassy yang kena charge. takpelah..tak menyusahkanpun...