29 Disember 2014

Homestay saya sudah penuh!




Alhamdulillah..permintaan untuk homestay kami yang terletak berhampiran KLCC sudah penuh untuk bulan December ini. Hingga kehari ini..permintaan dan call masuk bertalu-talu untuk bertanyakan homestay ini. Bukan kami tidak mahu membantu..tetapi..kelima-unit studio apartment tersebut sudah penuh hingga 31 December dan ada juga yang sambung sampai pertengahan bulan Januari. Kadang-kadang serba salah saya jadinya apabila mendengar ibu-ibu yang merayu kerana ingin membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur. Saya faham perasaan anda. Tetapi apakan daya.

Tetamu saya bukan saja datang dari dalam negara bahkan dari luar negara juga. Yang datang dari luar negaralah yang suka menetap lama di tempat kami. Ada juga yang datang tu..pernah datang sebelum ini..dan repeat lagi menetap di tempat kami. Jika perkhidmatan yang kita berikan bagus..maka mereka juga tidak menyesal untuk menegeluarkan belanja yang lebih untuk menetap dimana saja. Berikan perkhidmatan yang terbaik supaya tetamu kita berasa selesa sepanjang menetap ditempat anda!

Jika anda ingin bercuti dan tinggal ditempat 5 bintang dengan harga 3 bintang dan merasa seperti berada di rumah sendiri untuk tahun 2015...bolehlah booking homestay kami bermula dari sekarang dengan menghubungi no ini samada melalui panggilan telefon, message mahupun WhatAppts.

1 malam 2 hari - rm 240
* hubungi kami jika ingin mendapatkan harga istimewa bagi booking 2 malam keatas!


Nor - 017 3401573
Syah -017 3430824

24 November 2014

Menderita buasir?


Korang atau saudara mara ada buasir? Berjaga-jaga jangan sampai jadi macam di dalam gambar. Saya pernah berjumpa dengan macam-macam pesakit yang mempunyai macam-macam peringkat buasir. Sanggupkah korang menderita gatal, sakit dan tidak selesa sebaik saja membuang air besar?

Saya mempunyai kenalan yang amat rapat dengan saya. Sudah jenuh saya memujuknya untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi "NO" itu saja jawapannya. Dia kata..dia malu untuk mendedahkan tempat buang air kepada orang lain. Sanggup dia menahan sakit semata-mata malu untuk berjumpa doktor.

Hendak dijadikan cerita, anak saudara saya juga mempunyai buasir yang berdarah. Bila buang airbesar sahaja, darah segar keluar bagaikan memancut. Bila bertemu, kami mula bercerita tentang penyakit buasir ni. Anak saudara saya yang mempunyai buasir selama ini memberitahu bahawa buasirnya sudah tidak ada lagi selepas menyapu ubat tradisional yang diperkenalkan oleh pengamal perubatan kampung. Hanya sapu dalam masa 10 kali sahaja..buang airnya normal..tiada lagi darah yang keluar.

Orang pertama yang saya mengikuti jejak anak saudara saya ialah saudara perempuan saya. Dia kebetulan sedang mengandung. Buasir akan timbul setiap kali dia mengandung. Ini membuatkan dia tidak selesa jika ingin membuang air besar. Yang paling ditakutinya ketika selepas bersalin. Dia nekad untuk menyapu ubbat minyak yang diberikan oleh anak saudara saya tadi. Alhamdulillah! ketika bersalin, dia rasa gembira kerana buasirnya telah kecut dan boleh duduk dengan selesa ketika menyusukan bayi.

Oleh itu, saya telah memberitahu kenalan rapat saya ini dan dia telah mencubanya. Sebelum ini..dia perlu menunggu satu hari suntuk untuk buasirnya masuk kerana buasir itu jenis yang terkeluar ketulan tu! Selepas menggunakan minyak ini..dia hanya perlu menunggu hanya satu ke dua jam sahaja untuk masuk ke tempat asal.

Untuk korang yang tak percaya, boleh cuba sapu minyak ni..jaminan wang dikembalikan 100%. Kesannya 99.9 % berkesan. InsyaAllah dengan izinNya. Tiada kesan sampingan. Sesiapa sahaja boleh menyapunya.

Untuk makluman lanjut..korang boleh whatAppts atau message ke no yang diberikan : 017 3401573.

foto : kredit to alwaqiahaimulk.blogspot

21 November 2014

Cuti sekolah dah tiba!

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi anak-anak yang bersekolah. Biasanya kalau lepas exam, budak-budak kat rumah akan jadi macam biskut tu..kejap pergi..kejap tak pergi. Memandangkan hari ni last day, anak sulong saya beriya-iya nak pergi kesekolah kerana katanya time ni la masa dia nak bersalam-salaman dengan kawan-kawan dia yang terdiri dari darjah 6.

Tiba jer cuti sekolah besok, mulalah rumah akan jadi kapal pecah dari pagi sampailah kemalam. Dapur pun sentiasa berasap memanjang kerana ada orang akan kelaparan. Begitulah rutin seharian saya jika semua sudah berkumpul. Oleh itu ibu-ibu jika taknak perkara yang sama berlaku pada korang, time nilah kita kena bijak memilih program2 atau2 kursus2 yang berfaedah bagi memenuhi masa lapang mereka. Bagi ibu-ibu aatau ayah-ayah yang rajin kesurau, mereka akan dapat melihat poster2 yang menawarkan pakej semasa cuti sekolah untuk anak-anak.

Ikutkan hati..mahu saja saya mencari kursus yang panjang dalam sebulan supaya mereka tidaklah mengadap tv atau mengadap phone 24 jam. Tetapi anak perempuan saya menolak kerana katanya cuti ni dia perlu study kerana bila buka sekolah nanti, satu peperiksaan akan diadakan oleh pihak sekolah yang akan menentukan kedudukan mereka dikelas mana semasa darjah 6.Nasib baik dia berfikir jugak! ALHAMDULILLAH.

Selain mengikuti kursus yang macam2 ditawarkan dengan harga yang mampu milik...anak-anak juga perlu dibawa bercuti kekampung halaman supaya mereka merasa macamana suasana kampung, dengan pacatnya..dengan nyamuknya..dengan sungai yang mengalir cantik!
Tiba-tiba pulak rasa rindu nak main air bah bila teringat musim banjir ni.

20 November 2014

Bertuahnya anak-anak zaman sekarang!

Semalam, bila buka saja FB..terpampang gambar anak-anak yang berjaya dalam pelbagai bidang atau dalam mata pelajaran tertentu yang dipost oleh ibubapa masing-masing. Mereka memperolehi Augerah Pelajar Cemerlang. Tahniah diucapkan kepada anak dan ibubapa diatas kejayaan anak masing-masing. Sayapun ada anak dua orang anak yang sedang belajar di sekolah rendah. Tapi kedua-duanya memperolehi keputusan biasa-biasa sahaja. Sebagai seorang ibu, tentulah kita merasa sedikit terkilan diikuti dengan bebelan. Mana taknya..anak kawan, anak jiran depan rumah, anak jiran sebelah rumah, semuanya dapat anugerah semalam.

Tetapi bila duduk bersendirian..saya mula muhasabah diri. Anak yang sulong..perempuan sekarang berada darjah 5..saya tak berapa risau sangat. Budak perempuan ni lain sikit..cepat matang dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Dia cepat faham dan tangkap apa yang cikgu ajar walaupun darjah 5 kalau tak silap saya ada belas-belas kelas. Setiap kelas muridnya hampir mencecah 40 orang! Ketika dalam darjah 4, iaitu pada tahun pertama kami balik dari luar negara dia berada dikelas yang ke7. Dengan keputusan peperiksaan hujung tahun dia mula naik ke kelas nombor 3 ketika darjah 5. Alhamdulillah..

Yang paling saya risau ialah anak yg nombor 2 lelaki..darjah 4 sekarang. Dia sama macam si kakak 2 tahun lepas..kami menghantarnya ke Sekolah Kebangsaan Seri Putra. Sekolah tak sampai 2 bulan, dia disahkan mempunyai penyakit Neprotic Syndrom iaitu penyakit yang berkaitan dengan penapis buah pinggang yang semakin longgar dan kurang berfungsi. Ni gambar sebelum ambil ubat diapit oleh si kakak dan si adik.

Dia dimasukkan kewad pediatrik Hospital putrajaya selama 2 minggu. Pada ketika itu, saya masih lagi bekerja sebagai nurse di hospital tersebut. So..pada sebelah malam, saya menjaganya..dan pada sebelah paginya saya meninggalkan dia sendirian di wad ditemani nurse2 yang terdiri dari kawan-kawan saya kerana saya perlu bekerja di wad yang berlainan. Suami pula menguruskan anak-anak yang masih tinggal dirumah. Disebabkan penggunaan tablet Prednisolon yang banyak pada setiap hari, mukanya menjadi bulat. Kalau kat hospital kita panggil 'Moonface'. So..banyaklah dia ketinggalan dalam pelajaran. dahla baru nak menyesuaikan diri dengan pembelajaran di Malaysia. lagipun dia jenis yang lambat sikit..berjalan lambat, bercakap dulupun lambat.Gambar kat bawah ni selepas dia ambil ubat Prednisolon tu


Mak fikir, dia tertekan dan belum biasa pergi sekolah dengan bawa buku sebeban. Selepas survey sekolah, saya berbincang dengan suami. Kami sepakat memindahkan dia ke sekolah tahfiz kerana fikir sistemya tidak membebankan dan muridnya tidak seramai sekarang. Dia kami tinggalkan diasrama supaya dia boleh berdikari. Tetapi..lain yang diharap..lain pula jadinya. Hampir sebulan disana, dia dijangkiti kudis buta seluruh badan. Allahuakbar! serta merta saya keluarkan dia dari asrama dan merawat jangkitan tersebut dari rumah. Kami ulang alik menghantarnya setiap hari kesekolah tahfiz tersebut. Kalau ada masa saya akan memberitahu ibu-ibu tentang pengalaman menghantar anak ke sekolah tahfiz. Untuk dipendekkan cerita..pengambilan ubat untuk rawatan Neprotic Syndrome selama 6 bulan lengkap. Kudis buta juga sembuh sepenuhnya.

Sekali lagi kami pindahkan dia ke sekolah Tahfiz yang berdekatan dengan rumah dan mempunyai banyak cawangan dengan harapan dia dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana sudah berada dekat dengan kami. Tapi keputusannya tetap mengecewakan. Tak nampak perubahanpun dalam pelajaran kerana ada sistemnya yang terlalu canggih. Lastly kami berpatah balik menghantarnya ke ssekolah rendah kebangsaan yang lama. Kesian! Dia mangsa keadaan sebenarnya. Kami mengharapkan dia mendapat yang terbaik..rupa-rupanya dia banyak tercicir dalam pelajaran kerana sering bertukar sekolah. Pelajarannya sedikit meningkat semenjak dimasukkan kesekolah biasa walaupun tak banyak. Dan kami sedar, dia perlukan lebih penekanan dari rumah lebih dari yang lain..kalau tidak, sampai bila-bilapun dia akan ketinggalan dalam setiap pelajaran.

Anak-anak zaman sekarang sebetulnya bertuah kerana ibubapa mempunyai pelbagai pilihan untuk menghantar mereka ke kelas tuisyen yang terbaik ataupun berkemampuan mengupah cikgu yang terbaik untuk mengajar anak-anak mereka. Lagipun dengan pelbagai kemudahan opembelajaran secara online anak-anak tidak perlu kekelas tuisyen dan hanya menggerakkan hujung jari sahaja untuk membuat pelbagai latihan diatas pemantauan ibubapa. Apa yang saya lihat juga, majlis konvokesyen bukan saja dibuat untuk pelajar untuk Ting 5 tetapi juga untuk anak2 yang tamat sekolah rendah. Hebat! Kecik-kecik dah merasa pakai topi empat segi diatas kepala dan menaikkan lagi semangat mereka untuk terus berjaya.Saya berharap, suatu hari nanti anak-anak kami juga dapat mengejar matapelajaran yang tertinggal dan mengatasi setiap kelemahan diri supaya mereka boleh menjadi anak-anak yang hebat juga! :) InsyaAllah..

01 Jun 2014

Jalan-jalan ambil angin di Kuala Lumpur

Dimusim cuti sekolah ini, kebanyakan ibubapa berpeluang membawa anak-anak ronda2 malaysia ataupun Luar Malaysia. Menurut laporan My Metro 27 Mei 2014, tempat-tempat dibawah haruslah di lawati untuk melengkapkan pengembaraan apabila korang dan keluarga sampai di Kuala Lumpur.

1. Menara Berkembar KLCC

Menara Berkembar KLCC atau dikenali juga sebagai Twin Tower KLCC Petronas ini adalah bangunan tertinggi di Malaysia dan tertinggi di dunia bermula selepas pembukaannya pada 1998 sehingga 2004.Menara Berkembar Petronas KLCC dibina bermula 1 Mac 1993 dan siap pada 1 Mac 1996. Mula dipenuhi dengan pejabat korporat termasuk Petronas bermula 1997 dan mempunyai ketinggian 88 tingkat. Terdapat jambatan yang menghubungkan dua menara ini yang dikenali sebagai Skybridge.

Tiket masuk ke Skybridge KLCC:
Dewasa Tanpa MyKad - RM50
Kanak-kanak Tanpa MyKid - RM25
Dewasa dengan MyKad - RM25
Kanak-kanak dengan MyKid - RM25


2. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur siap dibina pada Mac 1995 dan pada ketika itu dinobatkan sebagai menara tertinggi di Malaysia. Dibina untuk tujuan antena komunikasi dengan ketinggian 421 meter. Ia mempunyai empat lif yang boleh membawa anda naik ke puncak menara dengan cepat.

Tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur:
Dewasa Tanpa MyKad - RM47
Kanak-kanak Tanpa MyKid - RM27
Dewasa dengan MyKad - RM29
Kanak-kanak dengan MyKid - RM19


3. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Birds Park mempunyai keluasan sehingga 21 ekar. Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur berdekatan Taman Tasik Perdana. Lokasinya sangat strategik dan amat sesuai untuk kita lawati, dekat dan mudah.

Selain dapat mengenali pelbagai jenis burung, penulis percaya apabila bersiar-siar di dalam taman itu, kita akan lebih tenang dan tidak pernah terfikir wujudnya lokasi sebegitu di pusat bandar KL.

KL Birds Park mempunyai lebih 3,000 burung di dalamnya dan mempunyai sekitar 200 spesies burung yang pelbagai. Kira-kira 90 peratus daripada burung itu adalah burung yang terdapat seluruh negara manakala selebihnya adalah spesies burung import dari seluruh dunia untuk tatapan pengunjung.

Tiket Masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur:
Dewasa Tanpa MyKad - RM48
Kanak-kanak Tanpa MyKid - RM38
Dewasa dengan MyKad - RM25
Kanak-kanak dengan MyKid - RM12


4. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka juga terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di Dataran Merdeka inilah buah kali pertama bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 selepas kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.

Di sini selalu diadakan sambutan Hari Kemerdekaan saban tahun dan banyak acara besar dianjurkan. Paling sesuai kalau mahu ke sini ialah pada waktu malam untuk menikmati keindahan Skrin Besar dan lampu sekitar Dataran Merdeka.

Untuk menikmati keindahan ini adalah percuma dan boleh mengetahui sejarah lebih lanjut di Internet.


5. Bangunan Sultan Abdul Samad

Nama bangunan ini sempena nama Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ketika pembinaannya. Apa yang menarik, struktur bangunan ini yang unik dan berdasarkan reka bentuk Mughal.

Dulu bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan dan kini ia menjadi bangunan sejarah dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Apabila malam, limpahan lampu warna-warni akan menerangi bangunan ini dan sememangnya cantik kerana cahayanya menyuluh sekeliling termasuk Dataran Merdeka.


6. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Salah satu mercu tanda Kuala Lumpur ialah binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat unik dan cantik. Ia siap dibina pada 1910 dan masih utuh sehingga hari ini. Ia menjadi hab pengantara pengangkutan awam sebelum ia beralih ke KL Sentral pada 2001.

Struktur bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini memang cantik dan anda akan terpesona dengan rekaan bangunan yang mempunyai rekaan Moorish, Mughal, Indo-Saracenic yang ada persamaan dengan bangunan di India.

Banyak sesi fotografi menarik dan rakaman filem tempatan dan luar negara dilakukan di sini.


7. Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu Negara ialah National Monument yang dibina bagi mengingati jasa pengorbanan pahlawan negara yang gugur di medan perang demi memartabatkan negara daripada cengkaman penjajah sewaktu zaman perang.

Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tugu Negara ini siap dibina pada 1966. Lokasinya berdekatan Tasik Perdana dan juga Taman Burung Kuala Lumpur.
Ia tidaklah menarik seperti Bukit Bintang tetapi ia mungkin boleh membuatkan anda kagum dengan rentetan sejarahnya.


9. Jalan Tuanku Abdul Rahman

Sekiranya anda seorang yang suka membeli-belah, boleh ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di sini pelbagai jenis barangan ada dijual terutamanya kain, tudung dan kedai makan dengan tawaran harga murah.

Sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman meriah menjelang hujung minggu sehingga ke malam Ahad. Sepanjang jalan di bahagian lorong Tuanku Abdul Rahman ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga rendah dan pelbagai pilihan.


10. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion ialah gedung beli-belah terkemuka dan paling terkenal di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Bukit Bintang yang sememangnya menjadi kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. Gedung beli-belah yang menyediakan butik eksklusif seluruh dunia ini dikelaskan sebagai gedung beli-belah untuk golongan elit kerana hampir semua butik di sini menjual produk berkualiti dan mahal rekaan pereka luar negara.

Kini, Pavilion menjadi lokasi pengunjung yang bukan saja suka membeli-belah tetapi turut berminat dengan rekaan bangunan Pavilion KL yang nampak mewah dan eksklusif dari luar.

Di buka pada 2007 dan mempunyai lebih daripada 1.4 juta kaki persegi menempatkan butik pakaian, bangunan pejabat, kondominium kediaman dan juga hotel.

11. Yang no.11 ni saya tambah kerana saya memang sukakan makanan. So..kalau korang nak merasa nasi bubur atau kuih muih kampung lagi, jangan lupa singgah di Kampung baru. saya sukakan masakan kelantan kerana separuh darah saya adalah asalnya dari Negeri Cik Siti wan Kembang. Dan masakan kelantan memang mudah diperolehi di Kampung Baru.

Selamat Bercuti :)

Kredit to My Metro

30 Mei 2014

Kalau tengok gambar ni teruja tak?

Dulu..saya hanya bermalam di tempat tinggal yang dipanggil homestay oleh sesetengah orang ketika makan angin diluar negeri sahaja. Seperti biasa sebelum kami sampai disesebuah negara, encik suami akan mencari homestay yang murah tetapi selesa untuk kami bermalam ketika percutian kami. Kini..kami pula yang menjadi tuanpunya homestay untuk memberi perkhimatan yang terbaik untuk korang semua setanding dengan tempat tinggal yang mewah dengan kadar yang murah iaitu hanya rm 240 satu malam.Dan saya akan berada disini lebih kurang 3 kali seminggu untuk membantu encik suami membuat persediaan bagi menyambut tetamu yang sampai samada dari dalam atau luar negara. Mana nak dapat? :) Ini adalah antaranya. Gambar lengkap belum diberi sepenuhnya oleh encik suami.














28 Mei 2014

Homestay Super Murah Area KLCC

Biasanya jika kita ingin bercuti, perkara yang pertama yang harus ada dalam fikiran ialah tempat penginapan. Jika mempunyai anak-anak yang masih kecil anda tentunya ingin menginap ditempat yang selesa, dekat dengan tempat yang ingin dituju dan tuan rumah yang sentiasa sudi menjawab sebarang pertanyaan 24 jam ! Jika bilangan ahli kumpulan yang ingin turut serta dalam percutian melebihi 2 orang dewasa, tentunya ia juga memerlukan anda mengeluarkan belanja lebih untuk menyewa bilik yang kedua supaya percutian anda lebih selesa. Kami mengenakan caj yang amat rendah bagi orang ke-3.Kami menawarkan tempat tinggal seperti 5 bintang tetapi dengan harga yang mampu dan sukar untuk dipercayai untuk 1 malam penginapan. Parkview apartment terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC. Senang untuk mencari tempat makan jika anda anda lapar di tengah malam kerana terdapat deretan kedai mamak berdekatan dengan bangunan ini.


Kemudahan yang disediakan:

Dapur
Pinggan mangkuk & peralatan memasak.
Microwave
Peti sejuk
TV
wifi
Katil saiz queen
Sofa, meja makan kaca
Bilik tidur yang dilengkapi dengan almari pakaian
Aircond
Water heater
Hair dryer
Iron
Towel

Kemudahan Apartment
Gymnasium
Kolam renang
Kawalan keselamatan 24 jam

lokasi yang berdekatan
5 minit berjalan kaki ke KLCC
5 minit berjalan kaki ke Hard Rock Cafe
5 minit berjalan kaki ke stesen LRT bukit Nanas
10 minit berjalan kaki Saloma Bistro
5 min ke Kg Baru dengan kenderaan
15 ke PWTC dengan kenderaan
5 minit ke Wisma MCA dengan kenderaan
10 minit ke Chow Kit dengan kenderaan


Sila hubungi Puan Nor di talian 017 3401573 untuk maklumat lanjut atau Encik Syah 0173430824. Kami akan pastikan anda tidak menyesal untuk tinggal kali kedua selepas pengalaman kali pertama di tempat kami. Percayalah! anda akan berasa seperti dirumah sendiri.

Gambar setiap Apartment akan menyusul nanti.

22 Mac 2014

Bahayanya gejala gadget!


Keputusan SPM baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia ni pandai-pandai sampai ada yang dapat keputusan 12 A. Di kesempatan ini tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, jangan risau kerana tidak cemerlang SPM tidak bermakna hidup sudah berakhir. Tidak masuk U tidak bermakna kecundang...tidak! Jangan sekali-kali fikir anda sudah tewas. Kata Hafiz Hamidun ada benarnya..ini baru permulaan. So Keep up! Rezeki itu sudah ditentukan olehNya yang Maha Esa.

Aduhai! Bila disebut tentang anak-anak, kepala saya jadi bergoyang-gotang. Apa tidaknya..bukan senang nak mendidik anak-anak generasi Y ini. Jika nak dibandingkan zaman saya dengan zaman anak-anak sekarang, memang jauh bezanya. Zaman sekarang, zaman IT. Bagi saya cabaran yang paling hebat ialah bila anak-anak telah didedahkan dengan gadget seperti ipad, telefon bimbit, iphone dan yang sewaktu dengannya pada peringkat permulaan lagi.Saya dapat melihat sendiri perbezaan itu hanya beberapa tahun sahaja . Bayangkan..tahun 2009 fenomena gadget ini tidak berapa begitu meluas lagi. Anak-anak hanya terdedah kepada television itupun tv9 dan tv3 serta tv2 sahaja kerana saya dan suami memang tidak berniatpun untuk memasang ASTRO dirumah kerana kemeriahan channelnya termasuk kartun. Rancangan yang paling digemari oleh anak2 saya pada ketika itu ialah Spongebob, Jimmy Neutron dan Catdog di TV9.Dan siri kartun yang paling glamer waktu itu juga adalah Wonder Pets. Sampaikan orang tua-tua pun boleh menyanyikan lagu latar siri kartun tersebut dengan lancar.

Anak saya yang sulong baru 5 tahun waktu itu dan anak yang ke-2 pula berusia 4 tahun. Balik dari PASTI, saya pastikan anak sulong mengadap buku ANAKKU dulu sebelum diupah dengan cerita kartun kegemaran.Anak yang 4 tahun, saya tidak tekankan sangat membaca kerana menganggap ketika itu masih terlalu awal untuk dia belajar membaca (padahal persepsi saya adalah salah kerana kanak2 sepatutnya belajar bermula dari usia seawal mungkin)! Si anak kecil ini tidak membantah dan tidak merengek langsung ketika disuruh membaca. Pada usianya 5 tahun, Dania sudah pandai membaca buku ladybird dan mengenal huruf2 Iqra.

Tetapi..sekarang tahun 2014, cabaran adalah semakin besar.Budak seawal 1 bulan pun kadang-kadang telah didedahkan kepada benda-benda tersebut. Tujuan asal ialah untuk mendidik dengan harapan si anak dapat tidur dengan lena apabila alunan al-Quran mahupun lagu-lagu rakyat dimainkan. Serta anak-anak dapat duduk diam ketika ibu membuat kerja rumah.Tujuan yang sebenar mula terpesong bilamana anak-anak sudah melekat dan terbiasa dengan gadget. Tiada gadget..tidak bermaknalah hidup. Umpamanya begitulah.

Anak-anak sudah mula demand. Tambahan pulak ada macam-macam perkhidmatan internet ditawarkan. Disebabkan terdedah kepada gadgetlah, anak-anak lebih terror daripada ibubapa dalam IT dan kurang peka kepada pelajaran disekolah. Itu anak saya..anak orang lain saya kurang pasti macamana korang handle masalah ini. Kedua-dua anak lelaki lebih suka mengadap TV atau IPAD daripada mengadap buku.Parah saya jadinya. Anak-anak sudah semakin membesar.

Anak yang sulung kini berusia 11 tahun tidak berapa merisaukan saya sangat kerana asasnya dia dapat dari tahun 2009 lagi.Oleh kerana dia perempuan, sikap matangnya dapat dilihat jika hendak dibandingkan dengan kedua-dua anak lelaki saya. Memang salah saya kurang tegas. nampak saja saya tenang dan mampu mengawal keadaan bila berhadapan dengan kerenah mereka padahal dalam hati ada diri. Sakit!..mencucuk-cucuk.! Jadi sekarang...tiap-tiap malam saya terpaksa menjadi Cikgu Besar seperti dalam cerita Upin Ipin tu semata-mata untuk menyuruh mereka membuat homework supaya duri itu tidak lagi tajam dan boleh melukai diri saya pada masa akan datang ! Kepada puan-puan yang tidak mendedahkan bahan-bahan seperti itu, saya ucapkan syabas! Memang betullah tindakan anda!

24 Januari 2014

Roti Sosej


Memula buat dulu,saya buat doh uli pakai tangan Saja. Semenjak ada BM ni...kerja saya semakin mudah. Resepi kali ni saya guna cik BM jugak. Tapi kalau guna tangan..doh kena uli betul2 biar adunan tidak melekat ditangan..sure jadik jugak. Jika guna cik BM..caranya lagi senang. Campur semua sekali dalam BM. selesai! Resepi asal : dari buku 'Panduan Pemakanan anak sihat & pintar' koleksi Pa&Ma 2006.

Bahan-bahan

400 gm tepung gandum
50 gm gula halus
1 sk garam
10 gm ssu tepung
1 paket yis + 190 ml air suam- biarkan sekejap sampai nampak buih.
60 gm butter-yang telah dicair dan disejukkan
6 batang sosej


Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan kecuali sosej kedalam satu bekas atau BM
2. Uli sampai jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
3. Rehatkan 40 min. Tutup dengan tuala bersih dan lembab.
4. Sementara itu celur sosej dalam air yang mendidih yg telah dimatikan. Celur sekejap saja.
5. Angkat dan sejukkan.
6. Tumbuk doh yang telah kembang untuk keluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama besar.
8. Balut keliling sosej dengan doh tadi. Letakkan diatas dulang yang telah disapu dengan sedikit marjerin atau butter. Buat
hingga habis.
9. Biarkan lagi sampai doh nail selama 30-40 min.
10. Sapukan campuran fresh milk dan kuning telur keatas doh yang telah siap tadi.
11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 min atau sehingga kuning.

selamat mencuba :)

23 Januari 2014

Pizza Mini Bombastik!


Suka makan Pizza kan? Jom! kali ni kita buat sendiri. Buat besar gedabab macam pizza pun boleh nak buat mini pizza pun boleh. Resepinya sama saja. Memandangkan harga pizza tu sebijik dah berapa. Kalau yang anak ramai macam saya ni..berbaloi rasanya kalau buat sendiri. Kalau nak buat tebal macam pizza hut, dapat 2 biji pizza. Dan kalau nak buat nipis-nipis macam dominos tu dapatlah 3 biji, dan kalau nak buat yang kecik-kecik supaya senang anak nak bawak ke sekolah, lagi dapat banyak. Saya dah banyak kali cuba resepi ni memang menjadi. Bila sejuk, dohnya tetap lembut. Saya salin resepi ni dengan Puan Shima isteri Ketua Canseri semasa berada di Rusia dulu. Terima kasih kak Shima..


Bahan untuk doh

300 gm tepung (3 cawan biasa)
180 ml air (1 3/4 cawan)
30 ml minyak zaitun ( 2 sb)
1 paket yis
1 st garam
1 sb gula

Cara-caranya

1. Masukkan bahan-bahan kering. Kacau biar bercampur. Jika guna BM masukkan semua bahan sekaligus.
2. Masukkan air dan uli 15 minit sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat ditangan.
3. Tutup dengan tuala atau letakkan dalam bekas yang bertutup dan biarkan doh mengembang dua kali ganda atau selama 30 min.
4. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang dikehendaki.
6. Letakkan didalam loyang. Biarkan selama 30 minit lagi.
7. Cucuk kulit pizza dengan garfu sebelum meratakan sos dan letak toping.

Bahan untuk toping

4 ketul jejari ketam-dipotong nipis
4 biji cendawan butang-guna yg kering, lepas tu rendam utk lembutkan dan baru dipotong nipis-nipis.
50 gm sayur campur
3 batang sosej
1/2 st garam, serbuk lada sulah, serbuk lada putih
Sos tomato dan Mayonis

Cara-cara

1. Satukan semua bahan untuk toping kedalam satu bekas
2. sapukan sos tomato diatas lapisan pizza
3. Taburkan bahan topin dan paipkan sedikit mayonis diatasnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-230 darjag selama 20 min.

Selamat mencuba ^_^


22 Januari 2014

Lemon Rosemary Grill Chicken

Jika anda pernah mencuba ayam grill di mana-mana kedai, hari ini apa kata kita memasak sendiri pula. Saya pernah dua tiga kali mencuba resepi ini yang saya dapat dari kawan saya Puan Julia dicampur juga menu dari Chef Hanieliza.Rasanya..perggggg....menjilat jari! Gravynya yang pekat, lengkap dengan masam manisnya membuat kita akan teringat-ingat akan keenakannya. Jika dicicah dengan sos cili atau sos tomato..lagilah lengkap rasanya.Anak2 ralit meratah baby carrot dan kentang yang disumbat kedalam perut ayam tersebut yang dicampur dengan pelbagai perasa. Cubalah! anda tidak akan menyesal. Jika tidak mempunyai oven..tidak mengapa kerana anda boleh menggunakan juga pemanggang ajaib yang terkenal dengan keajaibannya itewww!



Resepi Lemon Rosemary Grill Chicken

Bahan-bahan

1 ekor ayam-dibersihkan
1 biji lemon
3 ulas bawang putih-nak tambahpun boleh.
2 sb minyak zaitun
2 sb Rosemary kering
1 sb serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato dibelah 2
5 biji baby carrot
1 biji capsicum- dibelah 4
1 biji bawang besar -dibelah 4
2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 sb gula
sedikit garam

Cara-caranya
1. Lemon, kentang, bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary kasar2.
3. Gaulkan bahan yang ditumbuk dgn minyak zaitun.
4. Ambil sedikit bahan yg ditumbuk tadi dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrot, capsicum dan tomato.
5. Cucuk lemon dengan garfu supaya jusnya nanti keluar apabila disumbat kedalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa biji kentang yg dipotong, carrot dan bawang besar kedalam perut ayam tadi.
7. bakar selama 1 jam dengan suhu 200 darjah atau sehingga ayam masak.
8. Jika menggunakan pemanggang ajaib, ayam hendaklah dibelah 2.
9. Gravy jangan dibuang dan boleh digunakan untuk disiram keatas ayam semasa menghidang.

Selamat Mencuba ^_^



21 Januari 2014

Muffin Coklat

Saya bukannya peminat coklat, tetapi encik suami dan anak-anak merupakan peminat tegar apa jua jenis coklat. Jadi saya terpaksa juga mencari resepi yang berasaskan coklat untuk mereka. Maka terciptalah muffin coklat ini hasil dari blog kegemaran saya Joy Of Baking. Sebenarnya muffin ini boleh diletakkan frosting kalau mahu..tetapi saya tidak suka cara yang merumitkan maka saya ambil separuh sahaja resepi yang Joy sediakan.Dan buttermilk saya tukar dengan whipping cream jenama Anchor. Resepi ini juga untuk Oja yang berada di Moscow... ^_^.


Muffin Coklat

Bahan-bahannya

Bahan A
230 gm tepung serba guna- macam biasa saya gunakan tepung gandum yang diayak.
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
265 gm gula perang- boleh dikurangkan jika taknak manis
1/2 st garam
60 gm serbuk koko.
100 gm coklat chip

Bahan B

2 biji telur yang dikacau perlahan.
240gm whipping cream-jenama Anchor
113 gm butter yang dicair dan disejukkan.
2 st esen vanilla.

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan A kedalam mangkuk yang besar.
2. Campurkan semua bahan B. Kacau sebati guna senduk kayu atau spatula.
3. Masukkan bahan B kedalam mangkuk yang mengandungi bahan A.
4. Masukkan 2sb adunan kedalam cup yang disukai.
5. Bakar dalam masa 20-25 min dengan suhu 190 darjah atau sehingga masak.

Selamat Mencuba! ^_^

20 Januari 2014

Apam Nasi Sejuk


Saya sangat suka apam, tak kiralah apam jenis apapun. Belek punya belek..terjumpalah resepi yang memang simple dan boleh dicuba oleh sesiapa saja dari blog Ceria Rsepi. Sebelum ini saya memang ada terbaca tentang apam beras dalam facebook..tetapi saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Lagipun pada saya apam elok dibuat pada waktu pagi untuk sarapan atau pada waktu petang untuk kudapan. Tungggu punya tunggu...akhirnya tiba jua waktu untuk saya berapam kerana terdapat lebihan nasi semalam. Ingatkan saya seorang saja yang suka apam ni..rupa-rupanya semua budak-budak dalam rumah ni pulun! Sekelip mata saja apam saya habis! Adib lagilah..siap order...nak lebih kelapa...intai punya intai, ratah kelapa lebih dari apam rupanya!

Resepi Apam Nasi Sejuk

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 3/4 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 packet mauripan@ibu roti
pewarna

kelapa parut dan garam - gaul

Cara-cara

1. Masukkan nasi dan air kedalam blender dan kisar sampai hancur.
2. Masukkan gula, dan kisar lag.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung beras dan mauripan. Sebatikan.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam mangkuk yang mengandungi bahan kering. Kacau menggunakan senduk kayu.
5. Jika ingin memasukkan pelbagai pewarna, bahagikan bekas mengikut bahagian yang ingin diwarnakan.
6. Perap adunan selama 2-3 jam.
7. Panaskan pengukus dan lumurkan sedikit acuan dengan minyak supayatidak melekat selepas dikeluarkan.
8. Kukus selama 15 min.
9. Bila dah sejuk..bolehlah dimakan bersama kelapa parut tadi.

Selamat Mencuba! ^_^

19 Januari 2014

Muffin Chocolate Chip mudah


Sebetulnya saya tidak berminat untuk membuat muffin..kerana menyangka proses untuk membuatnya adalah rumit dan memerlukan bahan yang banyak. Disebabkan saya kini berada sepenuh masa dirumah dan selalu follow page di facebook berkaitan dengan masakan seperti 'resepi ummi', 'kek dan puding lazat untuk dikongsi', hati saya tergerak untuk membuat muffin seperti diatas. Resepi ini saya temui dalam blog 'joy of baking'. Melihatkan bahan dan cara buat yang mudah kerana ada cara-cara yang ditunjukkan oleh blog ini tentang setiap masakan yang dihasilkan..maka terhasillah muffin chocolate chip ini.

Chocolate Chip Muffin

Bahan-bahan

Bahan A
260 gm tepung serba guna. Tapi saya guna tepung gandum-diayak
135 gm gula
1/4 st garam
2 1/2 baking powder
1 cawan chocolate chip
135 gm gula putih

Bahan B
113 gm butter yang dicairkan. Kalau guna unsalted butter tak payah masukkan garam.
2 biji telur saiz B- dikacau lembut.
160 ml fresh milk
1 1/2 st esen vanilla

Cinnamon Sugar Topping:

1 sb gula kastor
1/2 st serbuk kayu manis
Campurkan kedua-dua bahan ini dan ketepikan.

cara-cara
1. Masukkan semua bahan A kedalam satu bekas dan gaulkan sebati menggunakan senduk kayu/ spatula. Sementara itu panaskan oven
dengan suhu 190 darjah C.
2. Di dalam bekas lain, masukkan bahan B dan kacau sebati juga.
3. Masukkan semua bahan B kedalam bahan A.
4. Gaul sebati menggunakan tangan. Jangan terlebih kacau, nanti adunan menjadi keras.
5. Masukkan satu sudu besar adunan kedalam cup yang bersesuaian.
6. Taburkan topping keatas muffin sebelum dibakar.
7. Bakar dengan suhu 190 darjah selama 20 min atau sehingga masak.
8. Gunakan rak tengah dan dengan api atas bawah.


Selamat mencuba :)