Hari ni aku nak cerita pasal cheese plak. Dan ini merupakan pengalaman yang agak mengerikan bagi diriku dan keluarga waktu mula2 sampai dulu. Anak-anak memang dari Mesia lagi suka sangat makan cheese. Memandangkan cheese kat sini murah dan ada macam-macam jenis, apalagi..kami borong sakanlah..macam2 cheese kami angkut tapi dari brand yang sama...yang telah diberitahu oleh jiran yang terdahulu boleh dimakan.
Tup2 time nak bayar...kat kaunter ni..minah cashier ni belek2 dan pandang muka kami. Pastu dia kata "nyet (maknanya tak boleh). Oleh kerana kami ni masa tu masih baru lagi..tak fahamlah apa yg dia cakap nyetnya...padahal cheese tu takde gambar daging pun..cuma warnanya kaler cam oren dan ada cam bintik2 sayur kat dlm tu. Pastu dia asingkan yang mana boleh dan yang mana tak boleh sambil menyebut "haram!haram!"
Tergamam aku dan papanya sekejap. Fuh! nasib baik..Kalau tidak kami dan anak2 dah makan menda 'tut' kat rumah. Sementelah lagi presentationnya agak menarik. Kami mengagak minah tu mungkin islam dari keturunan tan2. Kat sini ramai org2 Turkmenistan dan seangkatan dengannya (Uzbekistan, Tarjikistan dll). Mungkin minah ni salah seorang dari keturunan Tan yang beragama Islam di Rusia ni. Aku dan papanya tak putus2 mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya.
Bila pergi untuk kesekian kalinya...aku cuba mencarinya..tapi tak pernah terserempak lagi. Moga2 kami dapat berjumpa lagi..
1 ulasan:
Alhamdulillah...nasib baik!! kalau takkkkkk....!!!
Catat Ulasan