28 Februari 2011

Pengumuman Tentang Special GA From Moscow

Salam untuk semua pembaca budiman!


Bermula hari dan detik ini diumumkan  " Special GA from Moscow" telah tamat dengan rasminya. Sebarang penyertaan selepas ini tidak akan dilayan. (ewah!ewah!..cam ramai sangat nak join ko punya GA kan?)hehehe...


Bukannya apa tau! saya tengah pening ni. Bukannya pening sebab tak sihat atau terlebih tido ke haper...pening dok memilih pemenang untuk GA saya ni. Fullamak! Pesertanya hebat2 belaka. Tersandar kejap saya sambil menepuk dahi..yang mana satu di antara korang yang layak menjadi pemenang bertuah tersebut..disebabkan itu..saya terpaksa menambah lagi  bilangan pemenang untuk kategori saguhati...


Nama pemenang yang bertuah akan saya umumkan seminggu seminggu selepas ini. That mean 8/3 nama semua pemenang akan saya paparkan dipapan putih blog ini. So..kepada korang yang menyertai GA ini..rajin-rajinlah menjenguk shoutbox masing2 untuk menanti panggilan dari saya.

27 Februari 2011

Akok

Sebut saja Akok...terbayang rupa parasnya yang berkedut-kedut tetapi amat enak rasanya...dengan lemak merdunya ibarat org tua yg sudah bongkok tiga..tetapi banyak pengalamannya..hmmm..bermadahlah plak saya ni...kalau balik Terengganu..Encik asben akan singgah di tepi2 jalan yang ada gerai menjual akok.

Bila kat sini saya terpaksa mencuba So..pandai-pandailah buat jika ingin hasilkan dlm jumlah yg sedikit. Semasa dibakar..ia akan menggelembung tetapi korang jangan bimbang...sebaik saja keluar dr oven akok ini akan mengecut dan akan menghasilkan kedutan yang diimpikan...


Bahan-bahannya
  • 12 biji telur- boleh kurangkan 8 biji telur
  • 800 ml santan (saya guna 2 bungkus santan serbuk)
  • 350 gm gula melaka -kalau tak nak manis..boleh kurangkan.
  • 1/2 st garam.
  • 1/2 st esen pandan sbb daun pandan terhad.
  • 400 ml air suam
  • 140 gm tepung gandum

Cara-caranya
  1. Masak gula melaka bersama air sehingga cair. Sejukkan.
  2. Blend semua bahan lain sehingga sebati di dalam blender.
  3. Campurkan bahan yang diblend tadi kedalam gula melaka yang telah disejukkan.
  4. Panaskan oven 200 darjah
  5. Sapu acuan dengan marjerin supaya akok tidak melekat.
  6. Masukkan satu senduk bahan tadi dan masukkan kedalam acuan.
  7. Bakar selama 10-15 min dengan suhu 200 darjah C (bergantung kepada dapur anda)

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.

25 Februari 2011

Hari Semakin Dekat

Assalamualaikum dan Selamat tengahari..

Time ni saya nak mintak maaf sebab tak dapat menjejaki korang yang singgah di blog ini dan meninggalkan jejak di ruangan komen mahupun di shoutbox. Tengah bersiap nak keluar..ada keja memanggil ni...so malam2 sikit InsyaAllah..kalau ada peluang..saya akan susuli okes!

Seblom tu..saya cuma nak ingatkan yang SPECIAL GA FROM MOSCOW dah nak sampai kepenghujungnya. Untuk korang yang menyertainya..sabar-sabar ya! Lambat atau cepat..hadiahnya akan saya kirimkan jugak..tapi yg pasti bukannya dr sini. Kalau boleh pos tangan lagi bagus....boleh kenal2..saya akan cuba sedaya upaya memberinya dgn tangan ini sendiri. InsyaAllah..

Senarai peserta juga akan saya sertakan..oklah..dah lambat, saya gerak dulu..bye!bye!

22 Februari 2011

Lagi Gambar Gempa Bumi Di New Zealand

Terima kasih kepada saudari Lumut tentang info tentang link ni. So kepada sesiapa yg ingin melihat kejadian tersebut dengan lebih jelas dan nak tengok lagi byk gambar sila klik kat bawah .

http://www.nzherald.co.nz/nz/news/image.cfm?c_id=1&gal_cid=1&gallery_id=116921#7381067

Sesungguhnya setiap kejadian itu..ada hikmahnya.  Renung-renungkanlah...dan Selamat beramal..peringatan  ini adalah untuk diri sendiri juga serta korang2 di luar sana.Hari ni dorang yang kena..esok lusa giliran kita! siapa yang tahu kan?

Gempa Bumi di New Zealand

Sambil melayan Adib..mata saya tertarik dengan berita tentang gempa bumi yang berlaku di Christchurh, New zEAland yang disiarkan di siaran CNN secara live sekarang  . Banyak betul gempa bumi sekarang. Ekoran  peristiwa tersebut airport Christchurh ditutup. Gabenor bandar tersebut mengatakan mungkin 200 penduduk masih terperangkap di dalam bangunan. Berpuluh-puluh  nyawa turut terkorban. Biasala kan..kalau apa2 bencana berlaku di mana-mana areapun semua sekolah  ditutup. Jom kita layan gambar yg sempat saya snap tadi..



*
*
*
*
*


*
*
*
*
*


*
*
*
*
*


Terukkan? Nasib baik kat sini takde bencana alam seperti gempa bumi ni. Yang adanya pulak suhu sejuk yang melampau cam Perempuan..Isteri dan Dot..Dot tu! 

21 Februari 2011

Jalan-jalan Moscow (Part 2)

Jika datang ke Moscow..memang tak sah jika tak singgah di istana Aladdin ni...iaitu Kremlin yang juga dikenali dgn nama Red-Square. Saya panggil istana Aladdin sebab bentuknya cam dalam cerite kartun tu..macam dalam mimpi dapat tengok bangunan-bangunan yang klasik tersebut. Tak dapat tidak..sekeping foto mesti diabadikan disini..menandakan sahnya kunjungan korang ke Moscow. Tempat wajib! ingat..tempat wajib bergambar! Biasanya macam-macam aktiviti yang dapat dilakukan disini samada time Winter, Spring, Summer ataupun Autum. Kalau drive dari rumah saya, 10 minitpun dah boleh sampai.

Kredit to Saiful Nang untuk foto ini.



Tempat outing adik2 student..

Saiful Nang pun dah sampai..

kat belakang tu deretan gerai yg menjual souvenior..gambar ni diambil sms winter last year..suhu tak berapa sejuk sangat..
Mainan yang dijual di gerai tersebut..tetapi..semuanya dalam bahasa Russian..
Seperti biasa souveniour pun ada. 

Inilah Moscow State Historical Museum yang menyimpan berbagai koleksi sejarah Russia seperti mata wang dan tinggalan barang2 lama yang lain.
  
Time winter..dibuka pusat untuk bermain ice-skating kat tengah2 area Kremlin ni..

Istana Aladdin yang saya katakan tu..St Basil Cathedral nama betulnya..

lenguh jugak kaki nak berjalan dari hujung sana ke hujung sini. 

Red Square mempunyai 2 shopping kompleks. Kat belakang tu merupakan salah satu daripanya yang dikenali dgn nama GUM. Segala jenis macam kedai ada kat dalam tu..Reganya..adui mak! mahal..kalau nak shopping..kena carik tempat lain.Tempat shopping.ni rasanya untuk orang2 kaya mereka jer...berposing dgn kazen encik asben yang datang sini last year atas urusan kerja. 

Tempat ibu2 berposing jugak. Bersama isteri mantan Duta Besar Moscow ke Russia..Datin S...

Bangunan belakang tu ada kubur Lenin.  Nama bangunan tu Mouseloum Lenin. Ada yang kata Lenin diawet cam Firaun tu supaya mayatnya tidak reput..tak tahulah ya atau tidak. Dibuka kepada umum setiap hari kecuali hari Isnin dan Hari Jumaat sahaja.  Nak masuk tapi belum berkesempatan lagi...ditambah pulak dgn perasaan takutpun ada. 

Tempat  posing utama pada hari raya atau pada  graduation days bagi bakal-bakal doktor ini .. 

18 Februari 2011

Jalan-jalan Moscow (part 1)

Sebenarnya banyak tempat-tempat yang best kat Moscow ni samada untuk shopping atau untuk ambik angin. Okey..tempat pertama yang saya ingin bawa korang jalan-jalan ialah Lenin Hill. Tempat ini jaraknya dengan tempat tinggal kami hanya 15 minit naik bas nombor 7. Time yang paling best nak jenjalan ialah musim summer. Tapi Winter ni..mintak ampun..mintak maaf ler..tak kuasa nak keluar ronda2 dgn suhu kekadang mencecah -26. Apa yang ada di Lenin Hill? jom kita sama-sama tengok.


Kabel car seperti di Genting Highland. Tapi yang bezanya kabel car ni tidak bertutup. Tengok gambar kat atas tuh! Bayarannya 200 Rb(rm 20) untuk dewasa dan 100 Rb (rm 10) untuk kanak-kanak. 


Luzhniki Stadium 

Terdapat bermacam-macam souvenior dijual . Tidak hairanlah kawasan ini turut menjadi  tumpuan pelancong.

Harga kat sini mahal sikit.  

Juga tempat budak2 bermain roller blade. Mintak maaf lah..ada gangguan kat sebelah tu dgn gambar mak buyung. Masa ni saya sedang mengandungkan Adib!

 Hmm..yang nipun ada. leka juga kitorang dibuatnya.

Nak belajar..atau baru nak belajar..jatuh banyak kalipun..dorang2 ni tak kisah..buat tak tahu jer..

Nampak bangunan Moscow State Universiti

Dah puas belajar sehari suntuk..last2 boleh jugak main roller blade..berbaloi..di Lenin Hill.

17 Februari 2011

Jemput makan..

Hari ni tak sempat nak masukkan entry berat coz jap lagi nak keluar..ada hal..agaknya petang baru balik kot! Jadi sambil menunggu Adib bangun..saya taip ler dua tiga patah perkataan sebab takut rumah ni cam sunyi pulak..takde benda baru. Macam nilah kami..ibu2 yang tidak bekerja ni..dalam seminggu kadang2 ada dua kali kami terlibat dgn kerja kat luar. Meringankan otak yg berat dan mengambil angin sambil bertemu kawan2 dan bertukar cerita. Best kan?

Cucur campur nama diberi
Biasanya setiap kali kami berjumpa..makan-makan memang tak pernah miss. Pot luck sikit sorang. Dah jumlah kami ramai..bila sorang sikit bawak..lama2 bertimbun gak makanan tu!  So..hari ni saya buat cucur ajelah. Campuran ikan bilis, kentang , daun bawang dan tauge. Dicicah ngan Sos Cili. So..saper2 nak join..silalah jemput makan sama...hehe.. Sila-sila jangan malu2..

15 Februari 2011

London ( Part 2)

Hari ke-2 di London, kami menyusun setiap aktiviti yg hendak dilakukan supaya masa yang terhad digunakan sebaiknya. Nasib baik kami ada adik ni juga seorang blogger dan masih menuntut di sana untuk membawa kami jenjalan pada hari tu. 

Di salah satu stesen train underground

Dah nak naik train

Me..and as usual..Adib..

London Bridge
Sempat lepak2 jap..

Depan Buckingham Palace

Salah satu park yg terdapat di sana



Oxfoxd Street
Ok..dah tiba masa untuk shopping pulak...

Terima kasih untuk Long Hafizz kerana sudi menjadi tourist guide kami pada hari tersebut.

Lenkali kalau pergi London, bolehlah kami boleh singgah di rumah Ishamizu pula..kan? (^_____^)

14 Februari 2011

London (Part 1)

Lepas banyak citer pasal makanan..saya nak lencong balik ke edisi utama iaitu tentang percutian kami yg seterusnya. Selepas menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam di Venice our family berlepas ke London pulak. London?..memang best tak ingat! Syurga makanan kita selain mesia katakan! Dan kalau ada duit lebih..boleh juga dikatakan syurga shopping! Time sale lah kan! kalau waktu lain..boleh kopak poket dibuatnya.

Merasa pengalaman naik train kat London.  Sampai epot..cari train 'Underground' menuju ke destinasi penginapan. Selepas dua kali bertukar train..kira-kira pukul 6 kami sampai ke Stesen Dollis Hill.  Cuma nak bagitau..jika nak naik train..kena betul2 mahir ttg perjalanan train2 tersebut sbb ianya banyak stesen dan banyak kali kena tukar line/train untuk ketempat2 utama. Tetapi jangan bimbang sbb orang kat sana 'very peramah' tak macam kat Moscow ni!

Memandangkan time ni musim winter..pukul 6 pm macam dah pukul 9, 10 waktu di Mesia. Hari dah gelap. Tambahan pulak hujan turun renyai2. Sampai di stesen tu..kami menunggu kedatangan tuan rumah tempat kami menginap iaiitu Encik Ahmad..anak jati kelantan yang telah 27 tahun menetap di London.

Sampai ke tempat penginapan..masing2 dah letih..so..rehat ajelah dan kumpul tenaga untuk berjalan besok pulak. Gambarpun tak banyak utk di snap..

13 Februari 2011

Roti Canai Moscow

Selamat pagi dan Assalamualaikummm...

Seperti yang dijanjikan..saya akan share cara-cara membuat roti canai yang amat simple step by step. Saya agak orang2 kat Mesia tak heranpun sebab anda semua boleh mendapatkan roti canai bila2 masa saja di kedai2 berdekatan...atau di kedai mamak berhampiran. Betul tak? Yg teruja sangat nak tahu cara2 buat roti canai ni kebanyakannya orang2 yg duduk kat negara luar macam saya ni..Saya agak jer la! kalau tak betul telahan saya..maafkan saya yer sayang2 semua...:)

Oklah tak nak banyak2 melalut..jom kita masuk dapur!!! Bahan-bahan yg diperlukan ialah...1 kg gandum, 3 cawan air sejuk biasa ( tengok cawan yg saya gunakan dan TIGA..bukan 2 seperti diatas ), 1 1/2 st garam, sdkt marjerin atau minyak sapi utk di sapu pd doh.

Memula..saya masukkan semua bahan dalam Encik bread maker (BM). Bagi dia buat kerja2 ni.. sbb encik kita ni banyak tenaga. Anda toksah dok bazir2 masa menguli. Perlu diingatkan..air hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tu rata dan doh yg terhasil cantik. Seperti biasa tekan menu ' dought'.

Buat 2 kali adunan. Maksud saya...kali pertama tu dia akan pause kan? So..stopkan cepat2 BM dan on lagi sekali sampai adunan betul2 lembut dan terhasil spt di dlm gambar. 

Masukkan doh tadi kedalam bekas yg lain dan tumbuk2 sikit doh supaya angin keluar..

Bentuklah doh bulat-bulat. 1 kg gandum, saya dapat dalam 20 biji..hasilnya besar sikit berbanding doh yg saya buat sebelumnya. Tapi.saya nak bagitau..20 bijik tu memang elok-elok besar doh yg terhasil ..takyah nak kecik atau nak tambah besar doh. Maknanya..1 kg buat bulat2 bagi dapat 20 bijik.!! Lumurkan doh dgn marjerin atau minyak sapi spy ianya tidak melekat diantara satu dgn yg lain. Tutup doh dan biarkan selama 2-3 jam.

Kepada anda yg pandai tebar..boleh mula menebar. So..kepada anda yg ada talam seperti saya (sila guna beakang talam)....lumurkan tgn anda dgn minyak..renjis-renjiskan sedikit ke permukaan talam..kemudian..tarik2 doh tu perlahan2 sehingga menjadi spt di dalam gambar. Renjis-renjiskan minyak lagi sekali..baru lipat. 

Seperti ini.

Gorenglah menggunakan api yg perlahan dan balik-balikkan selalu supaya hasilnya tidak keras.

Balik lagi..

Adik2..kakak2..jom jemput makan roti canai Moscow!!! Sedap dimakan dgn kuah dal, kuah kari, gula ataupun susu pekat manis.