18 November 2009

Kagumnya aku

Dah banyak hari aku tidak menjenguk teratak kesayanganku ini. Tugas sebagai ibu dan surirumah terisi sepenuhnya. Maklumlah sibuk. Ha..ha..kekadang sibuk ngan benda2 yang takde kaitan dengan 'dunia' surirumah ni.Kesibukan ini membuatkan aku lupa sekejap tentang dunia luar. Begini rupanya kepenatan yang harus dilalui oleh setiap ibu2 yang kerjanya 24 jam dirumah..menjaga anak, mengemas rumah, mencuci baju ,menyapu sampah dan membuat kerja lain yg sewaktu dengannya.

Aku berfikir sejenak dan jadi kagum dengan ibu2 yang bekerja dirumah... sambil menguruskan rumahtangga dengan jayanya tanpa pembantu. Bagaimana mereka dapat mengatur waktu dengan begitu sempurna. Mampukah aku menjadi seperti mereka?

1 comment:

ain said...

Insyaallah...kalau pandai menguruskn masa dgn bijak, semuanya boleh. Mcm akak, hubby nak carikan helper, tp akak lbh suka memguruskan segala2nya sendiri. penat mmg penat, tetapi every end of d day, hati rasa puas!!