Dua hari lepas Adam mengadu sakit dada. Patutlah..aku dengar dia batuk bunyi macam tak puas saja. Bukan sakit dada kerana sakit jantung tetapi akibat terjatuh di kedai sukan. Aku tak perasan time bila dia jatuh sebab asyik dok membelek baju. Aku cukup risau kerana dia tak pernah menunjukkan kesakitan yang dia alami. Malam tadi..aku ajak dia tidur dibilikku.
Hari ini aku melihat perkembangannya. Seperti biasa..dia asyik melompat kesana kesini. Aku cuba memerhatikan keadaannya setiap kali dia batuk. Juga seperti semalam. Tak lepaskan batuknya kuat-kuat seperti kebiasaannya..dia tak nampak seperti didalam kesakitan. Tetapi aku tahu..camana perangai anakku yang sorang ini. Dia masih lincah, bermain, makan dan bergaduh dengan Dania. Kerisauanku sedikit hilang melihat dia bermain riang seperti biasa...walaupun kadang-kadang kedengaran dia lepaskan batuknya yang membimbangkan aku.
2 ulasan:
anak nur pon tgh tak sihat.. boleh kata semua batuk + selsema dan demam. sekarang aku punya turn pulak.. huhuhu semoga kita semua sihat.. amin..
Itulah pasal. Anak2 aku ni jenis tahan lasak...tak mengadu sikitpun kalau ianya tak berapa sakit. Kalau demam sekalipun..mereka tak pernah merengekpun.
Catat Ulasan