28 Jun 2012

Ge-girl or Bo-boy?

Hah! Sedar tak sedar kandunganku dah nak masuk sembilan bulan. Dah hampir 34 minggu dah! Perasaan ini bagaimana? Bagaimana ek? Hepi sebenarnya walaupun baby ni merupakan cahaya mata yang ke-4. Adib bakal dapat adik! Cam baru semalam aje aku melahirkan Adib..mendodoikan dia..menyusukan dia...tup!tup! nak dapat baby lagi. Alhamdulillah rezeki yang Allah Taala bagi ini memang ditunggu2 terutamanya oleh Dania, Adam serta Adib yang sudah mula mengerti akan kehadiran 'bakal' orang baru dalam hidup mereka.

Hello!
                                                            Adakah baby ini baby girl atau baby boy? Aku tak kisah janji semuanya berjalan dengan lancar. Baby ini lahirnya sempurna dari segi mental dan fizikal. Minggu depan Adib dah genap umurnya 3 tahun. Elok-eloklah  time ni baby hadir dalam hidup kami. Diapun cam tak sabar2 nak tunggu baby baru dalam hidupnya.

Or me? Bo-Boy...
Jangkaan untuk saya bersalin adalah 16/8/2012 tetapi kebiasaannya saya akan sampai due 2 minggu sebelum EDD yang sebenarnya. Walau apapun, doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah..:D

17 April 2012

Dah kena oncall dah!

Minggu ni saya kena tagging kes2 skop selama 2 minggu. Ahak! malam tadi malam first. Sepatutnya saya kena datang sebab ada emergency kes. Tapiiii.....disebabkan handphone abis bateri, saya tak on telefon. Tak sangka pulak ada kes pagi tadi. Bila saya on jer phone pada pukul 8.am, ambik nak! ada 11 miss call dari tempat kerja. Maknanya terlepas ler saya untuk kes malam tadi.

Untuk makluman, kes-kes skop ni biasanya ada 5 prosedur. Yang pertama dipanggil Colonoscopy, yang kedua OGDS,yang ketiga OGDS + Colonoscopy, yang keempat OGDS+ sigmoidoskopi dan yang kelima Sigmoidoskopi. Untuk hari biasa prosedur ini dijalankan pada hari Rabu dan Jumaat. Tetapi jika ada kes2 emergency seperti bleeding +++, pukul 2 atau 3 atau 4 pagipun kitorang akan dipanggil. Gerun jugak dibuatnya.

Tapi jika kena oncall dengan pakar yang best, semua benda berjalan lancar. Namun..jika oncall dengan pakar yang "laser terlebih" kita akan jadi kelam kabut.

Harap-harap selepas ni takdelah lagi saya terlupa untuk onkan saya punya handphone. Kesian member.

 

06 April 2012

Manual bukan Auto

Eh! Eh! Dah lama saya tak bawak kereta. Hopefully saya still ingat macamana nak guna gear dan brek. Diam tak diam..bimbang tak bimbang, hampir sebulan saya drive kereta secara manual ke tempat kerja. alhamdulillah...tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Seminggu sebelum drive tu..igauan buruk asyik menghantui tidur saya. Risau punya pasal.

Yang kelakarnya, first time bawak..kelajuannya dalam 40 km/j sahaja. Kalah kura-kura lembabnya. Ha! Sekarang ni ambik nak..kadang2 boleh mencapai 120km/j. Brutal tak mak orang ni...hahaha . Dulu nak potong keta kat depan memang tak berani..sekarang ni..kalau kereta depan lembab sikit...hmm..dalam hati dah mula merungut...rasa diri dah hebat sangat dah ni...korang jangan meluat ok...:) Dan memula start bawak keta sebulan lepas..kadang enjin boleh mati kat tengah jalan yang jem. tapi sekarang ni..alhamdulillah...sudah pandai dah mengkontrol gear, break dan clusch.

Kadangkala ada orang tanya kenapa tak guna kereta auto..senang dan tak penat tangan. Tapi sebetulnya saya lebih selesa drive kereta jenis'manual'. Lebih trill tetapi enjoyed.

14 Mac 2012

Bagaikan Tongkang Pecah

Alhamdulillah..sabtu lepas 10 Mac dalam pukul 1pm, barang-barang dari Moscow yang dimuatkan didalam kontena telah selamat sampai dengan jayanya. Semua barang-barang selamat. Tidak pecah dan tidak ada yang hilang. Tetapi mata ini terpaksa menahan sakitnya melihat rumah penuh dengan barang dan masih tidak teratur kedudukannya.

Jika ada masa terluang selepas balik dari kerja dan jika ada kesempatan, saya dan encik husband cuba menyusun dan mengemas mana-mana yang patut. Maklumlah..rumah kami tidaklah sebesar dan seluas mana. Cukup2 untuk kami dan ahli keluarga terdekat bemalam sahaja.

Minggu depan..saya sudah mengambil cuti selama seminggu supaya dapat menghabiskan masa mengemas rumah. Moga-moga semuanya dapat diselesaikan. Dan untuk teman-teman yang mengirimkan barang untuk keluarga tersayang..saya available dihujung minggu ini dan sepanjang minggu depan. Jika nak datangambil barang..bolehlah calling-calling saya atau encik husband saya. Bukan apa..untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dirumah kami...:yang sempit ini.

(^__________^)

19 Januari 2012

Bila anak-anak mula kesekolah

Minggu ini merupakan minggu ke-2 Adam dan Dania bersekolah di Sek.Rendah.BSP. Minggu pertama berlalu dengan penuh rungutan, bebelan dan tidak puashati daripada mereka berdua. Macam-macam keluhan..tetapi kami berdua buat pekak badak ajer..buat tidak faham. Saya yang memang sarat dengan pelbagai benda dalam kepala ni..lagilah buat tidak tahu..tetapi suami saya tu..lain sikit sabarnya. Adalah benda yang dia bagitau pada budak2 berdua tu sampaikan Dania sudah tidak mengeluh lagi..begitu juga Adam..walaupun tak banyak..tapi bolehlah menerima pakai alasan yg diberikan oleh papanya.

Apabila mereka bersekolah diwaktu petang..saya menghantar mereka transit di Madrasatul  quran yang berhampiran sekolah. Nak menghantar ke kelas  Kafa, memang tidak boleh disebabkan tiada orang yg hendak menguruskan mereka pada waktu tengahari kerana kami suami isteri bekerja di Putrajaya. So di Madrasatul quran tu..memang tempat yg paling sesuai kerana Madrasah tersebut menyediakan perdidikan yg setaraf dgn kelas Kafa dan mereka juga bertanggungjawab mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Ringanlah sikit kerja kami.

Bagi Adib pula, kami tempatkan dia di Taska yang dulu. Cuma Adib semenjak dua menjak ni macam tidak berapa suka ditempat tersebut. Maklumlah sudah biasa berkepit dgn saya 24 jam..maunya dia berpisah sehari suntuk..Setiap kali menghantar Adib ke taska..pastilah tangisan yang mengiringinya..hmm..hati tabahlah!

Buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk bertukar ke klinik yang berdekatan dengan tempat tinggal saya supaya mudah untuk menguruskan budak2 ni. Nak buat kerjapun hati senang.

Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Jazakumullah..

06 Januari 2012

Begini rupanya

Ini baru permulaan...baru gear pertama selepas menghidupkan enjin..belum masuk gear kedua dan seterusnya.ya! Lelah mula terasa. Semput? Memang..bayangkan...kami sampai ditanahair pada 1 jan 2012. 2 hb..kami dpt merehatkan badan seketika. 3 hb saya dan suami dikehendaki melaporkan diri untuk kembali bertugas di tempat kerja masing2. Rehat masih belum mencukupi..letih menaiki pesawat selama 15 jam masih belum hilang.

Dalam pada itu suami saya terus memecut ke gear yg ke-3. Badan memerlukan rehat yg cukup tapi masa tidak mengizinkan. Benar2 suntuk. Berkejar ke Jabatan pendidikan negeri selangor kemudian bergegas pula ke pejabat pendidikan daerah. Sebelum ini kami menjAngkakan urusan kemasukan anak ke sekolah mengambil masa yg lama berdasarkan kepada cerita orang2 yg berpengalaman sebelum ini. Tetapi alhamdulillah..dalam masa 2 hari suami saya berjaya mendaftarkan anak2 hingga dapat masuk terus kesekolah yang dipilih pada keesokan harinya.

Kedua2 anak saya belajar pada sesi sebelah ptg...pada hari pertama persekolahan kami hanya sempat berjumpa dgn guru kelas anak2 sahaja. Adam dan dania tidak berkesempatan utk berkenalan dgn teman- teman barunya pun kerana kami kesuntukan waktu dan perlu berkejar ke Lapangan terbang Subang untuk menaiki firefly ke kedah pula.

Kami bersyukur kerana telah mengambil keputusan yg betul dgn tidak transit dimana2 negara sebelum balik for good ini. Jika tidak..entahlah! Bagaimana agaknya keletihan yg perlu ditanggung!

Buat masa sekarang inilah realiti kehidupan yg perlu ditempuhi...masih bercuti dan perlu bersedia utk menjalani kehidupan yg normal tapi penuh dgn kesibukan.

04 Januari 2012

Seperti Rusa Masuk Kampung

Sebelum ini saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya bila saya menjadi rusa tersebut...tetapi semalam...hari ini dan hari2 yang berikutnya saya dapat merasakan perasaan tersebut. Lost! Seperti saya tidak pernah bekerja di sini. Padahal baru 2 tahun setengah ia ditinggalkan. Pembaharuan  dari segi organisasi ,pemodenan dari struktur dalaman tempat kerja saya begitu memeningkan kepala. Pergi sana sesat..pergi sini sesat..bayangkan banyak mana perubahan yang telah wujud sepanjang peninggalan saya yg baru setahun jagung ini.

Pada hari pertama melaporkan diri..saya terkial-kial mencari unit2 tertentu. Perubahannnya begitu drastik. Pergi kebahagian admin..orang yang masih saya kenali hanya tinggal dua tiga orang termasuk CC. Memandangkan CC juga merupakan jiran saya di bandar Seri Putra..maka senanglah sikit saya berurusan direct dengannya berkaitan gaji, sistem SBPA yang baru diperkenalkan serta urusan2 lain. Hanya tinggal sign jer. Alhamdulillah...Allah permudahkan sedikit urusan saya pada bahagian tersebut..

Walaupun saya tahu nama saya still berada di unit yg sama tetapi hati masih berdebar2 menunggu keputusan matron dimana saya akan ditempatkan..manalah tahu kot2 berubah. Dengar cerita staff di ICU dan NICU tidak mencukupi. Adakah saya akan kembali bekerja shift seperti biasa? Dalam hati berdentang-dentung bunyi debaran tetapi saya masih kontrol agar perasaan cemas tidak ketara. Tapi nasib menyebelahi saya sekali lagi kerana  masih kekal diwad yang lama dimana saya hanya perlu bekerja dua shift sahaja iaitu shift pertama masuk pukul 7am keluar pukul 4pm dan shift kedua masuk pukul 9am, keluar pukul 6pm. maknanya saya tiada shift malam....

Hari ini merupakan hari ke-3 saya disini. Waktu bekerja masih office hour dalam 2 minggu sebelum masuk ke waktu yang perlu dipatuhi. Esok..saya akan bercuti selama 2 hari untuk kembali ke kampung suami di Kedah...menaiki firefly. Saya berusaha menempatkan diri dalam keadaan yang selesa  kerana kawan sejawatan , yang selalu bergurau senda sebelum ke Moscow dulu kini bergelar ketua saya..as a sister..alhamdulillah diatas rezeki yang Allah Taala limpahkan kepada saya dan keluarga setakat ini.

Buat teman2 di Moscow..teruskan perjuangan anda dengan PERWAKILAN. ..jika shopping gzel, kristal or Bohemia tu..ingat-ingatlah pada saya di Putrajaya ni. Moga ketemu lagi.