19 Januari 2012

Bila anak-anak mula kesekolah

Minggu ini merupakan minggu ke-2 Adam dan Dania bersekolah di Sek.Rendah.BSP. Minggu pertama berlalu dengan penuh rungutan, bebelan dan tidak puashati daripada mereka berdua. Macam-macam keluhan..tetapi kami berdua buat pekak badak ajer..buat tidak faham. Saya yang memang sarat dengan pelbagai benda dalam kepala ni..lagilah buat tidak tahu..tetapi suami saya tu..lain sikit sabarnya. Adalah benda yang dia bagitau pada budak2 berdua tu sampaikan Dania sudah tidak mengeluh lagi..begitu juga Adam..walaupun tak banyak..tapi bolehlah menerima pakai alasan yg diberikan oleh papanya.

Apabila mereka bersekolah diwaktu petang..saya menghantar mereka transit di Madrasatul  quran yang berhampiran sekolah. Nak menghantar ke kelas  Kafa, memang tidak boleh disebabkan tiada orang yg hendak menguruskan mereka pada waktu tengahari kerana kami suami isteri bekerja di Putrajaya. So di Madrasatul quran tu..memang tempat yg paling sesuai kerana Madrasah tersebut menyediakan perdidikan yg setaraf dgn kelas Kafa dan mereka juga bertanggungjawab mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Ringanlah sikit kerja kami.

Bagi Adib pula, kami tempatkan dia di Taska yang dulu. Cuma Adib semenjak dua menjak ni macam tidak berapa suka ditempat tersebut. Maklumlah sudah biasa berkepit dgn saya 24 jam..maunya dia berpisah sehari suntuk..Setiap kali menghantar Adib ke taska..pastilah tangisan yang mengiringinya..hmm..hati tabahlah!

Buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk bertukar ke klinik yang berdekatan dengan tempat tinggal saya supaya mudah untuk menguruskan budak2 ni. Nak buat kerjapun hati senang.

Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Jazakumullah..

06 Januari 2012

Begini rupanya

Ini baru permulaan...baru gear pertama selepas menghidupkan enjin..belum masuk gear kedua dan seterusnya.ya! Lelah mula terasa. Semput? Memang..bayangkan...kami sampai ditanahair pada 1 jan 2012. 2 hb..kami dpt merehatkan badan seketika. 3 hb saya dan suami dikehendaki melaporkan diri untuk kembali bertugas di tempat kerja masing2. Rehat masih belum mencukupi..letih menaiki pesawat selama 15 jam masih belum hilang.

Dalam pada itu suami saya terus memecut ke gear yg ke-3. Badan memerlukan rehat yg cukup tapi masa tidak mengizinkan. Benar2 suntuk. Berkejar ke Jabatan pendidikan negeri selangor kemudian bergegas pula ke pejabat pendidikan daerah. Sebelum ini kami menjAngkakan urusan kemasukan anak ke sekolah mengambil masa yg lama berdasarkan kepada cerita orang2 yg berpengalaman sebelum ini. Tetapi alhamdulillah..dalam masa 2 hari suami saya berjaya mendaftarkan anak2 hingga dapat masuk terus kesekolah yang dipilih pada keesokan harinya.

Kedua2 anak saya belajar pada sesi sebelah ptg...pada hari pertama persekolahan kami hanya sempat berjumpa dgn guru kelas anak2 sahaja. Adam dan dania tidak berkesempatan utk berkenalan dgn teman- teman barunya pun kerana kami kesuntukan waktu dan perlu berkejar ke Lapangan terbang Subang untuk menaiki firefly ke kedah pula.

Kami bersyukur kerana telah mengambil keputusan yg betul dgn tidak transit dimana2 negara sebelum balik for good ini. Jika tidak..entahlah! Bagaimana agaknya keletihan yg perlu ditanggung!

Buat masa sekarang inilah realiti kehidupan yg perlu ditempuhi...masih bercuti dan perlu bersedia utk menjalani kehidupan yg normal tapi penuh dgn kesibukan.

04 Januari 2012

Seperti Rusa Masuk Kampung

Sebelum ini saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya bila saya menjadi rusa tersebut...tetapi semalam...hari ini dan hari2 yang berikutnya saya dapat merasakan perasaan tersebut. Lost! Seperti saya tidak pernah bekerja di sini. Padahal baru 2 tahun setengah ia ditinggalkan. Pembaharuan  dari segi organisasi ,pemodenan dari struktur dalaman tempat kerja saya begitu memeningkan kepala. Pergi sana sesat..pergi sini sesat..bayangkan banyak mana perubahan yang telah wujud sepanjang peninggalan saya yg baru setahun jagung ini.

Pada hari pertama melaporkan diri..saya terkial-kial mencari unit2 tertentu. Perubahannnya begitu drastik. Pergi kebahagian admin..orang yang masih saya kenali hanya tinggal dua tiga orang termasuk CC. Memandangkan CC juga merupakan jiran saya di bandar Seri Putra..maka senanglah sikit saya berurusan direct dengannya berkaitan gaji, sistem SBPA yang baru diperkenalkan serta urusan2 lain. Hanya tinggal sign jer. Alhamdulillah...Allah permudahkan sedikit urusan saya pada bahagian tersebut..

Walaupun saya tahu nama saya still berada di unit yg sama tetapi hati masih berdebar2 menunggu keputusan matron dimana saya akan ditempatkan..manalah tahu kot2 berubah. Dengar cerita staff di ICU dan NICU tidak mencukupi. Adakah saya akan kembali bekerja shift seperti biasa? Dalam hati berdentang-dentung bunyi debaran tetapi saya masih kontrol agar perasaan cemas tidak ketara. Tapi nasib menyebelahi saya sekali lagi kerana  masih kekal diwad yang lama dimana saya hanya perlu bekerja dua shift sahaja iaitu shift pertama masuk pukul 7am keluar pukul 4pm dan shift kedua masuk pukul 9am, keluar pukul 6pm. maknanya saya tiada shift malam....

Hari ini merupakan hari ke-3 saya disini. Waktu bekerja masih office hour dalam 2 minggu sebelum masuk ke waktu yang perlu dipatuhi. Esok..saya akan bercuti selama 2 hari untuk kembali ke kampung suami di Kedah...menaiki firefly. Saya berusaha menempatkan diri dalam keadaan yang selesa  kerana kawan sejawatan , yang selalu bergurau senda sebelum ke Moscow dulu kini bergelar ketua saya..as a sister..alhamdulillah diatas rezeki yang Allah Taala limpahkan kepada saya dan keluarga setakat ini.

Buat teman2 di Moscow..teruskan perjuangan anda dengan PERWAKILAN. ..jika shopping gzel, kristal or Bohemia tu..ingat-ingatlah pada saya di Putrajaya ni. Moga ketemu lagi.