Pagi semalam..aku mengemas stor yang bersepah dgn kotak2 dan stok makanan yang dibawa dari tanahair. Aduh! penat jugak..semasa menyapu habuk2 dalam stor tu aku terpandang sesuatu benda hitam yang kecil bergerak didalam beras. Jenuh! rupanya..kutu beras tu..kalu kat kampung..mak selalu panggil 'bubuk'. Ingatkan satu kampit beras jer yang dimasuki. Alamak! rupa-rupanya..semua beras dimasuki oleh kutu beras ni..
Kak Zah jiran sebelah ada bagi botol mineral 5 L yang kosong. Katanya untuk mengisi beras didalam bekas tu. Bila time winter..letakkan bekas yg berisi beras tu kat beranda rumah. Nanti..kutu beras ni akan mati..tengoklah..bila ada masa lapang (time ni tak lapang lagi coz dok sibuk melayan Adam) aku akan isikan beras tersebut.Tapi..botol ada sikit..berasnya banyak kampit. How?
Kira-kira pukul 1 lebih..barulah aku selesai mengemas stor..!!!nasib baik Adib tak mengganggu semasa aku buat kerja kerana dia tidur dengan lenanya
di tilam baru..
2 ulasan:
akak pulak, klu beras ada kutu, akak jemur kat tgh panas. kalau tak jalan gak, akak tukaq beras lain je.hehe
Musim panas dah abis la Kak Ain..lani dah nak masuk musim sejuk dah.
nak tukar beras..sayangggg...beras sini mahai wooo...
Catat Ulasan