"Tak tahu nak buat apalah". Adam mengeluh kalau sepanjang hari dok tengok kartun..kartun dan kartun.Masa memula sampai dulu..kemain kemaruk tengok kartun..ambik ko! Kalau maknya ni rajin..aku akan temankan dia buat Grolier. Tapi time maknya ni malas..dok mengadap komputer..begitulah jadinya..he..he..malas punya mama! Pastu..adakalanya diwaktu pagi bila bangun tido..nangis2. Bila ditanya kenapa...jawapannya..mama tak kejutkan Adam..Adam nak hantar Kak Long dan papa pergi kerja. Hmm..ada ke begitu pemikirannya..Kempunan benar dia nak bersekolah..tapi..belum cukup umur utk masuk sekolah lagi.
Pagi ni terkejut jugak aku dibuatnya. Selepas menyediakan breakfast utk papanya dan memasukkan bekalan makaroni goreng kedalam beg Dania..aku naik keatas untuk mengejutkan dania utk mandi. Tengok2 adam dah bersedia membuka baju tidur dan bersedia kebilik air sama. Dania dok terjelepuk diatas katil termenung.
" Eh! cepatnya nak mandi pagi!" aku menegur Adam.
" Adamkan spiderman..spiderman kena cepat!" jawapannya membuatkan aku tergelak besar.
Pengaruh Tv dah menular dalam diri anakku..ha!ha! parah. Jangan dok dia nak terjun cam spiderman sudah.... Pastu time aku cepat2 nak mandikan Dania..dia buat hal..mintak mandikan dia dulu. Alih2..aku angkut dua-dua kebilik air..kejap siram Adam..kejap siram Dania. Riuh rendah rumahku pagi ini dengan telatah Adam.
Seperti sebelumnya jugak dia akan bertanya..aku masak apa hari ni...uh! letih dok melayan anak yang sorang ni..bila dicakap makaroni..sukanya dia bukan main lagi..memang dia suka makan makaroni..tapi bukan disebutnya makaroni..tapi nama singkatan...RONI...heh!heh! makanan pun ada nama singkatan juga dibuat Adam...RONI pun RONIlah Adam..janji makan!
2 ulasan:
jgn adam buat aksi2 spiderman udah lerrr!!! kang ada mama adam menjerit.hihi
Nor,
1. Jgn lupa letak gambar Talam Gula Merah ya!Sebagai menghargai keupayaan dan kesungguhan diri sendiri..heheh..
2.Kesian dgr citer Adam, anak2 zaman sekarang dah cerdik. Camana kalau Nor bagi dia bbp buah buku tulis, contohnya buku bergaris satu, buku bergaris kotak2 dan buku lukisan. Lepas tu galakkan dia menulis ke, melukis ke, mengaler ke. Bila dia dah boring tengok kartun, cadangkan dia menulis,mengaler dan melukis.Haa..camana?ok tak. Kshima
Catat Ulasan