30 Disember 2010

Makan-Makan Pre-Wedding

Seperti biasa saya mengabiskan hari-hari dengan aktiviti yang sama. Cuma hari ini saya masak lebih sikit untuk meraikan tetamu yang saya. Saya masak simple untuk tetamu yg dinner dirumah saya kejap tadi. Tak sempat nak sempat snap gambar sebab lupa memandangkan semua orang dah lapar. Sekarang semua dah balik..dihantar oleh Encik Asben ke hostel mereka..maka sekaranglah masa saya untuk meng-update blog sepatah dua kata.

Memandangkan minggu ni minggu terakhir family saya berada di moscow sebelum bercuti.( doa-doakan sama agar semuanya berjalan dgn lancar )...jadi hari ini dipilih sebagai hari yang paling sesuai untuk saya buat makan2 untuk adik2 student medic yang agak rapat dgn kami. Juga untuk meraikan E dan F yang melangsungkan pernikahan mereka pada awal Januari di Malaysia sempena cuti semester mereka yang terakhir sebelum bergelar Doktor terlatih. Tahniah diucapkan.

Juga terima kasih buat Liyana dan Pai di atas brownish coklat yg sedap! Untuk Aimi..takpe..jika ada masa..lenkali boleh datang...!

27 Disember 2010

Airport Domodedovo Bergelap?

Dup!dap!Dup! Dap..jantung saya berbunyi kencang. Airport Domo dikatakan terputus bekalan eletrik gara2 snow yang beku memutuskan kabel eletrik kat sana? Kesian kepada jiran2 dan adik2 yang ingin bercuti keluar Moscow..lari dari cuaca yang sejuk tak ingat ni. Dalam berita semalampun..tak habis2 keluar pasal citer blackout. Dalam pukul 2am tadi..airport still close. Penerbangan banyak yg kansel.

Camana ni? sempat ke pulih balik hujung minggu ni? Huwaaaaa !!! Nak berjalan...takmo dok sini...nak jugak ambik angin luar dari Moscow...

20 Disember 2010

Kod Makanan Yang Mengandungi Lemak Haiwan

Apabila membuat pizza..biasanya saya letak crab banyak2 sbb anak2 suka. Dan biasanya sebelum membeli sesuatu barang yg boleh menjadi darah daging ni...saya belek dua tiga kali untuk memastikan tiada unsur yg bersumberkan 'Bxxx' dalam bahan2 atau mknn yg yg ingin dibeli. Tapi...kali ini saya terkena! Minggu lepas, niat dihati nak buat pizza lagi. Kertas rujukan yang selalu encik asben bawak yang mengandungi senarai 'E' tak pulak saya bawak. Saya angkutlah dlm 2 paket crab yg seblom ni saya tak pernah cuba..dan capai satu bungkus crab yg selalu saya guna.

Mungkin Tuhan nak tolong kami...seblom nak potong crab tu kecik2..saya tergerak hati utk menelefon encik asben bertanyakan senarai2 'E' yg saya lihat di plastik pembungkus tu! Alamak! bukan saja Crab yg saya baru beli mengandungi bhn tu malah yg saya beli minggu seblom nipun ada juga bahan tu. Perut saya rasa mual semacam. Patutlah...anak2 jadi aktif semacam...sbb dah termakan benda yg bukan2...!!! Ya Allah! Ampunkanlah dosa kami. Biasanya saya teliti..mungkin tulisan di plastik tu agak kecil dan saya tidak nampak tulisan yg kecil2 dan tidak menyangka sebenarnya! Nasib baik Allah gerakkan hati saya kali ini. Dan tobat..segala jenis crab yang dibungkus tidak akan kami sentuh lagi!

Disini..saya sertakan kod E yang mengandungi lemak 'Bxxx' untuk dijadikan rujukan kita bersama. Yg ada pada pembungkus crab tu yg saya tandakan merah tu. Gambar crab tersebut akan saya upload nanti untuk makluman teman2 disini.


KOD MAKANAN

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

19 Disember 2010

Jika Tidak Bukan Budak Namanya

Bulan ini saja dah berapa banyak pertanyaan yang keluar dari mulutnya bertanyakan tentang tarikh lahirnya. Akhirnya saya yang bosan..malam ini cakap..besok lupa balik. tetiap hari begitu. Pulak tu demand! nak hadiah itu..hadiah ini..siap beserta dgn ' PLEASEEEE !!!!' ( Dania kata Magic Word).

Permintaannya pun..bukannya logik disebabkan dia masih bergelar kanak2. Saya ni kekadang lupa jugak time bagi nasihat (perkataan yang sopan bagi membebel. Huwaaa..boleh ke?) yang dia tu masih dibawah umur..masih akal pendek tetapiiii..saya selalu menggunakan ayat power2.. yang tak berapa padan dan sesuawaiiiii sangat utk tahap kenakalannya yang tengah tahap dewa sekarang ni...saya tahu itu cara yang salah..tetapi kenapa saya masih menggunakannya diwaktu lupa diri?

Yang saya herannya kenapa budak2 lelaki suka Ben-10? Spiderman? Superman? Sampaikan Adam kalau nampak baju2 jenama hero kesayangannya tu..alamat kena sediakan tisu banyak2. Apa taknya...kalau kami tak melayan permintaannya itu..airmata turun bagaikan air hujan. menderu2..gelak ketawa bertukar menjadi mimpi sedih yang amat sgt..bagai dunia dah tamat..begitulah gamaknya andaian saya setiap kali dia menangis. Kekadang..kalau berjalan ke shopping komplek..saya kena tabahkan hati..pekakkan telinga supaya saya mampu bersabar dengan kerenah birokrasi yang dimainkan oleh Adam...!!!

Jika anak lelaki saya banyak songeh lain pula dengan anak perempuan saya. Dia tidak membuat banyak permintaan tetapi suka mengumpul barangan yang sama. Minggu ini sudah beli satu cekak..minggu depan, nampak cekak pattern lain..nak beli lagi...kalau dikira..sudah banyak mana cekak rambut yang dikumpulnya. Entah banyak mana cekak yang dikumpulnya tak termasuk yang dok merata ceruk..bawak katil..dalam almari dan sebagainya. Sampaikan dah sakit mata saya menengok benda yang bersepah2 tu! dan pot-pet2 bergema merata ceruk rumah ni sepertimana cekak rambut Dania yang bersepah dan laju bagaikan airmata Adam yang frust menonggeng!

Dan saya tetap berpegang pada kata2 ini. "Jika tak begitu perangai mereka..maka tidak normallah kitaran hidup mereka sebagai seorang budak. Dan kalau seorang mak tak pot-pet2..maka kuranglah sensasi kita sebagai seorang ibu". Sungguh!

Namun begitu..saya nak mengabadikan jugak tarikh hari ini 19 Disember dimana genaplah umur Adam 6 thn dengan mengucapkan SELAMAT HARI JADI UTK ADAM! Cepat-cepatlah besar..dan cepat-cepatlah matang dan menjadi Insan yang berguna Dunia Dan Akhirat...supaya bila dia besar..dia boleh baca apa yg saya tulis untuknya di dalam blog ini dan supaya dia tahu..macamana hebatnya dia dikala meniti usia kearah kedewasaan itu!

18 Disember 2010

Tujuan Berblog

Pada mulanya saya menceburi penulisan blog hanya sekadar untuk mencoret dua tiga jenis masakan yang saya cuba dan berjaya mencontohinya dengan 'bergaya'. Tetapi..lama-kelamaan..saya rasa ianya tidaklah memuaskan hati saya yang kecil ini disebabkan sudah ramai penulis blog masakan yang begitu hebat. Nak resepi..search saja di google..maka akan terjumpalah blog masakan yg hebat2 itu. Senang..tak payah saya nak susah2 nak tulis setiap masakan yang saya suka disini...bukak laptop..taip2..dah dapat menu..kekadang bawak jer laptop terus kedapur..tak yah susah2 salin dah!
Kena Ke Tak kena?
So! saya teruskan penulisan dalam blog ni utk apa? Jika saya menulis pasal masakan pun rasanya saya nak buat tajuk contohnya camana nak masak menda ni step by step spy org mudah nak ikut..lagi satu just untuk....suka2...kalau time pening2..boleh gak conteng kat sini..tahap mana kepeningan yang dialami..dan kalau bosan...boleh gak meluahkan perasaan bosan sambil merungat-rungut dan mengetuk2 keyboard yang tak berdosa ni kuat2. hehe..maunya tercabut lagi satu hurufnya..emmmmmm..apa2...ajelah.. yang penting saya punya blog..hah! dah merapu tahap gaban dah. Ok..next time..continue lagi..

24 November 2010

Kepada Sesiapa Yang Bernama Teman

Jika kita mempunyai teman..pernahkah kita mengucapkan kata2 penghargaan dan terima kasih kita kepadanya kerana kita mengenalinya sebagai teman kita..tidak kiralah teman baik atau teman kurang baik.
Bagi saya perkataan tersebut perlu diucapkan kerana ia mampu menyuburkan kasih sayang kita dengan teman-teman. Ia adalah sebagai penawar kepada segala racun. Dan mewakili rasa kasih sayang kita sebagai teman kepadanya. Sekurang-kurangnya dia tahu..kita amat memerlukan dia didalam hidup kita.
Tidak perlulah diucap berulang kali..nanti tidak terkesan dihati.

Best frenz r like stars..
u cant alwaz c them
but...
u know they're here"

23 November 2010

Nak Gelak Tak Boleh...Nak Marah Tak Jadi...

Mengingatkan tentang anak kedua saya Adam..kepala jadi berdenyut sekejap..memikirkan banyak benda yang adakalanya membuatkan saya pening. Dalam peringkat umurnya sekarang..saya perlu lebih banyak bersabar..tetapi kesabaran itu kurang berpihak kepada saya. Saya menjadi tarzan dalam rumah sendiri..kononnya dalam hati nak ajar baik2..nak tunjuk elok2..apa jua perkara yang terlintas dalam hati. Namun begitu..kirim salam sajalah..kalau saya tak jadi singa anak2 saya terutamanya Adam..buat dek aje..
Adam 2009

Peringkat pertama...yang mencabar kesabaran saya..ialah dia ni jenis yang tidak boleh duduk diam jika kami membawanya ke mana2 majlis dan bertemu pula dgn 'gu' yang sama dengannya. Aduh! melompat sana..melompat sini...jika saya bersuara..favourite word yang sama akan kedengaran.." ! mama jangan marah ok?..pleaseee!!!" tidak sampai 5 minit..dia buat lagi..Dia akan duduk diam jika PSP ada ditangannya. Oleh sebab itulah..jika kami kena stay lama disatu2 majlis..biasanya..kami akan membawa PSP siap2 di dalam beg.


Peringkat ke-2..yang mencabar keimanan saya ialah ketika mengajarnya membaca. samada membaca Quran atau membaca buku. Jika tinggal 2 hari tidak membaca Quran..maka akan lupalah yang mana satu 'Ya' dan yang mana satu 'Ta'. Boleh dia terlupa yang Ya itu titiknya dua dibawah dan Ta itu dua titik diatas. Kalau membaca buku..lagilah angin satu badan saya dibuatnya...contohnya...jika dia mengeja perkataan TERJALIN . selepas mengeja dia akan kata..apa maknanya tu? maka saya harus bersiap sedia dengan jawapan yang dapat difahami pada peringkat umurnya 6 thn itu. Tetapi yang paling saya geram..perkataan TERJUN..tak payah saya nak explain dan membuat ayat..dia terlebih dahulu menyusun ayat2 yang sesuai..contohnya..ADAM TERJUN SEPERTI SPIDERMAN..mahu jugak tergelak..tetapi terpaksa ditahan. Kalau anda ibu yang sabar..saya tabik spring jika mampu melayan anak seperti Adam ini.

Peringkat ke-3..yang cukup saya marah ..suka mengusik Adib..pantang nampak Adib senang..mahu diciumnya adik..disekat kaki ketika berjalan..dan macam2 lagi..tetapi..ada juga tetapinya..kalau makan..suka sangat menyuap kemulut Adib..itu kalau dia sudah tak nak lagi mknn tersebut..jika tidak..jangan harap!
Adam 2010

Macam2 ragam dan perangai anak2 ni..antara sabar dan tak sabar saja kita dalam melayan kerenah mereka. harap2..semakin besar..semakin kurang keaktifan anak saya ini.






03 November 2010

Adam! Adam!

Hari ni dah masuk hari ke-3 Disember. Dan dah kena bersiap sedia untuk fikir..apa hadiah yang nak diberi pada Adam sempena ulangtahunnya yang ke-6. Sudah acapkali dia dok bertanya tentang bila hepi birthday Adam...? Bukannya apa sebab..dia dah ada sesuatu dalam kepala untuk dimintak. So..kena fikir apa benda yang dia nak. Kalau setakat games..dah macam2 games encik Asben belikan. nak Wii..dapat Wi..dan dekat 10 jenis games Wii yang tersadai dalam bakul tepi tv. Tak tahulah..dah abis main ke belum kesemua games tersebut. Nak PSP..PSP dah ada..Pening kepala saya dibuatnya. Kalau ditanya pada empunya diri..kereta kebalpun mahu dibelinya...

Saya ni bukannya jenis mak yang manjakan anak sangat..NUn! jauh sama sekali..Tapi nak buat macamana? Sebab ada orang yang tak sanggup tengok anak berputih mata. Encik Asbennnnn !!!!!!

Hari ni jugak..Adam balik sekolah dengan satu gigi tercabut..rompong..jatuh kat sekolah katanya sewaktu bermain berlari-lari dengan kengkawan..bila ditanya..katanya..sakit..dan siap buat promise lagi..."Adam promise never! ever!..makan gula-gula lagi..forever! ok" berkali2. Hmm..apa kaitan..? makan gula2 dgn buas kat sekolah..?

20 Oktober 2010

Layan Mata

Sambil melepak di waktu petang saya sempat menonton rancangan masakan TOPFGELD JAGER di channel 24. Saya tidak tahu rancangan ini bermula dari pukul berapa tetapi ketika ini jam di dinding menunjukkan 5.15pm waktu moscow dan jam 9.15 waktu tempatan Malaysia. Jika di tempat kita rancangan-rancangan yang ditunjukkan di kaca tV yang disiarkan secara lansung biasanya melibatkan chef2 terkenal dengan menunjukkan `resepi yang best2.

Rancangan ini lebih kurang sama dgn rancangan pertandingan masakan seperti Iron Chef yang disiarkan di TV 8 sebelum saya datang kesini satu ketika dulu.tetapi rancangan ini lebih santai dan menarik. Tidaklah tertekan seperti rancangan Iron Chef. Ia melibatkan 4 peserta tetapi dalam 2 kumpulan sahaja. Kita dapat melihat teknik dan cara mereka memasak serta cara presentation sesuatu menu. Ianya akan dinilai oleh seorang Chef yang bertauliah.

Tengok cara mereka masak amat sempoi tetapi hasilnya..Amat memberangsangkan..boleh dicontohi. kalau dibagi resepi mahu saja saya membuat kembali hasil masakan yang telah ditonton.

19 Oktober 2010

Memasak Terapi Minda

Bermula dari hari Jumaat lepas, saya tak henti2 memasak dan memasak. Memerah idea setiap hari untuk mencari menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dari Malaysia adalah suatu benda yang amat mencabar . Boleh dikatakan setiap hari saya mencuba mengaplikasi menu2 yang dijumpai di blog2 yang saya singgah jika kehabisan idea. Alhamdulillah..setakat ini hasil masakan tidak menghampakan mereka. Bukan isi bakul angkat sendiri yer..hahaha..tak malu betul saya ni..kannn!!!

Menu hari Jumaat sempena hari pertama mereka disini..saya menghidangkan nasi ayam. Disebabkan mereka sampai kerumah saya sudah pukul 5 lebih hidangan itu dijadikan dinner terus. Basuh mulut dengan kuih cara.

Menu hari kedua pula breakfast dengan meehon dan karipap pusing. Tengahari saya masakkan daging masak lemak cili api, ayam goreng kunyit, ikan kering buatan bapa mertua yang amat sedap, sambal belacan cicah salad dan timun. Pada belah malamnya dah tak ingat dah.

Menu hari ke-3 breakfast dengan shepard pai yang diambil menunya dari buku 1 hari 1 resepi karya Chef Hanieliza. Ini kali kedua saya buat. Kali pertama semasa lunch dengan Ambassor baru tempohari. Untuk tengahri saya masak nasi putih, kari ayam, ikan kering yg dibeli kat Ashan buatan Rusia kot...sedap dan rangup cam keropok. Pastu kerabu mangga yang dibeli 2 biji di Metropolis, Ikan sibas masak stim dan sedikit sayur campur. Dinner pulak saya tak masak cuma saya buatkan mushroom Soup yang diberi resepinya oleh Lia serta ban manis yang diambil resepi dari buku Chef Alex Goh.

Menu hari ke-4 saya jamu mereka breakfast dengan roti salut kaya dan murtabak yang diorder dari Kak Arfah. Lunch saya buatkan nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca daging dan acar jelatah. Manakala sebelah malamnya saya menyiapkan 2 biji pizza. Itupun ditoping dan dibakar selepas balik dari meronda2 dari Kremlin.

Menu untuk hari ini pula breakfast dengan nasi lemak sambal, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun. Lunch pula saya sediakan nasi putih, ikan sibas masak sweet sour, sup daging, telur goreng dadar sambal belacan cicah salad dan timun. Untuk hidangan malam ini saya sudah menyiapkan bahan2 untuk hidangan makaroni bakar. Malam ni terus bakar.Tunggu Encik asben beli makaroni sahaja.


14 Oktober 2010

Cubit Paha Kanan Paha Kiri Terasa Sama

Selama ini saya sukar untuk berperasaan begini. Untuk pertama kalinya semenjak berjauhan daripada emak dan adik beradik dikampung saya dilanda perasaan sedih. Bukannya masalah berat yang menimpa tetapi sayu dan kasihan mengenangkan adik saya yang sedang menjaga anak sulungnya sendirian tanpa suami disisi lantaran tugas yang lebih memerlukannya. Saya tak dapat bayangkan macamana jika saya berada di situasi yang sama. Tentulah setiap hari airmata ini akan mengalir ataupun bil telefon akan melambung pada bulan itu lantaran mengadu dan berkongsi kesedihan dengan suami tercinta. Sekarang inipun..saya turut terasa akan kepayahan yang adik saya sedang lalui.

Seingat saya sudah seminggu anaknya Iman Rafiq demam . Suhunya mencecah sampai 39.8 darjah. Kejap2 SMS sampai dan kami berbalas2 mesej umpama pakwe menghantar SMS pada aweknya. Saya sebetulnya turut merasa kagum dengan adik ipar yang sanggup berulang-alik dari kelantan ke Johor dan dari Johor ke Kelantan pada setiap hujung minggu melihat anak dan isteri tanpa jemu2.

Bukan adik saya tidak berusaha untuk meminta tukar sekolah. Tetapi belum sempat diisi borang pertukaran online ke Kelantan atau Terengganu..sistem sudah tidak boleh dimasuki menandakan semua daerah sudah penuh dan tidak memerlukan guru disana. Mungkinkah?Entah sampai bila dia akan berusaha? Cekalkah hatinya menerima dugaan sebegitu? Sampai bila?

13 Oktober 2010

Elefant Punya Pasal

Mood menulis amat baik pada pagi ini. Selepas run washing machine saya melepak lagi diruang tamu ini sambil mengadap laptop. Jarang sekali saya begini santai. Biasanya malam atau tengahari sewaktu anak2 sudah tidur barulah saya berpeluang mencurahkan idea atau mencari sedikit cerita untuk di muatkan disini supaya blog saya nampak bernyawa.

Tv sedang on. Channel yang dipamirkan ialah Animal Planet. Tentang gajah. Bila melihat gajah, saya teringat satu peristiwa ketika saya dan keluarga bercuti ke Riga. Bukan tentang gajah tetapi tentang hotel yang nama ada nama gajah. Nama hotel tu Elefant di Riga. Ekceli..cik asben sudah booking online hotel sebelum kami bertolak lagi. Konon-kononya kami akan stay disitu selepas kami balik bercuti dari Brussel. Selepas bertolak dari Moscow kami menginap di Hotel Old Town Riga. Selepas itu kami ke Brussel. Selepas pusing2 Brussel sehari 2 kami bertolak balik ke Riga dengan senang hatinya kerana kami yakin akan dapat tinggal dihotel tersebut. Encik Asben berhasrat untuk menyewa kereta dalam 1 hari kerana kami bercadang untuk pusing2 bandar dan untuk keluar Riga sama. Tetapi disebabkan tiada kredit kad..kereta tidak dibenarkan sewa walaupun kami cuba membayar sewa secara tunai. Kotnya mereka bimbang jika berlaku kemalangan ke apa ke..takleh nak potong insuran melalui kredit kad terus. Hasrat kami tertunda satu.

Satu lagi kami agak terkejut apabila diberitahu oleh minah yg jaga kaunter tempat sewa kereta tu yg Elefant Hotel telah ditutup 24 jam kerana bangkrup. Pekerja diberhentikan. Dia mengetahui berita tersebut melalui tv. Kami jadi buntu dan mencari alternatif lain. Adoi! time kamilah benda tersebut nak jadi. Tetapi alhamdulillah..cik asben dengan kepintaran dan kesabarannya seperti biasa berjaya mengatasi masalah tersebut sehingga kami berjaya juga sampai di Jurmala sebuah daerah di luar Riga. Saya rasa sampai bila2 pun kami akan mengingati peristiwa ini jika ternampak gajah di zoo ataupun dimana saja namanya yang hampir sama..Elefant...and then Elephant. Sungguh!

20 September 2010

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman



Ketika orang lain sibuk mengadakan rumah terbuka atau mengunjungi rumah terbuka, keluarga saya pula sedang menikmati pemandangan-pemandangan indah di kawasan lautan Baltik seperti Riga dan Jurmala serta sempat ke Brussel, (Belgium). Mengutip sebanyak mana pengalaman yang mampu dikutip dan di simpan sementara masih ada kesempatan. Ianya amat manis dan akan saya ceritakan di kesempatan akan datang trip-trip sempena musim raya ini.

19 September 2010

Back To Normal

Sudah seminggu kita meninggalkan bulan ramadhan yang penuh barakah. Puasa sudah..rayapun sudah..so sekarang ini tibalah masanya untuk kita back to normal life. I mean..bukannya sebelum ni tak normal..tetapi kehidupan seperti sebelum puasa bermula kembali. Begitulah logikalnya. Tak semua benda akan kekal...begitulah adatnya.


Rutin biasa bermula kembali. Bangun bagi..menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak2 serta sedikit bekalan untuk suami bawa ketempat kerja. I'm so happy to do that. Melihat keluarga tercinta menjamah hasil air tangan kita seawal pagi membuatkan hati saya bangga dan terharu. Semoga kehidupan kami anak beranak sentiasa dirahmati dan di berkati oleh Allah S.W.T. Hanya doa yang mampu aku pinta setiap pagi agar rumahtangga yang kami bina atas dasar cinta ini tidak diganggu gugat oleh pihak lain. Aminnn...

03 September 2010

Bagai Kucing Dengan Tikus

                                              

Kelakarkah bunyinya perumpaan itu? Tidak tergamak rasanya saya hendak menggunakan istilah bagai anjing dan kucing untuk anak-anak saya. Saya rasa istilah baru itu lebih lembut dan agak bersesuaian. Hehehe....biarlah saya seorang yang menggunakan istilah ini..saya tidak kisah..saya rasa lebih selesa begitu.

Bergaduh setiap hari, menjerit sesama sendiri membuatkan saya begitu tercabar dengan kerenah anak-anak. Semasa saya belum bergelar ibu sepenuh masa ini..saya tidaklah berapa ambil pusing sangat akan keadaan ini. Tetapi..bilamana saya terpaksa berdepan dengan situasi yang sama setiap hari menjadikan perwatakan saya juga turut berubah. Saya bertukar rupa kadang-kadang menjadi harimau..singa dan sebagainya. Bagaimanakah caranya saya untuk meningkatkan kesabaran diri. Setiap kali selepas solat..saya memang tidak lupa supaya diberi kesabaran yang luarbiasa ketika membesarkan anak2. Supaya anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّـتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َاماً
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

30 Ogos 2010

Alah Bisa Tegal Biasa

Gedebuk sana..gedebuk sini..bengkak sana..bengkak sini. Itu merupakan perkara lumrah dalam jadual hariannya semenjak dia 'mendapat kaki'. Dalam seminggu ada saja tanda baru yang terdapat diwajah Adib..kalau tak didahi..di kepala. Lebam didahi belum hilang..muncul pulak pecah dibibir akibat terjatuh ketika bermain di ruang tamu khamis lepas. Akibat selalu terkena..Adib seolah-olah kebal dan kalih. menangisnya cuma sekejap cuma. Dah terbiasa agaknya.


Kadang-kadang saya yang terasa kesakitan melihat kesan2 yang terdapat pada wajahnya. Anak lelaki yang seorang ini tidak kalah dengan Adam si abang yang semakin meningkat kenakalannya itu. Ada kaitankah 2 pusaran di kepala Adib dengan situasinya sekarang? Aha! mengarut dan melalut pulak maknya ni. Tapiii..kebarangkaliannya macam akan ada...tak habis2 dok meneka. Dahlah....mata dah mengantuk..otak dok ligat lagi..lenkali boleh sambung semula. Pagi besok kena bangun masak untuk sahur pulak. Oleh itu..gudnite...huwaaaaaa......!!!!

28 Ogos 2010

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Saya sebetulnya kagum dengan orang -orang yang terror dalam soal masak memasak, terutamanya kuih muih tradisional. Bagi saya setiap orang perempuan semestinya tahu memasak kerana itu penting untuk mengikat perut suami dan anak2. Jika beribu alasan diberikan..rasanya ia sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Alasan busy dengan kerja..tak cukup masa..mak tak suruh masak masa dedulu..dah ada orang gaji dan sewaktu dengannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kita sudah tahu kita pandai memasak..takkanlah selamanya kita tidak mempunyai inisiatif untuk meningkatkan diri kita..takkanlah selamanya kita nak bergantung kepada masakan kedai semata-mata.

Seingat saya..dulupun saya tidaklah secerdik mana dalam matapelajaran Suri RumahTangga (SRT) yg diajarkan disekolah. Time cikgu mengajar..fikiran kelain. Begitu jugak semasa masih bergelar anak dara. Masa bergelar pelajar sekolah, mana ada masa kedapur ( alasan lagi). Tapi itulah hakikatnya .Andaikata masa tersebut boleh diputar kembali, tidak akan saya benarkan mak melangkah kedapur langsung. Sungguh!!! Betapa berharganya ilmu yang ada pada orang tua kita.

Dengan adanya dunia IT ilmu masakan menjadi semakin telus..tiada had dan sempadannya..Bila berada di perantauan....saya terpaksa merajinkan diri berguru dengan orang yang lebih arif. Guru saya tidak lain tidak bukan internet. Dengan adanya internet, saya merayap dari satu blog kesatu blog mencari resepi2 yang kena dengan selera anak tekak seisi keluarga Jika ada masa saya akan berjalan meredah mana2 blog masakan hingga terjumpa blog2 masakan yg pemes2 di alam cyber. Benarlah kata pepatah "Hendak Seribu Daya..Tak Hendak Seribu Dalih." Trial and error. Itu merupakan perkara biasa. Kerana berkehendaklah..saya maju sedikit dari sebelumnya dalam soal masak-memasak. Tak rugi sebenarnya kalau kita mencuba.

26 Ogos 2010

Pentingnya Username Dan Password

Padan muka saya..itulah... dah lama saya sangat tidak meng-up-date blog yang saya wujudkan sebelum ini...pulak tu siap gi kunci blog sebab dah berbulan tak masuk...takut orang ceroboh konon-kononnya. Walhal orang nak masukpun..bukannya ada benda berharga sangat. Opss..baru teringat ada dua tiga citer terkini yg agak sensitip sempat saya coretkan. Tapi..nak wat camana...takleh masuk dah...pintu dah dikunci rapat.

Dari pagi tadi saya dok mengingatkan password dan username yang saya gunakan.Gatal sangat tangan ni gi buat kunci kat rumah lama tu. Kan dah menyesal tak sudah. Dah puas saya perah otak ni nak mengingatkan perkataan tersebut. Dah mintak tolong blogger dan dah siap tukar password baru..tapi tetap tak berjaya masuk jugak. Nampaknya rumah itu bukan hakmilik saya lagi. Mungkin akan diruntuhkan atau dibiarkan bersawang begitu sampai kesudah. Nampaknya jodoh saya dengan norakhtar.blogspot. Hanya setakat hari ini saja. Kami sudah bersama semenjak dari tahun 2008 lagi.

Tapi takpe..tengoklah..saya muncul lagi..dengan rumah yang lebih baru..canggih dan moden..(saja nak sedapkan hati sendiri). Akan saya jaga..sapu dan bersihkan rumah ini setiap hari..InsyaAllah.so..lepas ni tak payah ringan tangan pi kunci rumah ni pulak. Kepada yg berhajat nak buat blog..jadikan pengajaran..ingatlah password dan username anda betul2..takpun..tulislah kat mana2 dinding ke..kertas ke..diary ke..supaya sejarah seperti saya tidak akan berulang lagi.

23 Ogos 2010

Lesen L

Alhamdulillah..genap umur Adib 1 thn 2 bulan..dia dah boleh berjalan..jatuh bangun..jatuh bangun..itu perkara biasa..dia cekal..bersemangat untuk belajar berjalan. Selepas balik dari bercuti di helsinki Finland hari tu dia terus meneruskan langkahnya..

Akupun takdelah rasa penat sangat.mendukungnya kesana kemari.Bila dia dah dapat kaki..kerjanya merayap satu rumah..naik tangga turun tangga. Kejap kedapur..kejap keluar..lucu melihat pekembangannya itu. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan ini...untuk melihat dan menjaganya dari sebesar tapak tangan hinggalah keperingkat sekarang dengan mata dan keringat sendiri. Alhamdulillah...!!!

19 Ogos 2010

Ramadhan Karim

Sudah 9 hari umat islam menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Tapi bagi aku hari ini merupakan hari pertama selepas bercuti (istilah bg kaum hawa) aku menahan lapar dan dahaga dalam waktu yang panjang hampir 16 jam. Maklumlah waktu siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam. Panasnya juga lebih terasa dengan suhu kadang2 mencecah sehingga 38 darjah C. Dengan Adib yang masih menyusu badan sepenuhnya..aku anggap ramadhan kali ini lebih mencabar.

Tengahari ini akan diadakan sembahyang sunat tasbih yang dicadangkan oleh Yang Berbahagia Datin Saripah Khalis di embassy..aku harap semuanya berjalan dgn lancar. Seingat aku..last aku bersembahyang tasbih ialah semasa tinggal di hostel ketika tingkatan 5 dulu. sekarang..umurku dah lingkungan 30-an..berapa lama sudah? inilah peluang ku bagi membuat saving untuk akhirat.
Moga2 diberkati..Aminnnn!!!!

04 Jun 2010

Apa Kena Dengan Telinga Ini?


1hb Jun..saya mengalami sakit telinga yang teruk. Berdenyut2...saya sangka ia hanya perkara biasa. Rupanya malam tu..saya tak boleh tidur. Kesakitan didalam telinga semakin menjadi2. Hari ini merupakan hari ke-4 telinga saya berdengung. Selepas saya memasukkan minyak zaitun didalam telinga..denyutan sakit tidak terasa lagi..apakah puncanya..? Tetapi..pendengaran jadi semakin terhad.saya terasa bagaikan ada batu yang menyekat lubang telinga kiri..terasa berat. Jika ada org bercakap dan saya kurang memberi respon..mintak maaf banyak2..itulah puncanya.


Dikala bersendirian ni..saya merajinkan diri membuka internet dan membaca artikel2 yg b'kaitan. Dan saya jugak sering bertanya kpd medical student kat sini ubat2 yg berkaitan..itu saja yg mampu sbb Encik Asben takde disisi..Balik ambik PTK kat Mesia..thanks to Paan yg syorkan ubat tersebut.

28 Mei 2010

Selsema

Berdesing telinga aku setiap kali bernafas. Punyalah teruknya selsema yang singgah dihidungku minggu ini. Bercakap..suara jadi sengau semacam..tapi best. Bukan best kerana selsema tetapi best bila time ni aku rasa suara jadi seksi sikit..psyco ! Tapi yang tak best..bila ditanya papanya..dia kata 'seksa' . Nak tergelak aku jadinya...hmmmm...

Bukan saja aku yang diserang selsema...Adib pun sama. Walaupun begitu petang tadi dia tidur agak lama. Start dr pukul 2 pm hingga 4.30pm. Kalau tak diganggu oleh suara Adam dan Dania yang melompat-lompat nak terbuang air kecil..sudah pasti..lenanya akan lagi panjang. Tapi..aku perasan yang Adib suka bila Adam dan Dania berada dirumah. Bila Adam agah..terus dia senyum dan menyambung main dengan Adam. Adam memang bagus..tapi satu jer aku tak suka dengan perangai Adam ni. Jika dia geram..dia suka tekan hidung Adib..

Kesian Adib! Moga cepat hilang selsemanya dan Adam menjadi cepat matang..

08 Mei 2010

Koc merah jambu

Aku sungguh bangga dengan pelaksanaan KTMB ( Keretapi Tanah Melayu Berhad ) kerana memperkenalkan koc merah jambu yang khusus untuk wanita sahaja. So..takdelah nanti dengar cerita ada wanita diraba..diragut dan sebagainya. Jika ingin menaiki komuter bersama suami, atuk atau teman lelaki khususnya..naiklah komuter yang bukan warna merah jambu. Kalau taknak naik..jgn banyak komplen..

Bagi aku yang tak berapa biasa naik komuter ni...orang perempuan yang menaiki komuter merah jambu..adalah yang cerdik pandai dan berfikiran kedepan. Biarlah ada sesetengah pihak mengatakan wanita yang menaiki koc merah jambu ini adalah mereka yang berfikiran kolot. Bagi aku..pendapat itu adalah salah sama sekali..

Islam sendiri menggalakkan pengasingan tempat bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Aku rasa percampuran antara lelaki dan perempuan diatas komuter lebih banyak mengundang perkara-perkara negatif daripada positif. Kalau kita rasa diri kita islam...maka sambut baiklah corak pelaksanaan yang diatur oleh KTMB ini dengan hati yang lapang. Mak bapakpun..tak rasa berat hati untuk melepaskan anak gadis kemana-mana selagi ada koc merah jambu ini. Entahlah..aku rasa bersyukur sangat bila sistem ini disokong ramai. Hidup KTMB...harap-harap laluannya bukan dibuka kepada laluan Sentul-Pel.Klang saja..malah dapat dibuka kepada laluan lain juga...seperti stesen berhampiran rumah di Bangi Lama tu....

06 Mei 2010

warna-warni kehidupan


Semenjak berlaku letupan disana-sini...pandangan masyarakat sekeliling terutamanya kepada kami yang dianggap pendatang dinegara mereka semakin ketara. Yang paling terkini letupan yang berlaku di NY . Jika dulu nak keluar dari rumah tidak terasa sangat kekangannya...tetapi kini...ianya agak berubah. Perasaan takut tak banyak atau sikit sekalipun tertanam dihati aku.

Setiap kali keluar rumah untuk bershopping atau bersiar-siar sekalipun...aku tidak putus-putus berpesan kepada papanya dan diri sendiri supaya berhati-hati. Maklumlah...perempuan bertudung menjadi sasaran mereka untuk berpandangan serong kerana dengar cerita, orang bertudung yang terlibat dalam pengeboman yang berlaku di dua stesen metro di moscow ini. Jika hendak keluar...kita dipesan supaya tidak memakai tudung kaler hitam.

Tapi..setakat ini..belum ada lagi orang meludah atau memaki hamun aku sebagaimana yang terjadi kepada sesetengah orang. Lagi satu..pantang polis mereka nampak plat kereta luar..mereka nak tahan. Aduh! pendek kata kemana pergipun..kami senatiasa membawa passport. Kalau kena nasib malang...seluruh kereta mahu di scannya..takut2 kami membawa bom...aduhai...susahnya hidup dinegara orang.

Barulah terasa betulnya pepatah yang seringkali didengar. Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegeri sendiri..lebih baik di negara sendiri !

05 Mei 2010

Borong kristal

Jika sampai di Moscow..inilah tempat yang tidak harus dilupakan untuk dilawati untuk mencuci mata dan juga mencuci poket...hahaha..betul ke? Itu pendapat aku saja. Tetapi yang sebetulnya aku ni bukanlah jenis yang kaki shopping barang2 kristal. Kurang berminat sgt. Jika diberi pilihan samada barangan kristal atau peralatan didapur..rasanya aku memilih barangan dapur yang masih belum cukup korum lagi..boleh dikatakan aku ni pengumpul barangan dapur..senang nak buat kerja.

Tapi..setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri. Bukan apa....barang2 kristal tu memang murah berbanding harga yang dijual dinegara kita...bahkan semuanya cantik2 belaka. Kalaulah aku ni peminat kristal..sudah berkotak-kotak kristal aku angkut. Family yang datang...menjadi rambang mata..semua barang ingin dibeli. Hmmm...nasib baik seleraku kurang kepada kristal ni. Kalau tak jenuh papanya...!!

Okey berbalik pada tempat kristal tadi..lokasinya bukanlah di Vladimir betul2. Jarak dari bandar Vladimir lebih kurang 78km lagi. Perjalanan kami yang sepatutnya hanya 3 jam lebih menjadi hampir 5 jam setengah disebabkan traffic jam yang begitu teruk ekoran cuti hari buruh.So..kami bertolak kesana selepas subuh dalam pukul 6am. Sampai2..tu kebanyakan kedai kristal sudah ditutup. Tinggal dua tiga buah kedai lagi yang tinggal. Waktu perniagaan mereka disini agak pelik. Kedai ditutup pada pukul 12 tengahari..sistem yang tidak akan kita jumpa dimana-mana sekalipun.

Aku rasa, kalau di Malaysia..selagi orang ada untuk membeli belah..selagi itulah kedai tidak akan ditutup. Tapi dalam pada kedai dah nak ditutup..sempat jugak family kami ngap barang-barang kristal tersebut...

04 Mei 2010

Penat tapi best!

Aduhai! dah berhabuk rumah persinggahan aku ni...almaklumlah busy betul bulan April lepas. Memula menerima kedatangan photographer terkenal tanahair saudara Saiful Nang dan saudara Ahim Rani dari CS Brunei yang bermalam dirumah aku selama 5 hari 4 malam...lepas tu..menerima kedatangan family papanya pula...busy..busy..apalagi busy memikirkan apa menu yang akan dihidangkan kepada tetamu ler. fikir punya fikir..aku masak main campak2 ajer..sempat juga aku belajar buat dalca daging dan sambal belacan ngan mak mertua.

Hari ni baru berhenti lelah sekejap kerana family papanya dah berangkat pulang ke Malaysia semalam menaiki Emirates Airlines.

Selepas tetamu dah balik..masih lagi sibuk dengan kemas-mengemas pulak...mengelap mana-mana lantai yang berhabuk, mencuci segala cadar2 dan sarung bantal. Aduh! sakit jugak belakang ni dibuatnya tetapi..tetamu2 yang hadir amat menggembirakan hati aku dan keluarga. Walaupun penat..kami berpuashati lebih2 lagi dengan kehadiran family..terubat rindu dihati hampir setahun tidak jumpa keluarga. Yang paling penting sekali, kami dapat stok bekalan bahan2 basah yang susah didapati disini. Terima kasih...seme2 yang mengirim barang-barang untuk kami..dan bersusah payah mencari barang2 tersebut. Ingin aku sebutkan disini ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk family yang terlibat terutama Izhar Syukri, Mak Anjang sekeluarga serta Lit sekeluarga. Barang yang dikirim amat berharga sekali...kalau boleh nak lagi..hehehe..


21 April 2010

Volcano Iceland

Nampaknya keadaan telah kembali seperti biasa...tetapi kawasan di sekitar tempat tinggal aku ni sedikit kelam..seperti kabus nipis...sampai kesinikah debu2 yang beterbangan itu?
Entahlah...aku paranoid sendiri kot...semalam dan hari ini hujan turun renyai2...patutlah sejuk semacam jer...


20 April 2010

Budak aktif banyak akal ke?

Sudah hampir 1 bulan aku dok mengajar Adam membaca buku....mengeja dan menyebut perkataan yang dieja. Memula nak start tu aku dah cukup susah hati...bolehkah Adam menumpukan perhatiannya...? mampukah dia membaca sepertimana yang aku inginkan? Hati aku jadi tak senang duduk selagi dia tak boleh membaca kerana keinginan aku sebagai seorang ibu..biarlah dia boleh membaca seperti Dania dan kawan-kawannya yang lain. Entah kenapa..aku jadi kesian sangat kalau dia tak mengenal huruf.

Sewaktu umur Dania 5 thn ..dia sudah mampu membaca dengan lancar walaupun dia tidak faham apa yang dibaca olehnya. Sebetulnya salah kalau aku selalu membuat perbandingan antara Dania dan Adam..tapi nak buat macamana...itulah aku...

So..sekarang umur Adam 6 tahun..aku perlu bekerja keras..kalau time mengajar Iqra...memula memang sakit hati...nak mengenal hurul Alif hingga Ya tu..dah banyak kali tangan aku ni singgah dipahanya...tapi sekarang alhamdulillah...dah nak masuk Iqra 3 dah..lagi dua tiga mukasurat...hatinya terang cuma..kalau dah tersangkut main game waktu balik sekolah...jenuh aku dok bergaduh mintak berhenti...

Biasanya selepas membaca Iqra, aku meluangkan masa dalam 10-15 min mengajarnya membaca. Sekarang dia dah tahu sikit-sikit yang P-A-P-A tu papa...S-A-K-I-T tu sakit....tetapi kekadang P-A-P-A tu jadi jugak apa...!!! P yang depannya hilang...eja dah betul..masa time menyebutnya pulak tertinggal...pastu kalau eja S-A-K-I-T..bukan saja dia menyebut sakit..tetapi siap dengan dia punya penjelasan lagi..kekadang dia kata..." ooooo...Adam tahu..sakit ni sakit camana...bila mama cubit Adam...bila Adib jatuh" . Kekadang nak marahpun ada..nak tergelakpun ada..lepas tu..perkataan yg lainpun mcm tu jugak..lepas eja..sebut..dia explain..apa yg dia faham dgn ayat tu..bukan satu...kalau dah byk sgt...dia terangkan sampai kita kata...dah! waktu membaca yg 5 min..dah jadi 15 min...banyaklah pulak ideanya...

Mengajar Adam memerlukan kesabaran dan semestinya suara yang tinggi...dan.aku akui yg aku mmg tak sabarrrr....sbb tu dia cepat dapat membaca sbb aku....grrrr...garang...

13 April 2010

Membilang hari

Aduh! tak sabar-sabar lagi aku menunggu kedatangan mertuaku lagi 2 minggu..mak sendiri tak datang kerana keadaan tidak berapa mengizinkan..takpelah..kedatangan mak mertua suami isteri bersama adik2 ipar dapat juga menghilangkan nanti kerinduanku pada mak di kampung.
Aku juga sudah tidak sabar untuk merasa airtangan mertua...hmmm..sambal belacannya..mmg umpppp...sampai sekarang aku tidak boleh menandinginya...

10 April 2010

Hari yang sibuk

Selamat pulang kepada tetamu dari negara tercinta...Malaysia. Semalam dan hari ini merupakan hari yang singkat bagi aku yang kesibukan . Sibuk membasuh cadar, kain baju...menyapu dan mengemop lantai juga meng'iron' serta melipat baju yang bertimbun didalam bilik sebelah. Sakit jugak mataku melihat kain baju yg tidak berlipat dan rumah yang berhabuk sebelum ini. Tetapi hambatan masa membuatkan aku abaikan semua itu.

Pagi2 lagi..rumahku sudah bergema dengan bunyi mesin basuh yang tidak byk kerenah berkhidmat utk tuan kontraknya ini...almaklumlah...kain baju yang hendak dibasuh sentiasa byk kerana adanya anak2 yang sedang membesar dgn aktif..seaktif-aktifnya terutama Adam...he..he..sabar ajelah.

Rumah ku sapu bersih...sementara papanya sibuk mengerjakan carpet. Anak-anak masih tidur... keletihan...dan penat bermain di park semalam belum habis. Tambahan pula pada malam minggu aku memberi kebebasan kepada mereka untuk melihat rancangan kartun yang mereka minati sampai pukul 12 MN. Kadang-kadang tak sampai takat tupun mereka masing dah dibuai mimpi. Pagi ini Adib bangun awal dan menemani papanya diruang tamu sementara aku menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga.

Kejap lagi jika anak2 yang besar itu bangun..suaraku pulak menggantikan mesin...bergemaaaa..dgn suaraku yang bercampur-gaul intonasinya....yang pasti tentulah menggunakan intonasi dan ton suara yang tinggi2. Normal...

02 April 2010

Still the same

Aduh! aduh! papanya masih lagi demam. Mlm tadi suhu badannya mencecah 39.2 darjah C . Patutlah aku nampak dia lain macam saje...bercakap merapu sikit...membebel2...lepas bagi ubat aku tanya apa dah jadi...Dia sendiri kurang pasti..tetapi badannya spt ringan dan ingin melayang...

Tetapi hari ini..dia gagahkan diri juga pergi kerja kerana ada tugas yang perlu diselesaikan.

Papa!papa! selagi boleh bangun dia akan bangun...kecuali jika betul2 tak boleh angkat badan..barulah dia cuti agaknya...

29 Mac 2010

Bilamana

Kesian! malam tadi ketiga-tiga beranak demam tinggi. Adam dah 2 hari demam,diikuti Adib petang semalam dengan suhu mencecah 38.4 darjah C. Papanya tetiba demam mendadak malam tadi. Dania baru habis demam minggu lepas. Aku berjaga dari pukul 2 hingga pukul 5 setengah malam tadi. Bergilir-gilir melihat Adam, Adib dan papanya. Ketiga-tiga aku bagi ubat demam. Pagi ni suhu badan Adam kembali normal...balik sekolah nanti..tentu akan naik balik. Kalau tak bagi pergi sekolah...dia akan memberontak pagi-pagi buta. Dari dok tengok dia merajuk..pastu melongo tengok tv..baiklah dia pergi sekolah sahaja. Akupun takdelah nak menjerit2 panggil makan atau panggil mandi.

Papanya walaupun demam..still gagahkan diri pergi kerja seperti biasa. Itulah lelaki yang menjadi suamiku itu. Tak pernah ambik MC sesuka hati. Walau sakit macamana sekalipun..selagi boleh bergerak..dia akan bergerak. Dia tidak pernah merungut walau sedikitpun dalam apa jua keadaan. Dialah insan yang paling penyabar yang pernah aku jumpa. Kalau aku..demam macam tu..hmm...kejap menangis..kejap mengaduh...mahu diurut dari kepala hingga kekaki. Mengada-ngada.

Adib pulak..suhu tidak turun2 walaupun syrup panadol sudah aku bagi dlm pukul 2 am tadi. Pagi ni aku masukkan ubat ikut punggung. Lagi cepat kesannya. Aku jelum seluruh tubuhnya. Kemudian..dalam pukul 10.45 aku mandikan dan sekarang dia tengah lena diruang tamu. Aku rasa dia demam nak tumbuh gigi belah atas agaknya..memandangkan gigi bawah sudah elok timbulnya 2 batang. Lagipun aku tengok Adib agak cepat pergerakan motornya. Dengan umur 8 bulan dia sudah boleh berdiri memegang meja dan berjalan menyusurinya. Kekadang jatuh..kendian bangun semula.

Walaupun aku cuba pejamkan mata ni..nak qada tidur yg terganggu...mata pulak tak boleh pejam..kejap tengok Adib..kot2 dia terjaga. Tapi dia tak merengek...menangis bilamana mahu susu sahaja.

24 Mac 2010

Jiran baru

Aku dah ada jiran baru...eiii..bestnya...yg paling best diapun tak lokek dalam ilmu masak-memasak ni. Ada2 ajer petuanya didapur...layannnnn....!!!!

16 Mac 2010

Apa dah jadi ni?

Tidak kusangka......cempedak menjadi nangka! Kusangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari..! Apa kena ni? Wah! wah! jangan sangka yang bukan2. Bukannya ada tsunami yang melanda kehidupanku...dan bukannya ada benda buruk yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga cuma aku jadi agak terkezuuuuttt...berat badan turun..bukannya sikit wei...

Kalau zaman anak dara dulu berat badanku sekitar 40-42 kg. Kalau naik 42..hati dah mula risau. Bila dah kawin dan dapat anak..berat badan meningkat kepada 48 kg. Maklumlah ada lemak tambahan disana-sini. Ingatkan berat tersebut akan terus meningkat bila umur dah semakin kedepan dan diikuti dgn rantaian anak-anak yang semakin bercambah ni.

Tapi..bila aku naik aje atas scale weight tadi..bacaannnya ialah 35 kg. Aku belek dua tiga kali.rosak ke apa penimbang ni..baru aje beli..takkan dah rosak..naik lagi...tengok lagi..jarum betul ke tidak. Seblom naik, jarum tu dah terletak eloknya di no.kosong. Kedudukan scale weight tadipun dah ditempat yang rata..takde dilapik oleh apa2 bhn lain kat bawah tu..aku tengok lagi..bacaannya still sama 35 kg. Ish! ish! kalah zaman anak dara.

Nak kata aku berdiet..memang tak pernah ada dalam pemikiranku untuk berdiet memandangkan BMI ku sebelum ini sesuai dgn ketinggianku. Apatah lagi aku sekarang memberikan BF sepenuhnya kepada Adib. Kalau nampak makanan memang aku pantang. Bukan pantang apa..pantang kalau tak makan...ha..ha..berselera. Kalau kena dengan kuih bakar yang dimasak oleh Puan Siti isteri Pak Kolonel...memang aku tak ingat dunia..satu talam tu mahunya aku makan sorang2 jer.

Tapi..alhamdulillah..walaupun berat badanku turun tetapi..susu badanku tetap cukup untuk Adib sampai tersedak2 ketika minum.

Kepada kak Nur di Canberra...hal tupun memang saya fikirkan tetapi..takdelah serius sangat. Terima kasih kerana prihatin. Kita ni selalu tak berkesempatan bertemu di ruangan satu lagi tu kerana masing2 sibuk kan!

28 Februari 2010

Measles kah?

Lepas satu..satu lagi dugaan yang datang. Kali ni badan Adib naik bintik2 merah. Bukan keseluruhan badan tetapi dimuka dan dibahagian abdomen depan sahaja.Aku siap sapukan Calamine Lotion yang aku bawa dari mesia untuk mengurangkan kegatalan di badan. Aku tak dapat mengikuti sambutan majlis Maulidurrasul yang dianjurkan oleh tempat kerja papanya. Takut orang lain dijangkiti sama. Sehari sebelum tu..aku dah mintak papanya belikan kelapa sebab nak bagi Adib minum air kelapa. Walaupun kelapa tua takpelah janji ada air..

Petang tu aku bagi Adib minum air kelapa kerana ruam2 merah sudah naik ke kepala. Hari ni..hari ke-4..semua merah2 dibadan hilang. Aku jadi ragu2..measles atau hanya alergic pada susu Nestle yang aku campurkan dalam makanannya tempohari. Entahlah..

Tapi..Adib pun terkena tempias batuk Adam dan Dania. Kesian dia...tidurnya nyenyak tetapi kadangkala diselang seli dengan bunyi batuk. Nasib baik kali ni dia maintain..cool...tak banyak ragam..

27 Februari 2010

Kemaruk

Anak-anakku suka bukan main bila dapat buah tgn dari malaysia yang dah lama mereka idamkan. Melompat sakan. Hilang rindu mereka pada 'jajan' dari negara sendiri. Kalau kat sini nak makan itu ini kena belek-belek dulu. Tengok kod E..jika ada kod E yang sekian-sekian dan boleh dimakan..barulah diisi kedalam troli. Kalau tak..telan air liur sajalah. Walhal roti hotdog pun ada kod E yang tidak boleh dimakan. Tu yang kena rajin merujuk dan membuka internet. Papanya siap membawa senarai kod E yang tidak boleh dimakan dgn saiz yg sebesar tapak tgn saja kertasnya setiap kali kami shopping. Senang dibawa. Sumbat kedlm wallet sahaja.

Terima kasih juga kepada mama Nurul yang aku tidak kenali orangnya tetapi kami dapat rasa hasil masakannya yang sangat yummy. InsyaAllah..jika diberi kesempatan oleh-Nya kita akan bertemu jua. Juga kepada Nurul aka Kelly yang membelikan buku untuk Adam. Susah payah kalian mencarinya akan kami ingat selalu.

26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Tahniah buat penerima-penerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul 26 Feb bersamaan 12 Rabiulawal 1431 H kali ini. Bagi aku...anugerah yang tak terhingga jika adalah diberi kesabaran dan kemahiran untuk mendidik anak-anak dengan cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Mampukah? InsyaAllah...

Sempena hari yang mulia ini ...aku cuba memperbaiki diri...peribadi dan sebagainya. Mana mungkin kita manusia biasa ini hidup sempurna...mana ada? Tanpa kita sedari..lidah kita sering saja menyakiti hati insan lain bahkan insan yang paling dekat dalam hidup kita juga. Elokkah begitu? Terang-terang, sah dan nyata..dosa hukumnya. Walau apapun niat kita Allah jua yang maha Mengetahui apa yang tersirat dihati kita. Peluang untuk berubah kearah kebaikan sentiasa ada...cuma aku harus pandai mencari ruang dan peluang yang diberikan itu dengan bijak. Aku juga perlu berusaha merebut peluang itu.

Aku tahu masih banyak bekalan yang perlu aku himpun dan kumpul untuk dibawa kesana. Ke alam yang aku tidak tahu bagaimana kesudahannya. Baikkah? Burukkah? Entah esok..entah lusa..kita akan dijemput oleh utusannya. Takutnya hati ini bila memikirkan bekalan yang ada entahkan cukup..entahkan tidak...

Aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik...kepada keluarga, suami dan anak-anak. Teman2? Carilah seramai mungkin dan pilihlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik juga.

25 Februari 2010

Aktif atau hyperaktif

Aku pening dengan sikap Adam. Tidak tahu kenapa Adam menjadi begitu aktif...banyak benda yang membuatkan aku terfikir semunya yang terjadi adalah disebabkan oleh aku. Aku yang lebih banyak berada bersamanya dirumah. Aku selalu marah jika dia membuat benda2 yang salah..dan selalu juga meninggikan suara. Kesannya..dia menjadi cepat merajuk dan suka apabila dipujuk. Kadangkala dia suka membebel sepertimana aku marahkan dia. Setiap apa yg aku lakukan..dia akan amati rupanya. Macamana aku marahkan Dania..begitulah jua dia akan marahkan Dania. Jika aku berlembut..dia takkan mendengar kata. Kena aku bertukar watak jadi mak tiri barulah dia bergerak dan mengikut kata.

Aku rasa malu dengan jiran-jiran disebabkan perangainya. Aktifnya yang amat. Aku tidak tahu samaada kami sudah menjadi bahan umpatan atau bualan disebabkan Adam yang begitu. Aku tidak kisah jika ada orang marahkan anakku jika kelakuannya yang tidak betul. Lagi aku suka jika ada orang yang menegurnya disaat dia membuat kesalahan. Sekurang-kurangnya dia tahu ada orang tidak suka dengan apa yang dia lakukan.

Aku perhatikan setiap kelakuan Adam. Ada yang negatif dan ada yang positif. Kalau kat luar tidak ada yang positif . Cuma dirumah sikap positifnya boleh dilihat. Dia tidak boleh boleh duduk diam jika pergi kemana-mana majlis. Selalu berlari-lari dan tidak boleh duduk diam walau sekejap padahal sudah acapkali diberitahu sebelum keluar rumah supaya berkelakuan begini dan begini. Ianya bukan main. Tapi bila tiba ditempat yang dituju dan berjumpa pula dgn geng yang sekepala..mulalah dia lupa pada janji2. Itulah tabiat semulajadi budak2. Tapi..ianya kadangkala menyebabkan meter kesabaranku menjadi tinggi. Kepala berdenyut2. Dia boleh berhenti jika dia berjumpa dengan benda yang dia minat seperti games PS2.

Tapi diwaktu lain..ada juga sikap positifnya. Jika balik dari sekolah..dia dengan gembiranya akan cuba menyelesaikan homework yang diberi oleh teacher secepat yang mungkin. Dia juga berjaya menyelesaikan siri Grolier yang aku bagi dengan tepat. Boleh menjaga Adib dengan baik dan sedaya upaya memujuk Adib agar tidak menagis jika aku tinggalkan. Kalau mengaji muqaddam..alih hari ni mukasurat lain..esok sudah boleh alih surah lain. Hatinya terang.

Cuma yang aku tak tahan..jika dia sudah mengadap kartun atau games selepas balik sekolah, susahnya nak berhenti bukan main. Jika aku ambik remote..mulalah dia menangis sungguh2. Mcm berlakon pulak gayanya..dengan airmata berjura-jurai. Geram aku dibuatnya. Itu pasal..jika dia dan Dania balik sekolah..aku siap2 menyuruh dorang menyalin baju kat atas...mandi siap2 dan siapkan homework jika ada. TV dah aku tutup awal2. aku pastikan pukul 7 pm atau 8pm..kena baca Quran. Pukul 8.30-9.00 pm..mereka akan tido. Kalau aku biarkan..sampai pukul 12 Mn pun Adam takkan tido. Asyik tengok kartun atau main games.

Aku perlukan kesabaran yang banyak untuk mengawal emosi. Aku akui aku tidak ada skill itu.
Aku selalu berdoa kepada yang Esa supaya aku diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak2 dan mampu menjadi ibu mithali. Aku kagum dengan orang yang mampu mendidik dan membentuk anak2 mereka dengan peribadi yang baik. Bagaimana boleh aku contohi mereka?
Aku tidak tahu adakah anakku ini aktif atau sudah sampai ketahap hyperaktif?

23 Februari 2010

suppositori pcm

Pagi ni demam Adib semakin tinggi. Jam 4.30 pagi tadi suhu badannya mencecah 39.5 darjah C. Aku bergegas membuka peti ais. Nasib baik terlintas difikiran aku dulu nak bawa Suppositori paracetamol (PCM) ni bersama. Takut kes-kes yang tidak dijangka seperti ini terjadi. Sediakan payung sebelum hujan sebab kat sini tak tahu nak cakap macamana nakcakap dan nak cari ubat supp.pcm ni.

Papanya membantu aku dalam proses memasukkan suppositori ini. Kalau nak buat sorang2...jenuh kena kepit Adib. Aku mengambil glove didalam stor dan menyapu sedikit gel dihujung jari sebelum memasukkan kedalam punggung Adib. Kalau tak tentu Adib tak selesa. Papanya memegang erat2..bimbang Adib meronta. Bagi aku..supp..ni bagus sebeb kesannya lebih cepat. Jika suhu kurang dari 39 darjah tadi..aku hanya memberinya syrup PCM sahaja. Bila dah tinggi macam ni takut fit pulak. Bahaya pada otak kalau baby kena sawan.

Sepanjang hari ni jugak aku tak boleh nak buat kerja apa. Dia asyik meragam. Tinggalkan dgn Adam dan Dania pun dia dah taknak. Menangis.. aku macam terdengar perkataan "ma" keluar dari mulut Adib. Mimpikah atau realiti? he..he..takkanlah..umur tak sampai 1 tahun lagi...

22 Februari 2010

Demam

Pagi ni aku rasa badan Adib panas semacam. Nasi baik ada termometer digital tu. Memang betul bacaan temperature 37.6 darjah C. Tadi dia macam meragam sikit. Nak aku pegang aje. Tidurnya pun sekejap saja kira-kira setengah jam aje pagi ni. Demam nak tumbuh gigi lani. Dah nampak putih 2 batang gigi susu yang akan tumbuh tu kat bahagian bawah. Bila aku rasa dengan jari..dah terasa kerasnya. Patutlah nak menggigit saja dia sekarang ni. Akulah yang menjadi mangsa. Harap-harap demamnya ini tidak berpanjangan.

Kalau dia sihat...dia tidak banyak ragam. Aku letakkan dalam walker aje. Pastu Dania dan Adam akan menengoknya bilamasa aku membuat kerja. Bila Dania dan Adam cuti sekolah ni..lega sikit rasanya. Mereka boleh diharap untuk melayan Adib.

21 Februari 2010

Gigi susu

"Eiii!!!! takde gigi...!!!"

Adam dan Dania dok gelak sakan bila tengok diri memasing didalam cermin. Adam dah dicabut 2 batang gigi susu bawah...manakala Dania pulak dh kosong 2 batang gigi susu kat atas. Sekali tengok macam aku ni tak menjaga gigi anak2 plak. Apa taknya...gigi dah takde.. Padahal gigi susu yang tercabut tu...cantik lagi strukturnya. Takde rosak langsung..daripada diorang dok menahan sakit...baiklah cabut terus. Papanya jadi doktor gigi tak bertauliah. Mencabut gigi anak2 menggunakan benang. Lagi satu faktor yang membuatkan kami nak mencabut gigi mereka berdua ialah untuk mengelakkan dorang dari taknak menggosok gigi. Bila dah dicabut..takde alasan lagi untuk mengelak.

16 Februari 2010

Back to normal

Alhamdulillah! Lega rasanya. Tabiat tidur Adib kembali seperti sediakala. Kata jiranku Puan Azah, budak2 akan berubah sikap dan tabiat setiap kali umurnya makin meningkat atau bertambah bulannya. Ye ke? tak pernah aku menelitinya sebelum ini. Tapi bila diberitahu begitu..aku mula memerhati. Disebabkan Adib lahir 4/7 maka...kata Puan Azah setiap 4 hb setiap bulan akan ada benda baru yg berlaku...bila difikir-fikir balik ada betulnya. Bulan lepas nak genap umur 6 bulan dia cirit-birit selama 2 hari. Bulan ni pulak begini. Bulan depan...apa pula yang akan terjadi?

Semasa aku sedang ralit mengadap komputer ni..Adib masih lagi menyambung tidurnya. Kerja-kerja rumah sudah aku siapkan. Kain baju sudah aku gosok dan menyimpannya elok2 didalam almari. Hmmm...masa untuk berehat sementara dia belum jaga.....!!!! Kejap lagi dia akan bangun apabila sampai waktu makannya 12.30 noon...so apalagi...dapatlah aku regang-regangkan sikit urat yang bersimpul.

11 Februari 2010

Mungkinkah

Sedang aku berehat...aku sempat juga berfikir tentang kejadian yang menimpa diriku tempohari. Berbagai persoalan yang berputar di fikiran aku. Benda yang tak payah fikir..itulah yang hendak aku fikirkan. Aku create macam-macam soalan kenapa aku jatuh...adakah kerana tidak cukup rehat..atau adakah kerana tidak cukup tidur dan menyebabkan tekanan darahku menjunam jatuh....atau mungkin juga Adib akan mendapat adik?

Hah! soalan terakhir tu yang payah sikit nak aku menjawabnya. Adib masih kecil..tapi jika Allah dah bagi rezeki..aku dan papanya menerima dengan tangan terbuka . Andaikata ianya betul..aku merancang untuk balik bersalin di negara sendiri pulak. Cewah! macam betul2 jer aku ni...aku tak buat UPT pun..biarlah...kalau mabuk2 tu..yerlah aku mengandung. Tapi..kalau riang-ria cam kanak2 ribena lagi ni..maknanya takde apa-apalah tu.

Biarlah masa yang menentukannya . Tengoklah perutku buncit atau tidak selepas ini... tapi kalau ditanya..senang jer aku menjawabnya..dah ada suami, tentulah akan buncit..cuma antara cepat dan lambat sahaja. Akan tercapaikah cita2 kami untuk mendapat 5 orang cahaya mata seblom umur 37 thn? Lepas tu buat apa? Apa lagi..tutup kedailah......

09 Februari 2010

Pitam

Aku pitam lagi untuk ke-2 kalinya. Seperti sebelumnya di shopping komplek juga. Yang bezanya ialah tempat berlaku yg berlainan. Kejadian pertama berlaku di Alamanda, Putrajaya. Time tu aku tengah shopping jugak...kat carrefour..membeli barang2 keperluan untuk majlis rumah terbuka dirumahku di Presint 11 putrajaya. Maklumlah..lepas raya..orang buat open house..kitapun buat open house dengan melupakan sekejap situasi aku yang sedang sarat mengandungkan Adam. Padahal lagi dua tiga minggu jer lagi aku dijangka bersalin. Sebenarnya aku ni jenis yang tak suka duduk diam.

Masih aku ingat lagi kejadian yang pertama dulu. Balik dari kerja terus mengajak papanya ke Alamanda. Nak buat open housenya hari minggu..takde rasa pening atau mengantuk ke apa..semasa tengah dok nak cari brg...tetiba kepala rasa pusing....dan..tak tahu dah apa terjadi..
Sedar2..dah ramai orang dok keilling dengan security kat Carrefour tu siap dengan wheelchair. Aku ditolak kedlm bilik rehat kat sana sehingga betul2 stabil. Papanya membawa aku ke Hospital. Bacaan untuk tekanan darah, aku dah tak ingat dah berapa. Tak pasal2 aku ditahan kat wad selama beberapa hari just utk observation jika ada2 komplikasi pada baby yang dikandung. Aku dok sekejap jer kat hospital...kerana nak buat jugak open house..memandangkan kawan2 sudah diundang. Apalagi aku ambik AOR Discharged....iaitu keluar atas risiko sendiri.
Apa nak buat sudah berjanji.

Kali nipun mcm tu gak. Kami baru jer masuk dua tiga buah kedai. Keluar kedai yang ke-3 kalau tak silap..aku rasa cam tak boleh berdiri..berpusing...papanya minta aku duduk dulu buat sementara waktu selepas tu kami terus menuju escalator untuk naik atas ke tempat parking kereta. Aku berjalan sambil memeluk tangan papanya. Papanya menolak Adib. Aku tak tahu bilamasa aku melangkah naik escalator...aku rasa bdn aku tersepit...pastu bunyi Dania menangis...ingatkan mimpi..bila aku buka mata..aku lihat kepalaku dah menghala diatas tangga bawah...kaki diatas tangga keatas. Badan dah terbalik. Aku tak rasa apa2 kesakitanpun...rupa-rupanya aku dah colapse sekejap tadi..

Baby dah ditolak keatas oleh orang-orang sekeliling. Dania dan Adam juga begitu. Papanya memapah aku naik sampai keatas. Terasa payah lagi untuk membuka mata ..tetapi aku gagahkan juga bila terdengar suara papanya memanggil namaku bertalu-talu...dan bila aku ter ingatkan anak2.. Kira2 15 min kendian..aku dah rasa ok dah. kami bergerak ke kereta yang berada berhampiran. Nasib baik ada orang yang baik hati menolong menolak Adib ke kereta sementara papanya membantu aku untuk berjalan.

Aku rasa apa yang berlaku tu mungkin disebabkan tekanan darah rendah yang aku ada. Balik kerumah keesokannya aku check tekanan darah. Ambik nak...bacaannya hanyalah..90/40 jer..kalau org sakit dah lama doktor bagi supplement Hartman utk menaikkan tekanan darah. Kalau org sihat macam ni...nak bagi apa?

07 Februari 2010

Siang mengantuk, malam berjaga

Yut! yut! berdenyut kepalaku dua tiga hari ni apabila terpaksa menemani Adib. Pada siang harinya dia tido habis-habisan...manakala pada sebelah malamnya dia susah untuk tido. Adakala aku dan papanya terpaksa menongkat biji mata sampai pukul 3 pagi. Camana ni? Besok pagi terpaksa bangun awal untuk menguruskan anak2. Kepalaku mulalah pening.....akibat tidak cukup tido ni.

05 Februari 2010

Bagaikan jam loceng

Tepat pukul 7am setiap pagi dia akan terjaga...mengejutkan kami satu keluarga. Kekadang diiiringi dengan tangisan..kadangkala tanpa tangisan. Hanya suara berborak yang kedengaran. Itulah Adib. Bila makin besar ni..macam-macam perangai dipamerkan. Kadangkala time tu aku masih didapur menyiapkan sarapanka kadangkala masih dibuai mimpi. Jika hari-hari persekolahan..aku kira itu satu bonus sebab dah ada org yang kejutkan setiap pagi..tetapi jika hari minggu dia masih juga seperti itu...aduh!..terasa berat semacam jer mata ni. Geram jugak kan?

Memandangkan subuh masuk waktunya pukul 7 lebih.....habisnya dekat2 8 lebih...maka kadangkala aku turun kebawah menyediakan sarapan dulu barulah naik keatas balik untuk solat subuh. Adam dan Dania kadangkala sudah siap dipakaikan uniform sekolah oleh papanya. ringanlah sikit terasa tugas diwaktu pagi kerana papanya turut membantu...kalau tak.. mahunya aku terkejar-kejar jugak mengejar masa yang tidak pernah berhenti lelah itu.

Adib tidak akan menangis jika perutnya sudah kenyang. Biasanya aku atau papanya akan letakkan dia ditepi kakak dan abang-abangnya yang yang sedang bersiap utk kesekolah.
Pukul 9 am dia akan kembali tidur...kekadang lajak sampai pukul 12 tengahari. Time tulah..aku boleh menyiapkan berbagai kerja rumah yang tertangguh.

04 Februari 2010

sembur-sembur

Sebut pasal Adib..banyak telatahnya yang menggeletek hatiku..hobi terbarunya ialah menyemburkan air liurnya...bu..bu..bu..itulah xtvt..jika dizaman mak2 dulukala..mereka mengaitkannya dengan keguguran rambut..

Jika anak mula start menyemburkan air liur..mak2 harus berjaga2..bukan berjaga2 apa..he..he..berjaga-jagalah mengira berapa helai lagi rambut yang tinggal di atas kepala. Walaupun ia hanya retorik semata-mata tetapi kadangkala kita turut terpengaruh dan ianya terpaksa diiyakan juga kebenarannya.

Eh! dah pukul 2..aku janji nak bertandang kerumah Kak Lin pukul 2pm..oklah..aku stop dulu..tak baik melambatkan waktu. Kita sambung lagi nanti...

03 Februari 2010

Balanitis

Pada hari minggu Ahad lalu aku terkejut besar apabila Adam memberitahu yang 'anu'nya sakit ketika aku hendak memakaikannya seluar. Bila aku buka dan tengok..tu dia! bengkak dan kemerah-merahan dibahagian tengah. Ketika aku sentuh...Adam menjerit kesakitan. Kalau berada kat Malaysia aku tak risau sangat. Paling tangkas tindakan yang aku boleh ambil barangkali bawak ke hospital sajalah. Buat 'circumcision' atau bersunat. Selamat.

Tapi bila berada dalam situasi sekarang...macam-macam benda bermain dalam fikiranku. kalau bawak ke hospital pun..aku rasa doktor mungkin hanya bagi antibiotik sahaja. Aku tak tahu tentang 'law' disini. Aku pernah dengar cerita yang ada negara yg menghukum penjara orang yang buat 'circumcision' pada anak mereka (tapi, anak perempuan kalau tak silap).

So..hari tu Adam tak join Dania dan papanya bermain ice-skating bersama kawan-kawannya yang lain. Dia menemaniku sepanjang hari sambil mengadap games di PC ni. Sudahnya..malam tu aku pakaikan kain sarung ketika tido kerana dia masih dlm kesakitan. Hari isnin aku tak benarkan dia ke sekolah. Biarlah bengkaknya surut dulu.

Bila aku tahu bengkak Adam tu adalah 'Balanitis', maka berkuranganlah sikit bimbang di hati kerana aku tahu puncanya memang nyata. Apa taknya..bila kusoal macamana dia membasuh 'anu'nya selepas membuang air kecil...memang sah dan nyata...Infection...salah satu penyebabnya. Hari ni dia dah start bersekolah seperti biasa...Yay! Akupun happy sbb dia dah sihat dan aktif seperti sediakala... Alhamdulillah!

02 Februari 2010

Homemade mee kuning

Ekceli dah lama saya belajar buat mee kuning. Hari ni baru berkesempatan nak membuat sendiri sementara Adib lena kat atas . Sebetulnya saya nak merasmikan pasta maker yg dibeli kat Econsave sebelum datang sini tak berapa lama dulu. Buatpun hanya cukup2 makan jer..kalau buat lebih kang membazir pulak.



Dah buat mee kuning ni..saya 'ter' buat jugak kuetiew..tapi kuetiew yang dihasilkan agak tebal sedikit dan patah2...tapi rupa kuetiew tetap ada.. apalagi..bila dah sejuk tadi..saya masukkan dalam tupperware dan disimpan dulu dalam peti ais.


Bahan-bahannya

  • 2 cawan gandum
  • secubit kapur makan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 50-70 ml air
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Masukkan gandum, garam dan telur kedalam mangkuk. Gaul biar menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yg tidak melekat ditgn.
  3. Kepal2 doh dan leperkan sebelum dimasukkan kedalam pasta maker
  4. Guna gigi no.6. Ulang hingga doh betul2 tidak koyak dan kental.
  5. Tukar mata ke no.2 atau 3.
  6. Masukkan adunan tadi.
  7. Mesin sampai habis..

p/s : pastikan doh yg terhasil sebelum di masukkan dlm pasta maker kental.
Jika lembut..sila tambahkan gandum. Doh yg lembut akan menyebabkan mee yg direbus akan melekat di antara satu sama lain.