06 October 2015

Akak, Makcik atau Auntie?

Bila jumlah untuk umur sudah semakin bertambah,angkanya semakin besar kita harus mula untuk bermuhasabah diri. Sekejap saja waktu yang lepas terasa berlalu. Diam tak diam aku sudah berhenti kerja hampir 4 tahun. Pada mulanya aku berhenti kerja kerana berazam untuk menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tapi kini..aku bukan saja menjaga anak-anak yang seramai 5 orang,malah mula belajar untuk melibatkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan yang encik suami mulakan.

Dalam berbisnes aku belajar untuk berfikiran terbuka. Di dalam bidang ini, aku perlu berdepan dengan pelajar-pelajar Universiti baya-baya anak saudaraku iaitu dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 24 tahun. Bila bergaul dengan golongan ini secara automatik aku terpaksa menjaga penampilan agar tidak dikatakan ketinggalan zaman. Kebanyakan dari mereka memanggilku dengan panggilan akak. Agak reasonable kerana usiaku belum mencecah 40an lagi. Tapi yang tak tahannya ada diantara mereka memanggilku dengan panggilan 'MAKCIK'. Aduh! terasa tuanya diri ini.Mungkin disebabkan oleh penampilan aku yang biasa tanpa sebarang bantuan dan olesan alat-alat mekap.Kadangkala hanya berjubah hitam. Bagiku kalau panggilan AUNTIE lagi manis berbanding dengan perkataan MAKCIK. Moden and sopan. Tapi..apapun..redha ajelah yer. Yang penting rezeki itu datang.




18 March 2015

Tension!!! Bolehkah Berhenti Kerja?


Sehingga hari ini sudah beberapa teman yang sama bidang (kejururawatan) bertanyakan pendapat saya tentang hasrat mereka untuk berhenti kerja kerana kekangan masa bersama anak-anak dan suami. Ada juga yang tidak punya masa untuk menjenguk ibubapa atau ibubapa mertua di kampung kerana jadual kerja yang tidak sama dengan pasangan masing-masing. Mereka dapat cuti, pasangan pula terpaksa bekerja. Ada yang suami bekerja berbulan-bulan dilautan, tiba saat suami dapat cuti..mereka pula terpaksa merayu untuk bercuti dengan ketua masing-masing. Jika cuti mereka tidak diluluskan, si teman pula yang akan dipersalahkan oleh mertua kerana anak merekapun tidak dapat bersama mereka.Saya bukanlah orang yang arif untuk memberi nasihat kepada mereka. Tetapi pengalaman saya sedikit sebanyak dapat membantu mereka berfikir dan terus berfikir samada keputusan mereka adalah tepat atau tidak.

Pertamanya..buatlah solat sunat Isthikarah dulu untuk memohon petunjuk dari yang Maha Kuasa..( saya dulu buat solat sunat tidak lama). Maka jika korang masih belum mendapat jawapan dengan sekali dua kali solat sunat Isthikarah..buatlah berterusan sehingga 40 hari.Mudah-mudahan Allah akan memberi jalan yang terbaik buat kita dalam membuat keputusan.

Yang keduanya..pastikan suami bekerja dengan kerajaan kerana banyak faedah yang korang dapat. Samada dari segi perubatan dan pencennya di kemudian hari (jika umur masih panjang). Jika ke hospital korang akan dikecualikan bayaran-bayaran tertentu. Jika suami bekerja dengan swasta..korang kena berfikir panjang kerana syarikat swasta biasanya mereka tidak stabil dari segi pengurusannya. Kala ekonomi gawat, ada pekerja diberhentikan. Manalah tahu, jika nasib tidak menyebelahi..orang yang diberhentikan adalah suami korang. Jika korang tetap nak berhenti juga, pastikan korang atau suami korang ada pendapatan pasif yang lain yang mampu menampung perbelanjaan korang dan anak-anak di masa akan datang.

Yang ketiga ialah perlu ada simpanan dalam jangka masa panjang. Jika korang nak berhenti..duit dalam bank cukup-cukup makan, baik lupakan hasrat murni korang tu. Bila dah berhenti, mana korang nak cekau duit nak buat perbelanjaan harian. Takkan nak minta duit dengan ibubapa atau ibubapa mertua? Pastu mana nak cari duit belanja yang selalu dan sepatutnya diberikan kepada mereka tiap-tiap bulan? Mana lagi nak cari duit untuk anak-anak beli coklat atau jajan jika bereka berkehendak sekali sekala? Dan mana juga nak cari duit untuk membeli buku latihan atau membayar tuisyen mereka tiap-tiap bulan? Semua itu harus difikir dengan teliti.

So..kepada teman-teman yang ingin berhenti kerja dan tidak tahan dengan kerenah birokrasi..bertahanlah selagi boleh bertahan sehingga cukup perkhidmatan korang. Dan sehingga korang layak dapat duit pencen. Bukannya lama dah waktu itu nak tiba..pejam celi..pejam celik jer. Pekakkan telinga..cubalah ikhlaskan hati dalam perjuangan..insyaAllah..Dia akan permudahkan segalanya untuk korang. Aminnn..

26 February 2015

Sapuan Ajaib Pengubat Buasir!



( Gambar diatas sekadar hiasan)


Hah! Tak percayalah.

Cubalah..! Cubalah...!

Kalau tak cuba mana nak tahu!

Korang sanggup menderita atau melihat si dia tersayang menderita kerana kesakitan setiap kali buang air besar?

Sudah berapa banyak korang dah habiskan duit untuk mencuba pelbagai ubat dan terpaksa menelan macam-macam ubat sehinggakan sakit tekak dibuatnya!

Pantang ada ubat baru diperkenalkan di pasaran..koranglah orang yang pertama akan mencubanya..

Korang sudah membuat pembedahan..tetapi masih ada lagi deritanya. Ia muncul lagi!!!!!

Sudah puas korang menasihati si dia supaya pergi mendapatkan rawatan di hospital..tetapi si dia memang penakut orangnya. Bau ubat pun sudah meloyakan apatah lagi bila mendengar tentang prosedur yang bakal dijalankan nanti.

Jadi..apa tunggu lagi..Cubalah minyak ini..hanya perlu disapu 2 kali satu hari sahaja secara berterusan mengikut peringkat Buasir yang korang hadapi.

Saya bagi jaminan..si pemakainya akan tersenyum lebar selepas membuang air besar kerana kesakitan sudah tidak menjadi masalah lagi!



Kalau nak tahu lebih lanjut..boleh hubungi 017 3401573 melalui message atau Whatappts...


KITA BERUSAHA ! ALLAH JUA YANG MENYEMBUHKAN!

27 January 2015

Bila Anak Gadis Datang Bulan, Apa Reaksi Anda?




Langkah-langkah yang perlu diambil

~ Kita sebagai ibu harus mengucapkan tahniah sebab dia dah boleh jadi kawan kita kerana dah cukup umur.
~ Tenangkan perasaan mereka dan terangkan bagaimana proses haid terjadi...supaya mereka tidak fikir itu adalah penyakit.
~ Belikan pakaian dalam yang sesuai mengikut kesesuaian badannya.
~ Tunjukkan cara penggunaan pad yang betul, kekerapan dan cara pembuangannya.
~ Beritahu tentang etika pemakaian seharian yang betul..contohnya wajib menutup aurat kepada kaum ajnabi sebab mulai saat datangnya period..dosa mula tertanggung diatas bahu sendiri.
~ Beritahu juga tentang kewajipan solat 5 waktu.
~ Beritahu tentang batas-batas pergaulan dengan kawan-kawan lelaki semasa di sekolah

Apa yang anda perlu tahu, anak-anak gadis yang sudah mula period, hormonnya lain. Pemikiran mereka cepat matang. Maksud saya..kalau bab-bab cinta dan perasaan suka pada kaum yang berlawanan mulai tumbuh. Mereka mula menuju kealam remaja. Tahap inilah..peranan kita amat penting. Harus berfikiran terbuka dan tidak cepat melenting bila anak bercerita tentang teman-teman lelaki disekolah mereka. Pada mulanya saya memang hangin mendengar cerita cintan-cintun ni sebab zaman kita dulu mana ada kisah cinta sewaktu di sekolah rendah. Tetapi encik suami seorang yang amat penyabar dan memahami. Suka melayan anak-anak bercerita. Lama -kelamaan saya boleh mengikut versi suami. Mendengar dengan tenang tatkala anak-anak bercerita. Menerima setiap apa yang berlaku disekolah dengan penuh minat. Pada pendapat kami, lebih baik dia bercerita pot-pet-pot-pet daripada merahsiakan apa yang berlaku di dalam kehidupannya setiap hari.

Sekarang dia sudah berumur 12 tahun. Tahun ini merupakan tahun penting sebab adanya peperiksaan besar seperti UPSR menanti. So lepas ni..saya perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan perasaan anak ini yang semakin ke depan.





24 January 2015

Coming Soon Homestay Bandar Seri Putra



Aduh! Tahun baru menyaksikan kesibukan saya sebagai seorang surirumah yang mempunyai banyak cabang kesibukannya. Dalam sibuk-sibuk ini sebenarnya kami merancang untung menambah cawangan homestay/ guesthouse kami di sekitar Selangor pulak. Doakan semoga hajat kami ini berjalan dengan lancar. Lokasinya memang stategik sangat-sangat. Sesuai untuk anda yang ingin menziarahi anak-anak yang sedang belajar di kolej atau Universiti yang berdekatan. Kali ini kami senaraikan sikit-sikit keistimewaan homestay yang akan datang.

Lokasi : Bandar Seri Putra

~ 30 min dari KLIA
~ 3 min dari KUIS
~ 10 min dari UKM
~ 10 min dari syurga beli belah NILAI 3
~ 5 min dari stesen komuter Bangi
~ akan datang pasaraya TESCO
~ akan datang taman tema air ( dalam pembinaan..dijangka siap tidak lama lagi)
~ berhampiran kedai makan ( bagi yang tak minat memasak) dan kedai2 runcit
~ 5 min dari restoren makanan dan minuman segera etc pizza hut, dominos pizza, kfc, mc Donald ( coming soon), kedai mamak, Cool blog.

Fasiliti

~ Rumah teres 2 tingkat
~ Fully furnish
~ 4 bilik 3 bilik air
~ washing machine
~ free WIFI
~ peti sejuk
~ microvawe

BUATLAH TEMPAHAN SEKARANG UNTUK JANGKAMASA 1 BULAN AKAN DATANG!



Nor :017 3401573
Syah : 017 3430824



Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Boleh hubungi kami sekarang untuk mengetahui harga yang ditawarkan.