26 Januari 2010

Duduk

Sudah lama aku tidak menjenguk blog ini...bukannya tidak ada idea tetapi...aduh! perasaan malas ni menjadi2 pulak. Nak kata busy, boleh tahan semenjak anak buahku balik kampung ni..Walau apapun..ada2 saja aktiviti aku besama Adib.

Dari sehari kesehari aku dapat melihat perkembangan motor Adib. Dah dua tiga hari dia dapat duduk tanpa memerlukan bantuan. Cuma..merangkak still macam dulu..kekadang kebelakang. Merangkak yang betul2 lancar tu..belum sampai lagilah. Pandai dia menarik kakinya kedepan bilamana kaki yg satu lagi sudah ready berada didepan. Hmmm...setakat ni dah dua tiga kali tumbang dan tersungkur kedepan. Nasib baik menangisnya cuma kejap aje..bila dipegang..senyaplah dia.. Adib akan menangis jika dia duduk tetapi tidak dapat bergerak kedepan untuk mencapai seseuatu barang...

18 Januari 2010

Terasa kesannya

Minggu ni dah masuk minggu ke-2 Adam memulakan persekolahannya di BIS (British International school). Tinggallah aku, Adib dan Siti di rumah. Biasanya pada waktu2 begini..rumah ini akan riuh rendah dengan suara Adam dan bising suaraku menyuruhnya mandi. Apabila dia tiada di rumah..memang lain benar rasanya.

Fikiran akupun asyik berfikir yang bukan2 saja. Macamana dgn Adam di sekolah...? Bolehkah dia menyesuaikan dirinya? Makankah dia bekalan yang aku bekalkan.? Sebelum turun tadi aku dah berpesan...makanan mana yang perlu dimakan terlebih dahulu...kalau tidak diberitahu begitu..maunya dia memakan semua bekalan pada satu masa sahaja. Sedangkan..kelasnya sampai 3.15 pm.Ataupun dia buat2 lupa dan bawa semua bekalan tu balik semula dan makan kat rumah seperti hari ke-2 persekolahannya tempoh hari.

Suhu pagi ni -21. Bajunya dah berlapis2. Aku siap berpesan pada Dania supaya menolong Adam memakai baju sejuknya sewaktu pulang kerana Adam masih belun cekap lagi. Beriya2 kakaknya tu mengiyakan kata-kataku..dalam keadaan macam ni..barulah aku perasan yang Dania amat mengambil berat tentang Adam jika aku tiada ditempat tersebut . Kelakar juga...bila kat rumah..pantang bertemu...bergaduh..hmm..anak2...kekadang membuatkan hatiku beku..kekadang membuatkan hatiku cair dek kerenah mereka...:)