25 Februari 2010

Aktif atau hyperaktif

Aku pening dengan sikap Adam. Tidak tahu kenapa Adam menjadi begitu aktif...banyak benda yang membuatkan aku terfikir semunya yang terjadi adalah disebabkan oleh aku. Aku yang lebih banyak berada bersamanya dirumah. Aku selalu marah jika dia membuat benda2 yang salah..dan selalu juga meninggikan suara. Kesannya..dia menjadi cepat merajuk dan suka apabila dipujuk. Kadangkala dia suka membebel sepertimana aku marahkan dia. Setiap apa yg aku lakukan..dia akan amati rupanya. Macamana aku marahkan Dania..begitulah jua dia akan marahkan Dania. Jika aku berlembut..dia takkan mendengar kata. Kena aku bertukar watak jadi mak tiri barulah dia bergerak dan mengikut kata.

Aku rasa malu dengan jiran-jiran disebabkan perangainya. Aktifnya yang amat. Aku tidak tahu samaada kami sudah menjadi bahan umpatan atau bualan disebabkan Adam yang begitu. Aku tidak kisah jika ada orang marahkan anakku jika kelakuannya yang tidak betul. Lagi aku suka jika ada orang yang menegurnya disaat dia membuat kesalahan. Sekurang-kurangnya dia tahu ada orang tidak suka dengan apa yang dia lakukan.

Aku perhatikan setiap kelakuan Adam. Ada yang negatif dan ada yang positif. Kalau kat luar tidak ada yang positif . Cuma dirumah sikap positifnya boleh dilihat. Dia tidak boleh boleh duduk diam jika pergi kemana-mana majlis. Selalu berlari-lari dan tidak boleh duduk diam walau sekejap padahal sudah acapkali diberitahu sebelum keluar rumah supaya berkelakuan begini dan begini. Ianya bukan main. Tapi bila tiba ditempat yang dituju dan berjumpa pula dgn geng yang sekepala..mulalah dia lupa pada janji2. Itulah tabiat semulajadi budak2. Tapi..ianya kadangkala menyebabkan meter kesabaranku menjadi tinggi. Kepala berdenyut2. Dia boleh berhenti jika dia berjumpa dengan benda yang dia minat seperti games PS2.

Tapi diwaktu lain..ada juga sikap positifnya. Jika balik dari sekolah..dia dengan gembiranya akan cuba menyelesaikan homework yang diberi oleh teacher secepat yang mungkin. Dia juga berjaya menyelesaikan siri Grolier yang aku bagi dengan tepat. Boleh menjaga Adib dengan baik dan sedaya upaya memujuk Adib agar tidak menagis jika aku tinggalkan. Kalau mengaji muqaddam..alih hari ni mukasurat lain..esok sudah boleh alih surah lain. Hatinya terang.

Cuma yang aku tak tahan..jika dia sudah mengadap kartun atau games selepas balik sekolah, susahnya nak berhenti bukan main. Jika aku ambik remote..mulalah dia menangis sungguh2. Mcm berlakon pulak gayanya..dengan airmata berjura-jurai. Geram aku dibuatnya. Itu pasal..jika dia dan Dania balik sekolah..aku siap2 menyuruh dorang menyalin baju kat atas...mandi siap2 dan siapkan homework jika ada. TV dah aku tutup awal2. aku pastikan pukul 7 pm atau 8pm..kena baca Quran. Pukul 8.30-9.00 pm..mereka akan tido. Kalau aku biarkan..sampai pukul 12 Mn pun Adam takkan tido. Asyik tengok kartun atau main games.

Aku perlukan kesabaran yang banyak untuk mengawal emosi. Aku akui aku tidak ada skill itu.
Aku selalu berdoa kepada yang Esa supaya aku diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak2 dan mampu menjadi ibu mithali. Aku kagum dengan orang yang mampu mendidik dan membentuk anak2 mereka dengan peribadi yang baik. Bagaimana boleh aku contohi mereka?
Aku tidak tahu adakah anakku ini aktif atau sudah sampai ketahap hyperaktif?

2 ulasan:

ain berkata...

salam noor..akak pun bukan lah seorang ibu yg sabar dgn kerenah anak2. byk jugak berleter dan terjerit2 dgn kerenah mereka. pdhal anak2 akak bukan lah kategori yg nakal. susah nak train diri supaya lebih berkompromi dan byk menggunakan psicology approach bila menangani anak2. anak lelaki akak pun mcm adam. boleh berjam2 mengadap psp n ps2 tanpa henti. kalau akak tak menjerit dia tak reti nak stop!! worst..akak rampas games dia n tak kasi dia main. tp it is totally wrong. dia pun dah 13 tahun kan. salah cara akak tu!!! now ni apa yg akak buat, akak btau dia, dia boleh main sekian jam...klu dia tersasar, dia tok leh main for the rest of the day!!! infact I will cut his tv programmes n no outdoor activity. a bit keras but it works.

semoga noor dpt menangani masalah adam dgn berhemah.

Nor berkata...

terima kasih kak Ain atas nasihat yang diberikan. Lega rasanya kerana ada juga orang yang dapat memahami masalah saya ni. Kekadang saya berazam utk berlembut atau berhemah dlm membentuk dirinya tetapi... adakalanya azam tu tak menjadi. Boleh dikatakan tetiap hari berazam bagaimana utk membentuk dirinya..susah lagi. Kerana adanya sokongan dari Kak Ain..akan saya cuba sehingga dapat...InsyaAllah..