14 October 2010

Cubit Paha Kanan Paha Kiri Terasa Sama

Selama ini saya sukar untuk berperasaan begini. Untuk pertama kalinya semenjak berjauhan daripada emak dan adik beradik dikampung saya dilanda perasaan sedih. Bukannya masalah berat yang menimpa tetapi sayu dan kasihan mengenangkan adik saya yang sedang menjaga anak sulungnya sendirian tanpa suami disisi lantaran tugas yang lebih memerlukannya. Saya tak dapat bayangkan macamana jika saya berada di situasi yang sama. Tentulah setiap hari airmata ini akan mengalir ataupun bil telefon akan melambung pada bulan itu lantaran mengadu dan berkongsi kesedihan dengan suami tercinta. Sekarang inipun..saya turut terasa akan kepayahan yang adik saya sedang lalui.

Seingat saya sudah seminggu anaknya Iman Rafiq demam . Suhunya mencecah sampai 39.8 darjah. Kejap2 SMS sampai dan kami berbalas2 mesej umpama pakwe menghantar SMS pada aweknya. Saya sebetulnya turut merasa kagum dengan adik ipar yang sanggup berulang-alik dari kelantan ke Johor dan dari Johor ke Kelantan pada setiap hujung minggu melihat anak dan isteri tanpa jemu2.

Bukan adik saya tidak berusaha untuk meminta tukar sekolah. Tetapi belum sempat diisi borang pertukaran online ke Kelantan atau Terengganu..sistem sudah tidak boleh dimasuki menandakan semua daerah sudah penuh dan tidak memerlukan guru disana. Mungkinkah?Entah sampai bila dia akan berusaha? Cekalkah hatinya menerima dugaan sebegitu? Sampai bila?

No comments: