28 August 2010

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Saya sebetulnya kagum dengan orang -orang yang terror dalam soal masak memasak, terutamanya kuih muih tradisional. Bagi saya setiap orang perempuan semestinya tahu memasak kerana itu penting untuk mengikat perut suami dan anak2. Jika beribu alasan diberikan..rasanya ia sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Alasan busy dengan kerja..tak cukup masa..mak tak suruh masak masa dedulu..dah ada orang gaji dan sewaktu dengannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kita sudah tahu kita pandai memasak..takkanlah selamanya kita tidak mempunyai inisiatif untuk meningkatkan diri kita..takkanlah selamanya kita nak bergantung kepada masakan kedai semata-mata.

Seingat saya..dulupun saya tidaklah secerdik mana dalam matapelajaran Suri RumahTangga (SRT) yg diajarkan disekolah. Time cikgu mengajar..fikiran kelain. Begitu jugak semasa masih bergelar anak dara. Masa bergelar pelajar sekolah, mana ada masa kedapur ( alasan lagi). Tapi itulah hakikatnya .Andaikata masa tersebut boleh diputar kembali, tidak akan saya benarkan mak melangkah kedapur langsung. Sungguh!!! Betapa berharganya ilmu yang ada pada orang tua kita.

Dengan adanya dunia IT ilmu masakan menjadi semakin telus..tiada had dan sempadannya..Bila berada di perantauan....saya terpaksa merajinkan diri berguru dengan orang yang lebih arif. Guru saya tidak lain tidak bukan internet. Dengan adanya internet, saya merayap dari satu blog kesatu blog mencari resepi2 yang kena dengan selera anak tekak seisi keluarga Jika ada masa saya akan berjalan meredah mana2 blog masakan hingga terjumpa blog2 masakan yg pemes2 di alam cyber. Benarlah kata pepatah "Hendak Seribu Daya..Tak Hendak Seribu Dalih." Trial and error. Itu merupakan perkara biasa. Kerana berkehendaklah..saya maju sedikit dari sebelumnya dalam soal masak-memasak. Tak rugi sebenarnya kalau kita mencuba.

2 comments:

Laily Wahab said...

Best la entry ni Nor...........boleh jadi pembakar semangat kepada yang setuju dgn maklumat dan kata-kata yang diberi. Boleh la tulis byk2 lagi ekkk.......I keep it as a motivation to myself...hehehehe

Nor said...

yer ke kak? InsyaAllah. Ia hanya sekadar pendapat biasa sahaja.. :)