03 September 2010

Bagai Kucing Dengan Tikus

                                              

Kelakarkah bunyinya perumpaan itu? Tidak tergamak rasanya saya hendak menggunakan istilah bagai anjing dan kucing untuk anak-anak saya. Saya rasa istilah baru itu lebih lembut dan agak bersesuaian. Hehehe....biarlah saya seorang yang menggunakan istilah ini..saya tidak kisah..saya rasa lebih selesa begitu.

Bergaduh setiap hari, menjerit sesama sendiri membuatkan saya begitu tercabar dengan kerenah anak-anak. Semasa saya belum bergelar ibu sepenuh masa ini..saya tidaklah berapa ambil pusing sangat akan keadaan ini. Tetapi..bilamana saya terpaksa berdepan dengan situasi yang sama setiap hari menjadikan perwatakan saya juga turut berubah. Saya bertukar rupa kadang-kadang menjadi harimau..singa dan sebagainya. Bagaimanakah caranya saya untuk meningkatkan kesabaran diri. Setiap kali selepas solat..saya memang tidak lupa supaya diberi kesabaran yang luarbiasa ketika membesarkan anak2. Supaya anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Tiada ulasan: