Bermula dari hari Jumaat lepas, saya tak henti2 memasak dan memasak. Memerah idea setiap hari untuk mencari menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dari Malaysia adalah suatu benda yang amat mencabar . Boleh dikatakan setiap hari saya mencuba mengaplikasi menu2 yang dijumpai di blog2 yang saya singgah jika kehabisan idea. Alhamdulillah..setakat ini hasil masakan tidak menghampakan mereka. Bukan isi bakul angkat sendiri yer..hahaha..tak malu betul saya ni..kannn!!!
Menu hari Jumaat sempena hari pertama mereka disini..saya menghidangkan nasi ayam. Disebabkan mereka sampai kerumah saya sudah pukul 5 lebih hidangan itu dijadikan dinner terus. Basuh mulut dengan kuih cara.
Menu hari kedua pula breakfast dengan meehon dan karipap pusing. Tengahari saya masakkan daging masak lemak cili api, ayam goreng kunyit, ikan kering buatan bapa mertua yang amat sedap, sambal belacan cicah salad dan timun. Pada belah malamnya dah tak ingat dah.
Menu hari ke-3 breakfast dengan shepard pai yang diambil menunya dari buku 1 hari 1 resepi karya Chef Hanieliza. Ini kali kedua saya buat. Kali pertama semasa lunch dengan Ambassor baru tempohari. Untuk tengahri saya masak nasi putih, kari ayam, ikan kering yg dibeli kat Ashan buatan Rusia kot...sedap dan rangup cam keropok. Pastu kerabu mangga yang dibeli 2 biji di Metropolis, Ikan sibas masak stim dan sedikit sayur campur. Dinner pulak saya tak masak cuma saya buatkan mushroom Soup yang diberi resepinya oleh Lia serta ban manis yang diambil resepi dari buku Chef Alex Goh.
Menu hari ke-4 saya jamu mereka breakfast dengan roti salut kaya dan murtabak yang diorder dari Kak Arfah. Lunch saya buatkan nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca daging dan acar jelatah. Manakala sebelah malamnya saya menyiapkan 2 biji pizza. Itupun ditoping dan dibakar selepas balik dari meronda2 dari Kremlin.
Menu untuk hari ini pula breakfast dengan nasi lemak sambal, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun. Lunch pula saya sediakan nasi putih, ikan sibas masak sweet sour, sup daging, telur goreng dadar sambal belacan cicah salad dan timun. Untuk hidangan malam ini saya sudah menyiapkan bahan2 untuk hidangan makaroni bakar. Malam ni terus bakar.Tunggu Encik asben beli makaroni sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan