13 Februari 2011

Roti Canai Moscow

Selamat pagi dan Assalamualaikummm...

Seperti yang dijanjikan..saya akan share cara-cara membuat roti canai yang amat simple step by step. Saya agak orang2 kat Mesia tak heranpun sebab anda semua boleh mendapatkan roti canai bila2 masa saja di kedai2 berdekatan...atau di kedai mamak berhampiran. Betul tak? Yg teruja sangat nak tahu cara2 buat roti canai ni kebanyakannya orang2 yg duduk kat negara luar macam saya ni..Saya agak jer la! kalau tak betul telahan saya..maafkan saya yer sayang2 semua...:)

Oklah tak nak banyak2 melalut..jom kita masuk dapur!!! Bahan-bahan yg diperlukan ialah...1 kg gandum, 3 cawan air sejuk biasa ( tengok cawan yg saya gunakan dan TIGA..bukan 2 seperti diatas ), 1 1/2 st garam, sdkt marjerin atau minyak sapi utk di sapu pd doh.

Memula..saya masukkan semua bahan dalam Encik bread maker (BM). Bagi dia buat kerja2 ni.. sbb encik kita ni banyak tenaga. Anda toksah dok bazir2 masa menguli. Perlu diingatkan..air hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tu rata dan doh yg terhasil cantik. Seperti biasa tekan menu ' dought'.

Buat 2 kali adunan. Maksud saya...kali pertama tu dia akan pause kan? So..stopkan cepat2 BM dan on lagi sekali sampai adunan betul2 lembut dan terhasil spt di dlm gambar. 

Masukkan doh tadi kedalam bekas yg lain dan tumbuk2 sikit doh supaya angin keluar..

Bentuklah doh bulat-bulat. 1 kg gandum, saya dapat dalam 20 biji..hasilnya besar sikit berbanding doh yg saya buat sebelumnya. Tapi.saya nak bagitau..20 bijik tu memang elok-elok besar doh yg terhasil ..takyah nak kecik atau nak tambah besar doh. Maknanya..1 kg buat bulat2 bagi dapat 20 bijik.!! Lumurkan doh dgn marjerin atau minyak sapi spy ianya tidak melekat diantara satu dgn yg lain. Tutup doh dan biarkan selama 2-3 jam.

Kepada anda yg pandai tebar..boleh mula menebar. So..kepada anda yg ada talam seperti saya (sila guna beakang talam)....lumurkan tgn anda dgn minyak..renjis-renjiskan sedikit ke permukaan talam..kemudian..tarik2 doh tu perlahan2 sehingga menjadi spt di dalam gambar. Renjis-renjiskan minyak lagi sekali..baru lipat. 

Seperti ini.

Gorenglah menggunakan api yg perlahan dan balik-balikkan selalu supaya hasilnya tidak keras.

Balik lagi..

Adik2..kakak2..jom jemput makan roti canai Moscow!!! Sedap dimakan dgn kuah dal, kuah kari, gula ataupun susu pekat manis. 


14 ulasan:

-Incek Fik- berkata...

Ya Allah!!! Sedapnya roti canai Kak Nor ni. Serius rasa teruja tengok Kak Nor buat roti canai. Kalah kedai mamak punya hahahaaa...

Tolong post kat Beijing sikit boleh?

Penjejak Mimpi berkata...

alamak... tingat lak kat roti canai mak kat kg tu... :(
huhuhuhuhuhu

Unknown berkata...

mearik nampak mcm sedap dari biasa.. hehe

RaJa NuRuL FaTiN berkata...

salam perkenalan...

stuju la ngan akak pasal orang duk luar negara je excited nak buat roti canai ni...kalau kat malaysia, x yah nak susah2 buat. g order kedai je. lagi jimat kos dan masa...tp bila duk diperantauan, rasa seronok plak buat roti canai...macam satu pencapaian yg boleh dibanggakan bg student cam saya ni...

Nor berkata...

FICKRY : nak bila? hehe..beres2..

penjejak mimpi : ha! jgn salahkan kak Nor plak ya..!

Irfan : nampak luarbiasa sbb org yg membuatnya! wakaka..perasan plak kak Nor ni...

fatin : betul tu..apatah lagi bila tgk org lain berselera menjamah hasil tgn kita tu kan?

Azian Elias berkata...

Salam Nor,

thanks sudi singgah blog akak dr jauh. Sudi comment lagi.

Cantiknya roti buatan sendiri. Inspired boleh buat utk sarapan utk anak dan frozenkan.

~ AppLe BLosSoM ~ berkata...

uish..teringin lak nak makan roti canai..kena g cari nie..huhuhu

Nor berkata...

kak Yan : saya menyambut salam dr kak yan dgn besar hati...

bolehlah buat sarapan anak sekali-sekala. Sbb dah lama sgt tak makan kan..:)

Rania : jgn marah..kak Nor buat Rania terliur...

Jumir berkata...

Kite pandai buat roti canai 'tarik' nih....He3...

Izan Ishak berkata...

salam singgah kak nor...

wahhh...mahal kalau jual roti canai moscow ni kak. teringat masa izan kecik2 mak pernah buat roti canai sendiri. sama gayanya dgn akak~

Nor Moscow berkata...

ada ke org nak menjual? Utk suka2 saja dik!
sama ke? hehe..ada geng...

Unknown berkata...

suka makan roti canai pagi sabtu..makan dgn cicah susu pekat manis.. nyum nyum.. tambah minum nescafe.

Nor berkata...

Kak asid : kalau buat sendiri lagi rasa best semacam jer..apatah lagi bia tengo anak dan encik asben laju je makan...

KNizam berkata...

boleh cuba ni nanti. kat islamabad pun xde roti chanai hehe :)