27 February 2011

Akok

Sebut saja Akok...terbayang rupa parasnya yang berkedut-kedut tetapi amat enak rasanya...dengan lemak merdunya ibarat org tua yg sudah bongkok tiga..tetapi banyak pengalamannya..hmmm..bermadahlah plak saya ni...kalau balik Terengganu..Encik asben akan singgah di tepi2 jalan yang ada gerai menjual akok.

Bila kat sini saya terpaksa mencuba So..pandai-pandailah buat jika ingin hasilkan dlm jumlah yg sedikit. Semasa dibakar..ia akan menggelembung tetapi korang jangan bimbang...sebaik saja keluar dr oven akok ini akan mengecut dan akan menghasilkan kedutan yang diimpikan...


Bahan-bahannya
  • 12 biji telur- boleh kurangkan 8 biji telur
  • 800 ml santan (saya guna 2 bungkus santan serbuk)
  • 350 gm gula melaka -kalau tak nak manis..boleh kurangkan.
  • 1/2 st garam.
  • 1/2 st esen pandan sbb daun pandan terhad.
  • 400 ml air suam
  • 140 gm tepung gandum

Cara-caranya
  1. Masak gula melaka bersama air sehingga cair. Sejukkan.
  2. Blend semua bahan lain sehingga sebati di dalam blender.
  3. Campurkan bahan yang diblend tadi kedalam gula melaka yang telah disejukkan.
  4. Panaskan oven 200 darjah
  5. Sapu acuan dengan marjerin supaya akok tidak melekat.
  6. Masukkan satu senduk bahan tadi dan masukkan kedalam acuan.
  7. Bakar selama 10-15 min dengan suhu 200 darjah C (bergantung kepada dapur anda)

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.

7 comments:

fara said...

wahhhhhhhhhhhhhh. fara rindu sama akok! tapi tak pandai buat. tengok resepi cam senangnya, harap2 leh buat, insyaAllah. tapi akak guna acuan apa ek?

Nor Moscow said...

fara ; guna acuan mufin jer

zaty luvlianncezzz said...

akok..xpenah dgr.huhu

tp kalo akk wat sndiri utk zati sggup je zati makan.hheehe

Izan Ishak said...

mesti kak nor terer buat ni. bahan2 pun senang je ni. bolehlah try...amik resepi dulu ye kak~

Lorna said...

Lorna tak pandai mkn kuih ni kak nor...even mak pujuk2 pun cam tak lalu tekak neh ;p but even rupa dia cenggitu, tp sedap kan benar yerr...ehehe..

cikpuanhady said...

waaa..sodapnyer akok..peberet ni..kat sana ada gula melaka ek?

Jom skodeng :Jom join Heartbeat.my!

intan.maisarah said...

ya ampun, sedapnye akok!!!!