11 February 2011

Roti Canai Frozen

Selamat petang...

Alhamdulillah! Misi saya hari ini untuk menguli dan menghasilkan roti canai  berjaya dicapai.  Resepi dan cara-caranya belum dapat diselitkan kerana tak dapat nak snap gambar step by step disebabkan tgn saya yg penuh minyak dan tak ada assistant untuk menolong. Lagipun doh kali ini saya gunakan 2 kg gandum dan main cmpak2 sahaja serta tidak mengikut mana-mana tok gurupun. Nasib baik menjadi sbb ikut 'rasa' tgn...!!!

Nampak cam lembut kan?

Memulakan proses pembungkusan. Roti canai di susun dan diletakkan di dalam aluminium foil.
Setiap bungkus saya letak 10 biji
Yang siap dan belum di bungkus
Semuanya 7 bungkus. So saya berjaya menghasilkan 70 biji roti canai pagi ini utk difrozenkan. Jimat masa dan tenaga. Nak makan..ambik saja dari peti ais..kan?


dan Adib seperti biasa..membuat kerja2 sampingan.


Aduhai! nasib baik tak pecah saya punya hand mixer dipijaknya....

17 comments:

ROSNAJIHAH said...

nampak menyelerakan la roti canai yang kak nor buat tuh.hihihi..

kak nor buat roti canai gune mixer ker ?? yang adib pijak tuh..peluk cium adib untuk cik ros k..comey adib tuh..

RaNiA said...

wah..jenuh nebar roti la nie..

paradoks hati said...

haha. adeh..pijak mixer tu..
tengok roti canai baru teringat lama sangat tak makan roti canai. haish..hehe :D

Lorna said...

alololooo comei yer adib :) jgn noty2 sgt yer syg....hehe..wahh byk yer stok roti canai kak Nor!! tergezut den...

SyUhAdA said...

btol tu..
wat byk2 senang..
nk mkn amik je..

Nor said...

Ros : zaman la ni mana guna mixer dah buat roti meroti termasuk roti canai ni..BM kan ada...sumbat dlm BM aje..Mixer yg adib buat main tu guna kalau nak buat kek aje..tapi rumah ni..kek tak laku..!!

Rania : kak Nor tak gheti nak tebar..pakai tarik2 aje kat talam besar.

paradoks hati : kalau kat mesia..teringat..terus masuk kedai mamak..kat sini kalau buat teringat camtu..jenuh nak cari bhn dulu.

Lorna : simpan byk2 coz boleh keluarkan if ada kes2 emergency :D

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Rajinnya. Sedekah kat saya sebungkus boleh. Banyak pahalanya nye tu. Kalau ok nanti saya pi ambik ye.

Anonymous said...

Norrr... nak oder boleh?
Cantiknye roti canai..

KShima.

Nor said...

kak shima : Ahad ni boleh rasa...FOC..

Nor said...

Kak Sam : mana boleh lawan ngan mamak penang?

Nor said...

Kak shima : kalau nak rasa sekarang..boleh.tapi takde kuah lagi..blom buat..mintak Nina turun ambik..

Woofer Storm said...

slm sis..

hehe budk kan.mcm2 bnda dia nak buat..hehee
selalunya kalau dah bungkus tu nak suruh pos malaysia ke??sy tggu ni.heheee

farasakura said...

wahhh nampak sedap je..yum yum XD
pos 5 keping kat fara..hee lapar ni pagi-pagi

blog-tips-kurus said...

Adib test QC tu. hihi!

* sis, nak gemok sgt senang. meh dok sehari bersama kami. Kompem ade perkembangan & peningkatan! :-)

eT said...

salute la wat roti canai sendiri...
me selalu wat lempeng jek...huhu

pasni kene beli mixer yg tahan pecah...yg kebal..hehhe

NICK IRFAN said...

takut tgk adib berdiri atas tu sbb sy pnh masa kecik terjatuh sbb berdiri mcm tu la? eh! roti canai pun ada jgk ke kat moscow? wah! rasa sama jgk ke? akak makan dgn apa?

Nor said...

WS : betul tu..eh! nak ke? nanti kirim ngan kapal terbang petang ni..hahhaa..

Fara :boleh2..

Blog-tips-kurus : ish! panjang sgt nama nak tulis..betul ke? boleh jugak tu!

eT : biasalah..menunaikan tuntutan anak2..nak tak nak..kena belajar buat jugak..

Irfan : pernah jatuh? budak buaslah ni..!!! eh! adala..entah ler rasa tu sama ke tidak.. makan dgn kuah dal aje..tu yg pandai..yg lain tak pandaipun..