17 February 2011

Jemput makan..

Hari ni tak sempat nak masukkan entry berat coz jap lagi nak keluar..ada hal..agaknya petang baru balik kot! Jadi sambil menunggu Adib bangun..saya taip ler dua tiga patah perkataan sebab takut rumah ni cam sunyi pulak..takde benda baru. Macam nilah kami..ibu2 yang tidak bekerja ni..dalam seminggu kadang2 ada dua kali kami terlibat dgn kerja kat luar. Meringankan otak yg berat dan mengambil angin sambil bertemu kawan2 dan bertukar cerita. Best kan?

Cucur campur nama diberi
Biasanya setiap kali kami berjumpa..makan-makan memang tak pernah miss. Pot luck sikit sorang. Dah jumlah kami ramai..bila sorang sikit bawak..lama2 bertimbun gak makanan tu!  So..hari ni saya buat cucur ajelah. Campuran ikan bilis, kentang , daun bawang dan tauge. Dicicah ngan Sos Cili. So..saper2 nak join..silalah jemput makan sama...hehe.. Sila-sila jangan malu2..

4 comments:

Mrs. Asida said...

Dolu2 Asid de buat cucur cam gini, ikan bilis di tuko ngan carrot, tambah maripan sikit.. tepung beras sikit, tepung gandum.. hah jadi cucur tsunami.. janji de sosnya...kang tak sedop plak.. :)

Nor said...

kak asida : betul2..asal ada ikan bilis semua sedap kan! tambah2 lagi jika ada sos cili..tapi bila dok luar ni..kena belajar wat sos sendiri sbb sayang stok sos cili yg ada.

Mrs. Asida said...

ooo mcm tu pulak dah.. Senang je kan nak wat nyer.. gula dan garam kena seimbang rasa. :)

Nor said...

kak Asid : kalau ada gula melaka..campurkan sikit..