21 February 2011

Jalan-jalan Moscow (Part 2)

Jika datang ke Moscow..memang tak sah jika tak singgah di istana Aladdin ni...iaitu Kremlin yang juga dikenali dgn nama Red-Square. Saya panggil istana Aladdin sebab bentuknya cam dalam cerite kartun tu..macam dalam mimpi dapat tengok bangunan-bangunan yang klasik tersebut. Tak dapat tidak..sekeping foto mesti diabadikan disini..menandakan sahnya kunjungan korang ke Moscow. Tempat wajib! ingat..tempat wajib bergambar! Biasanya macam-macam aktiviti yang dapat dilakukan disini samada time Winter, Spring, Summer ataupun Autum. Kalau drive dari rumah saya, 10 minitpun dah boleh sampai.

Kredit to Saiful Nang untuk foto ini.



Tempat outing adik2 student..

Saiful Nang pun dah sampai..

kat belakang tu deretan gerai yg menjual souvenior..gambar ni diambil sms winter last year..suhu tak berapa sejuk sangat..
Mainan yang dijual di gerai tersebut..tetapi..semuanya dalam bahasa Russian..
Seperti biasa souveniour pun ada. 

Inilah Moscow State Historical Museum yang menyimpan berbagai koleksi sejarah Russia seperti mata wang dan tinggalan barang2 lama yang lain.
  
Time winter..dibuka pusat untuk bermain ice-skating kat tengah2 area Kremlin ni..

Istana Aladdin yang saya katakan tu..St Basil Cathedral nama betulnya..

lenguh jugak kaki nak berjalan dari hujung sana ke hujung sini. 

Red Square mempunyai 2 shopping kompleks. Kat belakang tu merupakan salah satu daripanya yang dikenali dgn nama GUM. Segala jenis macam kedai ada kat dalam tu..Reganya..adui mak! mahal..kalau nak shopping..kena carik tempat lain.Tempat shopping.ni rasanya untuk orang2 kaya mereka jer...berposing dgn kazen encik asben yang datang sini last year atas urusan kerja. 

Tempat ibu2 berposing jugak. Bersama isteri mantan Duta Besar Moscow ke Russia..Datin S...

Bangunan belakang tu ada kubur Lenin.  Nama bangunan tu Mouseloum Lenin. Ada yang kata Lenin diawet cam Firaun tu supaya mayatnya tidak reput..tak tahulah ya atau tidak. Dibuka kepada umum setiap hari kecuali hari Isnin dan Hari Jumaat sahaja.  Nak masuk tapi belum berkesempatan lagi...ditambah pulak dgn perasaan takutpun ada. 

Tempat  posing utama pada hari raya atau pada  graduation days bagi bakal-bakal doktor ini .. 

13 comments:

Hidayah said...

Assalam,

Akak sy ada pertanyaan di LONDON day 1 ( hehe,sorry sibuk2 kat sini ) btw gambar2 yg menarik :)

Hanis MY said...

bestnyaaaaaa nk g moscow!

Nor said...

jawapan kat sana yer hidayah..:)

mr.syazwan said...

menarik sgt

suke ngan istana aladin tu

=_=

ishamizu said...

Wah, bestnya!! mst melawat Moscow ni satu hari nti..hihi. Nor lama lg tak kt sana? :D

BTW, TQ for sharing, dear! :)

A.s.t.i.n.a said...

Ya Allah bestnyee..

saya ade aura cemburuuu..

tgk sweater tebal merah.. pemakainyer pulak comel.. arrgghhhh

riena said...

jarang dgr ttg moscow ni..tapi bila tgk blog akak baru tau..ooooo ini moscow rupanya..akak kerja atau belajar kat sana? dah berapa lama tinggal sana?

Nor said...

syazwan : cantik kan?

Ishamizu : kena datang tau!..me? hujung thn ni balik for good. InsyaAllah..

Astina : salah orang tu dear..sweater merah yg mana satu? kak Nor pakai sweater itam itewww...

Riena : kak Nor pun sama cam Riena..tak pernah dgr pasal Moscow b4 that..bila dok sini barulah tahu yang moscow ni menarik tempatnya.
soaan ke seken tu..akak bekerja as a housewife..keke..stay kat sini baru 1 tahun setengah.

Ijah EmoTemo said...

wahhh bestt tu :)

paradoks hati said...

huhu..yg gambar last tu rasanya tempat tu ada masuk amazing race. heee..:D. teringin nak g russia :D

Nor Moscow said...

iJAH : (^_____^)

Paradoks hati : Pernah masuk Amazing race? yer ke?

ROSNAJIHAH said...

best woooo..bile la dpat gi sane..hihi

Nor said...

Ros : bila-bilapun boleh..kena rajin intai tiket murah, kalau nasib baik dpt rm 2k lebih kos tambang pergi balik tau!