22 April 2011

Saya Dengan Dia Memang Ada Hubungan .

Huarggg! Nak tergelak besar saya dengan tittle yang direka sendiri. Dia? Siapa? Eh! Ada skandal jugak ke mak orang ni? Mestilah nak publisiti gak cam artis pemes2 tu.hmmm....ada ke patut...:D.

Dia yang saya maksudkan jiran selang dua tiga buah rumah dengan saya di Bandar Seri Putra, isteri kepada kawan encik asben saya iaitu penulis novel yang memang tengah naik sekarang yg sudah menghasilkan hampir 5 buah buku novel kalau tak silap saya. Beliau yang dimaksudkan ialah Laila Kamilia. Bila dah jadi kawan encik asben..secara automatik dia juga merupakan kawan saya. Logik tak?

Alkisahnya balik cuti baru2 ini memberi kesempatan untuk kami bertemu selepas asbennya kembali semula ke mesia selepas menamatkan master selama 2 thn di Jerman. Sebelum berangkat kesini saya ada meluahkan hasrat untuk membeli buku2 hasil tulisannya dari novel pertama hingga ke-3. Yang ke-4 dalam pembikinan dan yang ke-5 katanya baru bermula di prolog. malam sebelum berangkat, kami bertemu sekali lagi. Pertemuan dua sahabat antara encik asben saya dan asbennya membuka ruang juga untuk kami bersembang sekali lagi buat kali terakhir.Salam perpisahan yang LK hulurkan bukan setakat salam sahaja malah turut ditinggalkan didalam genggaman saya dua buah buku hasil karya beliau. Saya terharu kerana beliau masih ingat akan permintaan saya.

Nak dijadikan cerita..saya ni memang suka membaca novel2. Biasanya di kedai saya akan mencapai apa jua novel terbaru hasil tulisan novelis Norhayati Berahim. Tapi kali ini saya mencuba sedikit kelainan kerana membaca hasil buah tangan sahabat sendiri. Novel pertama selesai dibaca. Yang kelakarnya...untuk saya menghabiskan  membaca novel yang bertajuk "Lakaran Kasih" ni..banyak mana airmata saya tumpah. Laju tanpa dipinta. Menghayati watak dan jalan cerita..itulah saya Tapi..bukan nak bodek..novel ni memang best sesangat. Touching abiss..jatuh cinta rasanya dengan watak Zuhairee...

19 comments:

alexa yussida said...

wahhh kak nor..tak sangka hantu novel gak :)yus dah lama tak baca novel..hehe tp mmg minatt gak,leh meleleh layan cite tuh n bole stay up sehari semalam tak tdo untuk abeskan satu novel :)

Nor said...

Yus : tak tido lagi ke? kalau nak pinjam..mehla datang rumah..berlambak novel2 dalam almari. Ada yang tak terbacapun ada.

Miss Ran said...

erm nak baca..karya spe ye..bole cr

Nor said...

Miss Ran : Laila Kamilia..best-best hasil tulisannya. Keluaran Alaf 21 lagi..hebat..

ni blog beliau.. http://lailakamilia.blogspot.com/

lina said...

salam tuan tanah- ambil la gambar novel tu...selalu baca novel ramly awang murshid :)

Nor said...

Lina : nanti kita masukkan ok?

azila said...

zla dulu pon camtu gak KNor..emo terlebih2 kalo baca novel..tp skang ni dah xbaca lak..xtau kenapa?heheh

Nieza said...

Kak, pinjam novel....hehe dulu memang suka baca novel tapi sekrng minat dh beralih ke baca blog pula..hehe

ct N honey said...

best la dpt berkawan dgn orang femus..banyak membaca menambahkan pengetahuan

Penjejak Mimpi said...

Sy da lame tak bace novel. Ntah nape minat nak membace novel tu da ilang...
:(

hans said...

wah
memang betul2 menghayati cerita dalam novel yang dibaca tu

Nida said...

kalau Nida suka baca novel yg nipis jer..hehe

Nor said...

Azila: bebanan kerja kot yg menyebabkan mood tu hilang..

Penjejak mimpi : tu mesti dok layan citer korea kot...

hans : memang..

nida : tengok pengarang dan jaan citer gak..kalau yg diakui tu mmg nak carik yg tebal2 spy lambat habis atau tak payah abis langsung...ada ke novel yg takkan abis..khayal kan?

Miss Ran said...

terima kasih kak..nasihat sgt bergune..minat baca novel..kalau nak gelak tawa baca maid pulak

Penjejak Mimpi said...

Nor: Tq a lot untuk FM dan key chain. Suke sesangat..

Jom baca: Ole Ole dari Moscow

selipar biru said...

suka baca novel~~
rAMLEE aWang Murshid dan Aina Emir~~

Mukminah Wahab said...

wah bestnye dapat kwn penulis novel leh dpt free novel. mcm my cousin BFF kepada penulis novel BICARA HATI..huhu.

Anonymous said...

nor-terima kasih atas sokongan anda. insyaAllah novel ke 4 saya akan terbit tidak berapa lama lagi. kalau pulang, boleh baca dan bagi komen membina masjid yer...heheh

mukminah-BFF tu singkatan tuk apa?
-Laila Kamilia

laila kamilia said...

novel keempat saya Cinta Pandang Ke-2 telahpun berada di pasaran Julai 2011. Untuk lihat trailer sila ke http://www.youtube.com/watch?v=TfRpfBC2WVY dan http://www.youtube.com/watch?v=bHviryD9CTc&feature=related

semoga terhibur