31 January 2011

Puding Gula Hangus Bakar

Assalamualaikummm!!!
Suka tak puding gula hangus atau karamel ini? Nak makannnn..tapi harganya mahal kan? Kalau tak silap saya kat pasar malam dijual dlm rm 2.50 sepotong.  Ermm..apa kata kita buat sendiri jer karamel ni! Jommm!! Saya cuba tunjukkan cara membuat puding gula hangus ini step by step..okay!

Bahan-bahan
8 biji telur (sebenarnya jumlah telur yg nak dimasukkan terpulang kpd anda. (Boleh guna 4,5,6, atau 7 biji telur) Jika telur yg digunakan sdkt..maka karamel yg terhasilpun akan kecil.
1 tin susu pekat manis (tak kisah tin kecil atau tin besar)
2 sb tepung jagung yg telah dibancuh dgn 1 tin air (pastikan anda menggunakan tin susu pekat manis diatas utk menyukat air ni)
1 sk esen vanilla
1/2 st garam

Cara-cara
Masukkan 1 cawan gula tadi kedalam loyang yg ingin digunakan menggunakan api perlahan. Kacau selalu spy tidak berketul.

Bila gula sudah menjadi seperti diatas maka ketepikan. 


Masukkan semua telur. kacau sebati.

kemudian..masukkan susu , air yg dicampur tepung jagung tadi, esen vanilla dan garam. kacau lagi.

Ok..kita berhenti sekejap utk tengok gula hangus kita dah keras ke belum. baiklah..jika gula hangus tu dah keras mcm ni..maknanya kita boleh teruskan dgn step yg seterusnya.

masukkan adunan tadi kedalam loyang yg mengandungi gula hangus tersebut. Slow2 yer..nanti tumpah! 

Biasanya karamel dikukus. kali ni ..saya nak mengajak anda membakar puding ni!  Nampak tak talam yg saya letak loyang tu! Isikan 4 gelas air kedalamnya..panaskan 10 min seblom loyang diletakkan. Bakar adunan dgn suhu 200 slm 50 minit.

Memula masak karamel  akan nampak tak cantik mcm ni. Jangan risau..biarkan dlm 3o minit lagi diluar and then baru diletakkan di dlm peti. 


So..inilah hasilnya..

Info : jika anda ingin kukus..boleh kukus slm 45 min dgn api yg perlahan.

20 comments:

pak long said...

salam...
sedapnyer....nanti nak suruh mem kiter buat la..ikut cara resepi ni...

Nor said...

pak long : silakan..senang sangat..kalau nak sedap lagi..perah dua tiga titis air limau nipis atau lemon..lagi besttt..cubalah!

zaty luvlianncezzz said...

perghhh...nmpk cedap semacam jeeee

eh kak

lma dh x btandang kt blog zaty


sila2

:)

Nor said...

ZATY ;mmg sedap..tak tunjuk yg potong sbb nak bg kat jiran.kalau tunjuk..ehemmmm..

Eh! kak nor ni tetiap hari bertandang tau :)

Nieza said...

kak nor, jom tukar ngan kek kukus 7up saya....nk rasa karamel akak buat ni pula...sedapnya:)

Nor said...

mana dapat 7-up? Jom2..

Peranakan Budu said...

sodap nih...like2..hehe..meh follow meh (^_^)

Nurul Afifah Addnan said...

xske msak..ske telan ble kwn wat..sdap.! >.<

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Suka sangat puding ni. Tapi jarang2 buat sebab sendiri buat sendiri makan. Dulu kalau bulan puasa beli kat pasar ramadhan tapi la ni tak boleh dah sebab tiap2 tahun harga pasti naik punya. Nanti nak try bakar plak le. Tq 4 sharing.

Nor said...

Kak Sam : mahal kan? Cuba cara baru pulak..lagi senang tak yah nak kukus2 dah..

Nor said...

Nurul : kena cuba ni yang ...!! senang dan sedap..seblom ni senang ditelan..ha lepas ni senang utk dicuba jugak..
Kak Nor pun tak pandai masak gak seblom ni..tapi kena pompuan..kena pandai sikit walaupun tak byk..:)

NICK IRFAN said...

huh! senang je buat dia ingatkan susah td boleh cuba jgk ni

Nor said...

Irfan : kan! kan! cubalah buat. Abih la!...lepas ni kurang 1 customer makcik pasar mlm tu....:)

selipar biru said...

sedapnya!!!!

sy kt uk kak nor =)

Nor said...

Aina :lepas ni bleh buat kat sana plak..kena cuba baru tahu sedap ke tidak!..:)
Kak Nor baru ajer balik dr London..cuti.

decrewz said...

Wah.. Nampak macam senang je.. Sesuai la kalau org bujang nk cuba buat,..

Nor said...

decrewz : kalau dicuba lagi senang. Ha! sesuai sangatlah utk org2 bujang yg rajin mcm awak ni dik!

sissyira said...

salam malam rabu =)


1st time buat hangus, sebab ralit menyembang, tapi sebab mengidam, makan jugak, pahitnya mak ai, Tuhan je yang tahu ....

RaNiA said...

salam kak..
slalu wat gula tue lepas dh cair campur secawan air..tapi leceh la nanti letop2..seram ooo..kena angkat letak tepi kejap baru buh air..tapi lepas tue jenuh nak kacau bagi cair smula..nnt nak try cara akak nie lak..tak perlu risau2 tangan kena percik air gula..:-)

Nor said...

Sissyira : samalah kita..buat mula2 hangus..gula hangus katakan...!!hahaha..

RaNia: betul2..kak Nor pernah wat cara tu..meletup tak ingat! so..ni teknik baru lepas tengok dlm tv omputih cara buat gula hangus...baru menjadi...