19 January 2011

Jom tengok orang kawin kat Moscow...

Semalam bertempat di Kedutaan Malaysia Moscow ada majlis perkahwinan. Mesti korang tanya..orang Melayu ke orang Rusia yang kawin kan? Ekceli..majlis ni adalah anjuran Tourism Malaysia Moscow kerana girl yg kawin tu adalah staff tourism. So..jom kita tengok betapa meriahnya majlis tersebut.! Untuk pengetahuan korang majlis perkahwinan dan akad nikah telah dijalankan di Malaysia dan ini adalah majlis yg mereka ke-3 bagi pasangan bertuah ini. grand giler..siap ada reporter dan stesen Tv dari salah
satu stesen Tv yg terdapat di Moscow ni membuat liputan..walau hanya tiga empat minit...jangan jeles u!
Karipap adalah kue yg pertama abisss...laku beb!

Antara makanan yg disajikan oleh katering di Embassy yg terdiri dari nasi putih, dalca, ayam masak merah, acar mentah dan papedom (kalau tak silaplah). Perut dah berbunyi2  bila tengok makanan ni.  

Bunga manggar siap dgn flower gurl dan pasukan kompang. jangan tak percaya beb! Feel tu memang rasa cam kat Mesia. Hilang rindu kat bunyi kompang..pong!pong!dap!dap! Semasa kat Mesia..memang saya suka memenuhi majlis kawin kawan2..kalau tak dapat pegi..rasa cam nak nangis jer..suka dgn ayam masak merah!


 Siap dgn pelamin tu! hasil tangan mereka-mereka yang kreatif  dan Kak Baiti staff Embassy yg memangku gelaran Mak baptisan pengantin..hehe..jangan mare kak Baiti..Tapi..saya memang salute ngan org yg bekerja keras bagi menjayakan majlis ini..kedepan2..mereka2 pulak yg bakal menimang menantu .....bagus!bagus! practice make perfect... 


Hepinya wajah pengantin baru kita ni...tahniah Bob (bakal doktor ni) dan Puan Sarifa (staff Tourism Malaysia). Semoga jodoh korang berpanjangan dan 'dipercepatkan' dapat baby..ahak!

Diapit oleh Duta Besar Malaysia ke Moscow..

Tengok..saya ambik tak ingat donia....!!! mengidam nasi minyak...jangan tak tahu...jemput  makannnnn...Bismillah....

Selepas makan-makan..acara yg seterusnya memang tak akan lari..berfoto dan bergaya dgn pengantin. Ini geng2 wanita pulak berposing. Saya terasa cam pengantin bila dok bertempek disisi pengantin.ehem..ehem. Eh! nasib baik badan saya ni kecik..kalau tak mahunya runtuh pelamin sebab dok di kerusi yg sama dgn pengantin. Over posing tak kita ? Hu...hu..terkenang semasa dolu...:)

Gambar2 lain akaN Di masukkan kendian..tungguuuu,....

4 comments:

Nieza said...

kak nor, bestnyer meriah tu...tak jemput org Finland pun...hehe

Nor said...

hehe..Nieza..hos untuk majlis ni Tourism. kalau anak dara kak Nor naik pelamin..nanti kita jemput ek! dan2 anakpun masih kecik lagi..tupun 10 dua puloh thn akan dtg...insYaAllah..

Woofer Storm said...

hehee besh gak kwin kat moscow ni..heeee

Nor said...

best dik..meriah!