11 January 2011

Home Sweet Home

Alhamdulilah akhirnya kira-kira pukul 5 setengah pagi semalam saya sekeluarga selamat kembali ke Moscow dengan menaiki Aeroflot dari lapangan terbang Istanbul Atarturk Havalimani ke Lapangan terbang Sheremetyeyo terminal D setelah hampir 10 hari menjelajah negara luar Moscow.... .lari dari cuaca sejuk yang melampau disini.


Memang takde benda lain yang terlintas di fikiran saya sepanjang perjalanan dari airport ke rumah melainkan bantal semata-mata. Rasa macam dah tak sabar lagi nak melelapkan mata..nak qada balik tidur dan rehat yang keciciran sepanjang perjalanan kami anak beranak.


Bahagianya bila saya dapat meluruskan badan..membetulkan mana2 urat yang tegang apatah lagi bila berada di rumah sendiri bukan dihotel tempat kami menginap. Penatnya baru terasa...

2 comments:

Nieza said...

salam kak nor, wah dh blk bercuti dah bestnyer....tapi bab penat tu yg x best memang berhari2 baru bk hilang penat tu..niza travel seminggu hari tu pun mcm tu..btw jgn lupa upload photo ya.

ibudania said...

tula Nieza..sampai hari nipun masih terasa penat dan letihnya..
anak2 pun baru hari ni gi sekolah.
InsyaAllah..gambar tu akan di tempek gak sekeping dua kat sini.