14 January 2011

Istanbul (Part 2)

Hari ke-2 ni kami keluar pagi2 kerana nak ronda2 luar kawasan luar Sultanahmet dengan menaiki tour bas. Kelihatan suasana masih lengang diwaktu pagi . Bangku2 yang diletakkan berhampiran BlueMosque kosong.

Inilah City Sightseeing Istanbul bus yang dipanggil Hop On-Hop Off yang membawa kami pusing-pusing Istanbul di sebelah Asia selama 90 minit . Bayaran untuk menaiki bas ini ialah 20 Euro seorang. Kanak-kanak dibawah umur 7 thn tidak dikenakan bayaran.

Mendamaikan..


Kaki pancing mengambil peluang memancing di sepanjang jambatan. Ada diantara mereka yang sempat lagi melambai2 kearah bas yang dinaiki..

Perkara yang saya paling suka tentang Istanbul..berjalan dua tiga langkah akan kelihatan masjid. Setiap kali masuk waktu solat..bukan satu masjid saja akan melaungkan azan..malah bersahut-sahutan suara keramat melaungkan azan..menusuk ke kalbu. Sudah lama..saya merindui suara azan yang merdu begini.

Tenang...


suka tengok gambar ni...

Rasa nak turun main jer kat sini....


Berhenti penat didepan BlueMosque selepas pusing sambil minum teh panas. Tempat yang pagi tadi kosong..sudah dipenuhi oleh orang ramai yang kebanyakan pelancong. Jika anda berada disini..dalam 5 minit akan ada org yang menawarkan teh panas atau susu campur karamel berharga 2 Lira. Saya tak berapa suka rasanya..tak kena dgn tekak kita...! Mungkin ada org yang boleh terima. Disini juga..anda akan dipujuk untuk membeli buku2 atau pamplet tentang Istanbul...anda kena berani menepis...:D


Sebelah kanan adalah merupakan pintu untuk masuk ke dalam blue mosque. Saya 'lepaking' di luar sementara menunggu encik Asben solat zohor dan jamak asar. Mana-mana visitor tidak dibenarkan masuk ketika masuk waktu solat.

Kestane ialah berangan bakar. Tak sangka kat negara dorangpun ada buah berangan !Gerai2 seperti ini..memang banyak di area2 seperti Bluemosque, Topkapi palace, Hagia Sophia serta Grand atau Spice Bazaar. Buahnya pulak bukannya kecik2 macam tpt kita..ni ha! sebesar ibu jari kaki..mak oiii..tengokpun dah sengal gigi..cam tak larat nak kunyah..besar sangat. So..kami makan jagung bakar dan jagung direbus yang turut dijual digerai tersebut.

Sempat singgah di Spice bazaar. Hati dok tahan nak beli barang coz..banyak lagi tempat kami nak pergi selepas ini. InsyaAllah..selepas balik dari London..saya akan dtg lagi kesini.

3 comments:

Nieza said...

wah best la kak nor, nampak cerah kat sana tak mcm kat sini gelap jer memanjang.

Nor said...

Alhamdulillah..nasib kami agak baik..cuma pagi last tu hujan turun renyai2.

MOH KEMBARA said...

Salam Nor, kalau cuaca cerah memang semua cantik. Pandai amik gambar!