22 Januari 2011

Athens, Greece (Part 1)

Selamat petang semerrr...

 Saya ingin menyambung kisah ttg lokasi percutian kami yang ke-2 selepas Istanbul sempena Winter kali ini iaitu Athens, Greece yang juga disebut dlm bahasa Greek dgn nama 'Athina'. Ia merupakan bandar raya yg tertua dan terbesar Greece serta tempat dimana bermulanya demokrasi. Dinamakan sempena nama dewi Athena. Athens kuno merupakan tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle. Disini juga bermulanya peradaban Barat. Athens juga diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896.

Pemandangan Athens dari atas flight.

Pemandangan dari atas kereta..padat kan penduduknya...?


Tempat yang pertama kami tuju. Pintu ni kami tidak dibenarkan masuk sbb ada kanak. So..kami cari jalan lain. 

Tempat yg kami nak tuju. Tinggi ni! Walau macamanapun kami nak panjat jugak  bukit ni untuk sampai ke bangunan  Parthenon di atas Akropolis yang termasyur kerana ia merupakan  mercu tanda epik untuk peradapan barat. Agak2 sampai tak kami dgn adanya anak bertuah tiga org di belakang?

 jika terjumpa signboard seperti ini..maknanya dah jumpa jalan yg betul dan kena ikut yg tulisan Thiselon tu untuk membeli tiket masuk.

Ni mereka2 sedang menolak stroller Adib untuk membeli tiket. Jalannya mmg berbatu-bata begitu.  Penat jugak! belum panjat bukit yg tinggi tu lagi! Mampukah? Huwaaaa....

Hehehe..dah sampai..nampak bangunan kat belakang tu. Nak boleh ke sampai kat atas ni dua tiga botol air mineral jugak sempat kami habiskan.

Untuk makluman seme2..air tidak dibenarkan dibawa keatas..tetapi...nampak! Adib berjaya menyeludup air tersebut hingga keatas. Kalau tak mahunya pengsan budak2 dahaga. So kepada sesiapa yg berhajat nak pegi sana..pandai-pandailah  guna teknik menghilangkan botol air. 

Pemandangan dari atas. Gayat!

Selepas turun dr Akropolis kami pusing bandar Athens utk cari  makanan pulak.  Tengok gambar ni cam Chow Kitpun ada..bersepah benda2 mcm ni dijual.

Burungpun ada dijual ditepi jalan. Tak sangka! 

Nampaknya nasib kami tak berapa baik kerana hari hujan dan banyak shopping kompleks yg tutup sempena tahun baru.
Selepas makan buah langsat berkali2 walaupun tengok map, akhirnya kami terjumpa juga tanda 'M' diatas. Apa lagi  orderlah makan byk2 fillet..urrrpppp..sori..lapar sgt tadi!



Di Athens terdapat Monastiraki Flea Market yang menjual mcm2 benda. Gambar2 takde kat sini..semuanya saya sumbat dlm FB nanti. Nak sampai Flea Market nipun senang kerana ia terletak berhampiran Stesen metro. Jalan kaki saja ke situ. 

7 ulasan:

Unknown berkata...

wah bestnyer...harap dapat juga sampai kesana nanti...hehe

Nor berkata...

InsyaAllah...berbaloi2..time jalan tu tak terasa penat sbb asyik dok bergambar ja..

-Incek Fik- berkata...

SubhanAllah! Cantiknyer pemandangan.. Dah le pi Istanbul, pastu melancong ke Moscow plak..

Serius best!!!
Kawan saya tengah cuti kat Istanbul ni hehehee..

Nor berkata...

FICKRy : Istanbul dan athens memang tempat kami melancong ..But now we all stay kat Moscow..

Istanbul kena wajib pergi..best sesangat..!!!

Unknown berkata...

wow!! bestnyer dpt melawat negara orang.... Iris Malaysia pown blom abis lagi....

Unknown berkata...

wo! bestnyer teringin nk pegi tp xpe la xdpt pegi pun? dpt tgk gmbr dlm entry akak pun jd la.. hehe

Nor berkata...

Iris : kalau ada rezeki sampailah tu sayang...:)
Irfan : kalau mcm tu kena jenguk2 selalulah kat sini..