08 November 2009

Sosej

Pagi tadi aku sekeluarga ber'breakfast' ngan sosej roll lagi. Kebetulan memang papanya ada beli 2 kg sosej kat masjid( tempat daging halal dijual) pada petang Jumaat selepas balik dari kerja.Sudah lama benar papanya meminta aku buat sosej roll ni..baru hari ni rasa rajin sikit nak menguli doh..


Baru dikeluarkan dr freezer

Kat sini sosej dijual secara kilo. Nak sekilo? Dua kilo? Semuanya boleh. Bentuknya berangkai2. Kalau kat negara kita..sosej yang dijual siap dipek atau dibungkus...kat sini..sosej diletakkan di dalam satu bakul atau bekas. Ada sosej daging dan ada sosej ayam. Rasa sosej ayam agak masin berbanding dengan sosej daging. Kak Ain dan Lia jangan terkejut yer bila tengok sosej kita ni!..unik!...

Kebiasaannya anak2 dan papanya suka makan sosej bersalut roti cicah ngan sos dan sosej roll ni aje..lagipun yang itu jer menu yg aku reti buat..yang lain belum cuba utk dibuat lagi..nanti-nantilah.

1 ulasan:

ain berkata...

yep...mmg unik sosej sana. beli pakai kilo aje. kat sini sng sikit dn siap pek2. kat umah akak, sosej roll dh jd fav anak2 dh. nk buat pun senang. kenyang pun kenyang!!!!