19 November 2009

Kelas tarian

Termasuk hari ini dah 2 kali bermula hari selasa lepas rumahku dijadikan studio (kunun-kununnya) tarian bagi kaum-kaum ibu disini. Tariannya diajar secara tidak rasmi oleh Puan Arfah yang merupakan cikgu tarian bagi staff Hospital Putrajaya semasa berada di Malaysia. Untungnya kami kerana mendapat tunjuk ajar percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran oleh beliau. Ini kerana beliau juga merupakan salah seorang isteri pegawai yang bertugas disini.

Hah! berpoco-poco sakanlah kami kaum2 ibu. Kelas bermula dari pukul 10.30am. Ianya tamat kira-kira pukul 3 pm. Itu jumlah jam termasuk bergosip dan makan-makan. Yang lawaknya...jumlah peluh yang keluar tu tidaklah sebanyak mana kerana masing2 bawa pot luck makanan. Lepas menari-nari..apalagi..makanlah..ha..ha..abis tu bila nak kuruskan badan...anak2 kecil dibiarkan bermain Sendirian Berhad. He..he.bebudak dok diam2 yer..ibu memasing tengah berusaha utk meng'slim'kan badan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

heheeh..gambo kelas tarian tak ada ke Cik Nor?

Kshima

ain berkata...

amboiiii...poco2 yeee!!! kalau akak menari poco2...alamat terpocot2 le sbbb bdn jenis keras. tak reti menari langsung.hihihi

psst...letak le gambar poco2 tuuu!!! nak gak tengok kaum2 ibu sana menari.hihihi

Nor berkata...

Nak letak gambo kena mintak izin kengkawan yg terlibat dulu...kak Shima.

Kendian kita letakkan yea Kak Ain.