Pagi ni demam Adib semakin tinggi. Jam 4.30 pagi tadi suhu badannya mencecah 39.5 darjah C. Aku bergegas membuka peti ais. Nasib baik terlintas difikiran aku dulu nak bawa Suppositori paracetamol (PCM) ni bersama. Takut kes-kes yang tidak dijangka seperti ini terjadi. Sediakan payung sebelum hujan sebab kat sini tak tahu nak cakap macamana nakcakap dan nak cari ubat supp.pcm ni.
Papanya membantu aku dalam proses memasukkan suppositori ini. Kalau nak buat sorang2...jenuh kena kepit Adib. Aku mengambil glove didalam stor dan menyapu sedikit gel dihujung jari sebelum memasukkan kedalam punggung Adib. Kalau tak tentu Adib tak selesa. Papanya memegang erat2..bimbang Adib meronta. Bagi aku..supp..ni bagus sebeb kesannya lebih cepat. Jika suhu kurang dari 39 darjah tadi..aku hanya memberinya syrup PCM sahaja. Bila dah tinggi macam ni takut fit pulak. Bahaya pada otak kalau baby kena sawan.
Sepanjang hari ni jugak aku tak boleh nak buat kerja apa. Dia asyik meragam. Tinggalkan dgn Adam dan Dania pun dia dah taknak. Menangis.. aku macam terdengar perkataan "ma" keluar dari mulut Adib. Mimpikah atau realiti? he..he..takkanlah..umur tak sampai 1 tahun lagi...
3 ulasan:
betul tu, sup PCM tu perlu utk menurunkan suhu bdn dgn cepat!! akak pun stock some at home!
kalau suhu lebih 39 darjah baru saya bagi supp PCM. Itupun 8 hourly. Kalau syrup saya bagi dlm 6 hourly. sampai hari ni..demamnya masih lagi ada walaupun tak tinggi sangat.
Interesting reading your blog
Catat Ulasan