26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Tahniah buat penerima-penerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul 26 Feb bersamaan 12 Rabiulawal 1431 H kali ini. Bagi aku...anugerah yang tak terhingga jika adalah diberi kesabaran dan kemahiran untuk mendidik anak-anak dengan cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Mampukah? InsyaAllah...

Sempena hari yang mulia ini ...aku cuba memperbaiki diri...peribadi dan sebagainya. Mana mungkin kita manusia biasa ini hidup sempurna...mana ada? Tanpa kita sedari..lidah kita sering saja menyakiti hati insan lain bahkan insan yang paling dekat dalam hidup kita juga. Elokkah begitu? Terang-terang, sah dan nyata..dosa hukumnya. Walau apapun niat kita Allah jua yang maha Mengetahui apa yang tersirat dihati kita. Peluang untuk berubah kearah kebaikan sentiasa ada...cuma aku harus pandai mencari ruang dan peluang yang diberikan itu dengan bijak. Aku juga perlu berusaha merebut peluang itu.

Aku tahu masih banyak bekalan yang perlu aku himpun dan kumpul untuk dibawa kesana. Ke alam yang aku tidak tahu bagaimana kesudahannya. Baikkah? Burukkah? Entah esok..entah lusa..kita akan dijemput oleh utusannya. Takutnya hati ini bila memikirkan bekalan yang ada entahkan cukup..entahkan tidak...

Aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik...kepada keluarga, suami dan anak-anak. Teman2? Carilah seramai mungkin dan pilihlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik juga.

1 ulasan:

ain berkata...

Salam maulidur Rasul utk nor sekeluarga juga. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW yg bertaqwa!