Bahan-bahannya
- 4 biji pisang saiz sederhana (kalau pisang besar cam kat sini 3 bijipun dah cukup)
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan minyak masak
- 1 1/2 cawan tepung gadum diayak bersama 1 st soda bicarbonat dan 1 st baking powder
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu besar air limau nipis
- 1 st esen pisang (saya tak masukkan)
- 1 st esen vanila
- secubit garam
- Panaskan oven ke suhu 185 darjah C. Gunakan api atas bawah.
- Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dgn marjerin atau alas dgn kertas minyak.
- Kisar gula, telur, minyak di dlm blender hingga putih (3-5 min)
- Tuang kedalam mangkuk
- Masukkan campuran tepung. Kacau rata dgn senduk.
- Masukkan pisang , esen vanila,
- air limau nipis. Gaul sebati.
- Masukkan adunan kedalam loyang Dan nasak dalam oven selama 45 min/ keperangan (oleh kerana saya guna bekas kertas yg kecik2 tu.. masa membakar hanya 15-20 min sahaja)
- Gunakan api atas bawah.
2 ulasan:
kek pisang memang sng nak buat and rasanya dia pun sedappp!!!
Saya ni semuanya tak pandai kak. Boleh buat mufin nipun rasa suka sangat.
Catat Ulasan