Semalam, bila buka saja FB..terpampang gambar anak-anak yang berjaya dalam pelbagai bidang atau dalam mata pelajaran tertentu yang dipost oleh ibubapa masing-masing. Mereka memperolehi Augerah Pelajar Cemerlang. Tahniah diucapkan kepada anak dan ibubapa diatas kejayaan anak masing-masing. Sayapun ada anak dua orang anak yang sedang belajar di sekolah rendah. Tapi kedua-duanya memperolehi keputusan biasa-biasa sahaja. Sebagai seorang ibu, tentulah kita merasa sedikit terkilan diikuti dengan bebelan. Mana taknya..anak kawan, anak jiran depan rumah, anak jiran sebelah rumah, semuanya dapat anugerah semalam.
Tetapi bila duduk bersendirian..saya mula muhasabah diri. Anak yang sulong..perempuan sekarang berada darjah 5..saya tak berapa risau sangat. Budak perempuan ni lain sikit..cepat matang dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Dia cepat faham dan tangkap apa yang cikgu ajar walaupun darjah 5 kalau tak silap saya ada belas-belas kelas. Setiap kelas muridnya hampir mencecah 40 orang! Ketika dalam darjah 4, iaitu pada tahun pertama kami balik dari luar negara dia berada dikelas yang ke7. Dengan keputusan peperiksaan hujung tahun dia mula naik ke kelas nombor 3 ketika darjah 5. Alhamdulillah..
Yang paling saya risau ialah anak yg nombor 2 lelaki..darjah 4 sekarang. Dia sama macam si kakak 2 tahun lepas..kami menghantarnya ke Sekolah Kebangsaan Seri Putra. Sekolah tak sampai 2 bulan, dia disahkan mempunyai penyakit Neprotic Syndrom iaitu penyakit yang berkaitan dengan penapis buah pinggang yang semakin longgar dan kurang berfungsi. Ni gambar sebelum ambil ubat diapit oleh si kakak dan si adik.
Dia dimasukkan kewad pediatrik Hospital putrajaya selama 2 minggu. Pada ketika itu, saya masih lagi bekerja sebagai nurse di hospital tersebut. So..pada sebelah malam, saya menjaganya..dan pada sebelah paginya saya meninggalkan dia sendirian di wad ditemani nurse2 yang terdiri dari kawan-kawan saya kerana saya perlu bekerja di wad yang berlainan. Suami pula menguruskan anak-anak yang masih tinggal dirumah. Disebabkan penggunaan tablet Prednisolon yang banyak pada setiap hari, mukanya menjadi bulat. Kalau kat hospital kita panggil 'Moonface'. So..banyaklah dia ketinggalan dalam pelajaran. dahla baru nak menyesuaikan diri dengan pembelajaran di Malaysia. lagipun dia jenis yang lambat sikit..berjalan lambat, bercakap dulupun lambat.Gambar kat bawah ni selepas dia ambil ubat Prednisolon tu
Mak fikir, dia tertekan dan belum biasa pergi sekolah dengan bawa buku sebeban. Selepas survey sekolah, saya berbincang dengan suami. Kami sepakat memindahkan dia ke sekolah tahfiz kerana fikir sistemya tidak membebankan dan muridnya tidak seramai sekarang. Dia kami tinggalkan diasrama supaya dia boleh berdikari. Tetapi..lain yang diharap..lain pula jadinya. Hampir sebulan disana, dia dijangkiti kudis buta seluruh badan. Allahuakbar! serta merta saya keluarkan dia dari asrama dan merawat jangkitan tersebut dari rumah. Kami ulang alik menghantarnya setiap hari kesekolah tahfiz tersebut. Kalau ada masa saya akan memberitahu ibu-ibu tentang pengalaman menghantar anak ke sekolah tahfiz. Untuk dipendekkan cerita..pengambilan ubat untuk rawatan Neprotic Syndrome selama 6 bulan lengkap. Kudis buta juga sembuh sepenuhnya.
Sekali lagi kami pindahkan dia ke sekolah Tahfiz yang berdekatan dengan rumah dan mempunyai banyak cawangan dengan harapan dia dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana sudah berada dekat dengan kami. Tapi keputusannya tetap mengecewakan. Tak nampak perubahanpun dalam pelajaran kerana ada sistemnya yang terlalu canggih. Lastly kami berpatah balik menghantarnya ke ssekolah rendah kebangsaan yang lama. Kesian! Dia mangsa keadaan sebenarnya. Kami mengharapkan dia mendapat yang terbaik..rupa-rupanya dia banyak tercicir dalam pelajaran kerana sering bertukar sekolah. Pelajarannya sedikit meningkat semenjak dimasukkan kesekolah biasa walaupun tak banyak. Dan kami sedar, dia perlukan lebih penekanan dari rumah lebih dari yang lain..kalau tidak, sampai bila-bilapun dia akan ketinggalan dalam setiap pelajaran.
Anak-anak zaman sekarang sebetulnya bertuah kerana ibubapa mempunyai pelbagai pilihan untuk menghantar mereka ke kelas tuisyen yang terbaik ataupun berkemampuan mengupah cikgu yang terbaik untuk mengajar anak-anak mereka. Lagipun dengan pelbagai kemudahan opembelajaran secara online anak-anak tidak perlu kekelas tuisyen dan hanya menggerakkan hujung jari sahaja untuk membuat pelbagai latihan diatas pemantauan ibubapa. Apa yang saya lihat juga, majlis konvokesyen bukan saja dibuat untuk pelajar untuk Ting 5 tetapi juga untuk anak2 yang tamat sekolah rendah. Hebat! Kecik-kecik dah merasa pakai topi empat segi diatas kepala dan menaikkan lagi semangat mereka untuk terus berjaya.Saya berharap, suatu hari nanti anak-anak kami juga dapat mengejar matapelajaran yang tertinggal dan mengatasi setiap kelemahan diri supaya mereka boleh menjadi anak-anak yang hebat juga! :) InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan