20 Januari 2014

Apam Nasi Sejuk


Saya sangat suka apam, tak kiralah apam jenis apapun. Belek punya belek..terjumpalah resepi yang memang simple dan boleh dicuba oleh sesiapa saja dari blog Ceria Rsepi. Sebelum ini saya memang ada terbaca tentang apam beras dalam facebook..tetapi saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Lagipun pada saya apam elok dibuat pada waktu pagi untuk sarapan atau pada waktu petang untuk kudapan. Tungggu punya tunggu...akhirnya tiba jua waktu untuk saya berapam kerana terdapat lebihan nasi semalam. Ingatkan saya seorang saja yang suka apam ni..rupa-rupanya semua budak-budak dalam rumah ni pulun! Sekelip mata saja apam saya habis! Adib lagilah..siap order...nak lebih kelapa...intai punya intai, ratah kelapa lebih dari apam rupanya!

Resepi Apam Nasi Sejuk

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 3/4 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 packet mauripan@ibu roti
pewarna

kelapa parut dan garam - gaul

Cara-cara

1. Masukkan nasi dan air kedalam blender dan kisar sampai hancur.
2. Masukkan gula, dan kisar lag.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung beras dan mauripan. Sebatikan.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam mangkuk yang mengandungi bahan kering. Kacau menggunakan senduk kayu.
5. Jika ingin memasukkan pelbagai pewarna, bahagikan bekas mengikut bahagian yang ingin diwarnakan.
6. Perap adunan selama 2-3 jam.
7. Panaskan pengukus dan lumurkan sedikit acuan dengan minyak supayatidak melekat selepas dikeluarkan.
8. Kukus selama 15 min.
9. Bila dah sejuk..bolehlah dimakan bersama kelapa parut tadi.

Selamat Mencuba! ^_^

Tiada ulasan: