19 Januari 2014
Muffin Chocolate Chip mudah
Sebetulnya saya tidak berminat untuk membuat muffin..kerana menyangka proses untuk membuatnya adalah rumit dan memerlukan bahan yang banyak. Disebabkan saya kini berada sepenuh masa dirumah dan selalu follow page di facebook berkaitan dengan masakan seperti 'resepi ummi', 'kek dan puding lazat untuk dikongsi', hati saya tergerak untuk membuat muffin seperti diatas. Resepi ini saya temui dalam blog 'joy of baking'. Melihatkan bahan dan cara buat yang mudah kerana ada cara-cara yang ditunjukkan oleh blog ini tentang setiap masakan yang dihasilkan..maka terhasillah muffin chocolate chip ini.
Chocolate Chip Muffin
Bahan-bahan
Bahan A
260 gm tepung serba guna. Tapi saya guna tepung gandum-diayak
135 gm gula
1/4 st garam
2 1/2 baking powder
1 cawan chocolate chip
135 gm gula putih
Bahan B
113 gm butter yang dicairkan. Kalau guna unsalted butter tak payah masukkan garam.
2 biji telur saiz B- dikacau lembut.
160 ml fresh milk
1 1/2 st esen vanilla
Cinnamon Sugar Topping:
1 sb gula kastor
1/2 st serbuk kayu manis
Campurkan kedua-dua bahan ini dan ketepikan.
cara-cara
1. Masukkan semua bahan A kedalam satu bekas dan gaulkan sebati menggunakan senduk kayu/ spatula. Sementara itu panaskan oven
dengan suhu 190 darjah C.
2. Di dalam bekas lain, masukkan bahan B dan kacau sebati juga.
3. Masukkan semua bahan B kedalam bahan A.
4. Gaul sebati menggunakan tangan. Jangan terlebih kacau, nanti adunan menjadi keras.
5. Masukkan satu sudu besar adunan kedalam cup yang bersesuaian.
6. Taburkan topping keatas muffin sebelum dibakar.
7. Bakar dengan suhu 190 darjah selama 20 min atau sehingga masak.
8. Gunakan rak tengah dan dengan api atas bawah.
Selamat mencuba :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan