23 Januari 2014

Pizza Mini Bombastik!


Suka makan Pizza kan? Jom! kali ni kita buat sendiri. Buat besar gedabab macam pizza pun boleh nak buat mini pizza pun boleh. Resepinya sama saja. Memandangkan harga pizza tu sebijik dah berapa. Kalau yang anak ramai macam saya ni..berbaloi rasanya kalau buat sendiri. Kalau nak buat tebal macam pizza hut, dapat 2 biji pizza. Dan kalau nak buat nipis-nipis macam dominos tu dapatlah 3 biji, dan kalau nak buat yang kecik-kecik supaya senang anak nak bawak ke sekolah, lagi dapat banyak. Saya dah banyak kali cuba resepi ni memang menjadi. Bila sejuk, dohnya tetap lembut. Saya salin resepi ni dengan Puan Shima isteri Ketua Canseri semasa berada di Rusia dulu. Terima kasih kak Shima..


Bahan untuk doh

300 gm tepung (3 cawan biasa)
180 ml air (1 3/4 cawan)
30 ml minyak zaitun ( 2 sb)
1 paket yis
1 st garam
1 sb gula

Cara-caranya

1. Masukkan bahan-bahan kering. Kacau biar bercampur. Jika guna BM masukkan semua bahan sekaligus.
2. Masukkan air dan uli 15 minit sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat ditangan.
3. Tutup dengan tuala atau letakkan dalam bekas yang bertutup dan biarkan doh mengembang dua kali ganda atau selama 30 min.
4. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang dikehendaki.
6. Letakkan didalam loyang. Biarkan selama 30 minit lagi.
7. Cucuk kulit pizza dengan garfu sebelum meratakan sos dan letak toping.

Bahan untuk toping

4 ketul jejari ketam-dipotong nipis
4 biji cendawan butang-guna yg kering, lepas tu rendam utk lembutkan dan baru dipotong nipis-nipis.
50 gm sayur campur
3 batang sosej
1/2 st garam, serbuk lada sulah, serbuk lada putih
Sos tomato dan Mayonis

Cara-cara

1. Satukan semua bahan untuk toping kedalam satu bekas
2. sapukan sos tomato diatas lapisan pizza
3. Taburkan bahan topin dan paipkan sedikit mayonis diatasnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-230 darjag selama 20 min.

Selamat mencuba ^_^


Tiada ulasan: