Alhamdulillah! bila dah tak kerja ni.. bolehlah aku melihat sendiri perkembangan tumbesaran si Adib lak. Time Adam dan Dania dulu..aku tak perasan tahap bila diorang boleh tersenyum, mengagah dan sebagainya kerana sibuk bekerja. Sekarang..tetiap hari aku dapat melihat setiap perubahan yang berlaku.
Dalam usia tak sampai 3 bulan .Adib dah boleh tersenyum tatkala aku mengagah, dah boleh bersembang menggunakan bahasa yang dia sorang jer faham di tengah-tengah malam atau bila mana dia mahu tidur, serta boleh memberi isyarat (dengan menangis kuat-kuat) apabila kepalanya dah tak boleh bergerak lagi kerana tersekat di hujung katilnya. Kakinya dah boleh menendang keatas. Sekarang..aku bimbang untuk meninggalkan dia sendirian di tempat tidurku. Tidurnya mestilah di atas katil kecilnya sahaja. Kalau tidak mahu pisang berbuah dua kali , aku harus berhati2..tidak mahu dia jatuh katil seperti Dania dahulu.
Betapa cepatnya masa berlalu..padahal..aku masih terasa seperti baru semalam aku bersalin. Sakitnya masih berbekas di ingatanku. Suara Dr. Elena juga masih terngiang-ngiang di telingaku ini. Tapi..aku merasa amat bangga kerana berpeluang berada di samping Adib dan anak-anakku yg lain pada ketika ini...di mana proses pembelajaran mengenali alam semesta baru bermula. Peluang ini akan aku guna sebaik-baiknya, InsyaAllah...
1 ulasan:
Hehehe itulah yang aku rasa.. dapat tengok perkembangan anak2.. setiap hari ada je cite yang aku sampaikan kepada suami aku bila pulang kerja.. mujurlah abahnya sentiasa sudi mendengar dan hepi mengetahuinya..
Catat Ulasan